Skip to main content
Bukan Sungai Mati



ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar.
Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati.


Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu.



Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar.



Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege.

Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perkampungan tradisional yang tertumpu di sepanjang jalan utama Muar, Tangkak.


Walaupun masa berlalu perlahan, penduduk yang dilahirkan dan dibesarkan di Sungai Mati menyedari keberasalan dengan nama Sungai Mati ini.



Diberi nama Sungai Mati sempena pembentukan tasik ladam yang terpisah dari Sungai Muar.



Penduduk tempatan, Zulnisham Lagimen, 35, berkata tasik ladam ini terbentuk secara semulajadi dan menjadi semakin menonjol ketika Penghulu Abdullah Samsu menjadi ketua kampung pada awal kurun ke-20.



Abdullah ialah moyang kepada bekas menteri besar Johor Tan Sri Abdul Ghani Othman, seorang lagi personaliti penting Sungai Mati.

Dahulu, sungai yang berbentuk bulan sabit ini sebahagian daripada Sungai Muar dan pernah dikenali sebagai Sungai Idrus. Terdapat dua versi bagaimanakah sungai itu dinamakan Sungai Mati.


Versi pertama ialah sungai itu dinamakan sempena nama ketua kampung di komuniti tersebut. Versi kedua ialah sungai itu terkenal dengan arus derasnya yang akhirnya perkataan deras menjadi Idrus, kata Zulnisham, pemerhati sejarah kampungnya.



Beliau yang  bekerja sebagai pekerja kilang berkata arwah datuknya, Putih Kadim, pernah menceritakan kepadanya kisah Sungai Mati.



Zarulnisham berkata penduduk yang mengasaskan Sungai Mati mempunyai sejarah terkenal.



Bandar ini ditemui oleh seorang penjelajah Bugis dari Riau dipanggil Lahir Daeng. Beliau dikenali dengan siri penjelajahan beliau di kawasan sekitar. Lahir telah tiba di Pulau Besar, Melaka sebelum meneruskan perjalanan ke Melimau dan seterusnya ke bahagian atas Sungai Kesang, sebatang sungai yang memisahkan Melaka dengan Johor.



Lahir telah mengasaskan beberapa buah kampung dan salah satu daripadanya dikenali sebagai Sungai Mati.

"Apabila Lahir meninggal dunia, anaknya, Laji, menjadi penghulu dan mengasaskan beberapa kampung lagi seperti Kampung Gelugor dan Telok Gong di Melaka. Apabila Laji meninggal dunia, anaknya, Samsu, mengambil alih sebagai penghulu."


Samsu dikenali kerana pernah memimpin sekumpulan penghulu seramai 14 orang untuk menemui gabenor British di Singapura semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar.



Zarulnisham berkata berdasarkan fakta sejarah, keazaman Samsu ketika bermesyuarat dengan pihak British membuatkan pihak British tidak dapat mengawal mukim Kesang. Sungai Mati pernah terletak dalam mukim Kesang pada masa itu.



Keazaman Samsu mendapat perhatian Sultan Abu Bakar yang kemudiannya belayar dari Johor Baru ke pelabuhan di Sungai Mati untuk bertemu dengan Samsu.



"Upacara besar-besaran diadakan untuk menyambut kedatangan Baginda ke Sungai Mati. Baginda tiba dengan putera baginda yang bernama Ibrahim yang pada ketika itu berusia lima tahun."



Anak lelaki Samsu bernama Abdullah meneruskan legasi keluarga dengan mengasaskan beberapa buah kampung baru di Bukit Kangkar, Parit Buntar, Pekan Rawang dan lapan lagi penempatan diasaskan dengan nama Serom, nama kawasan pilihanraya.



Selain daripada personaliti bersejarah, kebanyakan penduduk Sungai Mati berkata tasik ladam yang terbentuk pada masa Penghulu Abdullah menjadi penghulu merupakan tarikan utama di bandar ini.



Mohd Jazam Jaafar,49, yang bekerja sendiri, berkata ketika beliau belajar di Pei Hwa High School di Sungai Mati, sebahagian daripada logo sekolah itu ialah tasik ladam.



Tasik ladam ini diabadikan dalam logo sekolah saya. Sesiapa pun boleh melihat tasik ladam di lencana sekolah di pakaian seragam sekolah saya."



Jazam berkata di bandar ini kecil tiada satu pun jalan berturap semuanya jalan bertanah. Hanya terdapat satu padang sahaja yang boleh digunakan oleh kanak-kanak untuk bermain bola sepak.



Kini, terdapat banyak kawasan perumahn baru berhampiran dengan bandar," kata Jazam yang tinggal di Batu 6 3/4 di sini.



Gan Wee Boon berusia 32 tahun kembali semula ke kampung halamannya setelah bertahun-tahun bekerja di pelbagai bandar meskipun kebanyakan penduduk masih tinggal di bandar ini sejak lahir.



"Saya telah tinggalkan kampung ini selama tujuh tahun. Bandar ini tidak banyak berubah tetapi ini kampung saya.



"Kesemua kedai di sini tutup pada pukul 8 malam dan saya tidak mempunyai masalah dengan itu," kata Gan, yang kini membantu di kedai membaiki motosikal milik kedua-dua ibu bapanya.



Gan berkata elemen yang terbaik mengenai Sungai Mati ialah lokasinya yang terletak di pertengahan di antara Muar dan Bukit Gambir.



Jarak Sungai Mati ke Muar lebih kurang 13km sementara jarak Sungai Mati ke Bukit Gambir sepanjang 15km."



"Ia berhampiran dengan Muar yang sibuk dan mudah memasuki lebuh raya," kata Gan yang merujuk kepada susur keluar Bukit Gambir di Lebuhraya Utara-Selatan.



Sorang lagi anak watan Sungai Mati yang kembali semula untuk memulakan perniagaan ialah Wyner Tan, 50, tukang jahit yang mengusahakan salah satu kedai di deretan kedai yang diperbuat daripada kayu.



Beliau mempelajari jahitan di Singapura dan pernah bekerja di pelbagai bandar mengambil keputusan untuk kembali semula ke kampung halaman kerana beliau merasakan ingin membalas jasa kepada kampung halamannya. Menurut beliau, trafik di sini amat bising.



"Percaya atau tidak, ada lori dan kereta dipandu laju apabila mereka melalui Sungai Mati.



"Ada pemandu mahu melepasi lampu isyarat kerana mereka tahu lampu isyarat mengambil masa satu atau dua minit untuk bertukar daripada warna merah kepada warna hijau.



"Kita boleh dengar kenderaan dipandu laju pada waktu malam dan saya risau kedai kayu ini akan dilanggar oleh mereka satu hari nanti," kata Teh yang tinggal bersama-sama dengan keluarganya di Taman Serom Satu di sini.


Sumber : New Straits Times
Ditulis oleh : Ahmad Fairuz Othman
Tarikh ditulis : 9hb Ogos 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is