Skip to main content
Zeti dinamakan sebagai salah seorang pengurus bank pusat terbaik di dunia
______________________________________________________________________

Kuala Lumpur : Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz sekali lagi dinamakan sebagai salah seorang pengurus bank pusat terbaik di dunia bagi 2014 oleh sebuah majalah perniagaan antarabangsa Global Finance.

Ini adalah kali ke-11 Zeti dianugerahi pemeringkatan "A" untuk kepimpinan beliau dalam bank pusat Malaysia.

Selain daripada Zeti, ketua bank pusat di India, Israel, Filipina, Arab Saudi, Switzerland dan Taiwan turut dianugerahi pemeringkatan "A" tahun ini.

Majalah Global Finance's Central Banker Report Cards, yang diterbitkan setiap tahun sejak 1994 menggred gabenor bank pusat hampir 70 buah negara daripada gred "A" ke "F" mengikut kejayaan dalam bidang pengawalan inflasi, matlamat perkembangan ekonomi, kestabilan matawang dan pengurusan kadar faedah. Pada tahun ini, 17 buah bank pusat digred buat kali pertama.

Gred "A" bermaksud prestasi cemerlang sementara gred "F" bermaksud prestasi gagal.

"Ekonomi global sedang pulih walaupun peningkatan risiko geopolitik dalam beberapa pasaran. Sekali lagi, pengurus bank menghadapi cabaran dalam pengurusan polisi kewangan ke arah mempengaruhi perkembangan dan kestabilan ekonomi. Terdapat perubahan dalam skor kami menunjukkan cabaran tersebut," kata penerbit dan pengarah editor Global Finance, Joseph Giarraputo dalam kenyataanya.

Laporan penuh Central Banker Report Cards 2014 diterbitkan pada terbitan Global Finance bulan Oktober.


Sumber : The Edge
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com


Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Tuan Puteri yang telah disihir MISTIK : Puteri Limau Purut telah diculik dan dibawa ke Acheh. Kisah yang menyentuh mengenai seorang puteri yang cantik disusuri dengan peperangan atas nama cinta mungkin sama seperti plot sebuah tayangan filem romantik. Bagaimanapun, di Kampung Pulau Tiga, Perak, kisah mengenai tuan puteri dan berlaku pertumpahan darah ialah kisah sejarah dan kisah legenda. Makam Puteri Limau Purut menarik pelancong dari pelbagai pelusuk tanah air terletak tidak jauh dari satu lagi tapak sejarah, Pasir Salak. Kampung Pulau Tiga terletak di dalam daerah Kampung Gajah yang terkenal dengan perusahaan kecil dan sederhana dan industri berasaskan pertanian. Para pelancong boleh mendapati bekas air diperbuat daripada tanah liat yang dikenali sebagai labu sayung. Tuan Puteri tersebut tinggal di kawasan ini kira-kira 400 tahun dahulu, kata Mustaffa Mohd Yunus yang mendakwa dirinya adalah keturunan tuan puteri tersebut. "Beliau ialah puteri kepada b...