Skip to main content
Individu baharu di pucuk pimpinan MAHB


- Datuk Badlisham Ghazali mengambil alih tugas di Malaysia Airports'
_______________________________________


Mengikut peredaran masa, konsep lapangan terbang telah berubah dan terminal penerbangan moden adalah satu dunia penerbangan yang berbeza daripada leluhur mereka. Pada suatu ketika, lapangan terbang hanya berfungsi sebagai tempat transit bagi pengembara udara. Kemungkinan kemudahan yang boleh diperolehi pada ketika itu adalah sebuah kedai bebas cukai dan kedai makan, tetapi sekarang, lapangan terbang menjadi pusat destinasinya tersendiri. Contoh terbaik lapangan terbang seperti ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur Malaysia (KLIA) yang menawarkan pelbagai pusat membeli-belah, tempat makan dan kemudahan senggang. Kepelbagaian kemudahan ini telah menerima pujian tinggi serta menjadi contoh sebuah terminal moden.

Pencapaian ini dipelopori oleh mantan Pengarah Urusan MAHB Tan Sri Bashir Ahmad yang selari dengan pelan perniagaan syarikat iaitu Runway To Success 2010-2014. Apabila beliau mengundur pada bulan Jun tahun ini, pihak syarikat berhasrat tempat beliau digantikan dengan seseorang yang berkemampuan menerajui pengurusan dan pengendalian lapangan terbang terbesar negara untuk membawa lapangan terbang ini ke phasa seterusnya untuk menjadi pelopor global dalam mencipta bandar lapangan terbang. Maka, dengan rasa besar hati, majalah Convergence memperkenalkan Datuk Badlisham Ghazali kepada pembaca, individu baharu yang akan memimpin Malaysia Airports'


Gambar : Teratai Melur

Didorong oleh pembaharuan

Sebelum mula menerajui MAHB pada 23hb Jun 2014, Datuk Badlisham sudah menjadi tokoh terkenal dalam komuniti perniagaan Malaysia. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Multimedia Development Corporation (MDeC). MDeC diamanahkan untuk menyelia inisiatif MSC Malaysia dan beliau telah memainkan peranan dengan berpangsikan pembaharuan ekosistem dan infrastruktur ICT negara.

Untuk menjelaskan peranan beliau mengetuai MDeC selama lapan tahun, syarikat ini menyaksikan kemasukan pelaburan dan pendapatan daripada MSC Malaysia mencecah RM35 billion. Beliau juga memainkan peranan penting dalam mengembangkan MSC Malaysia dari Cyberjaya ke bahagian lain dalam negara.

Sebagai menyokong pembaharuan, Datuk Badlisham dan MDeC mengambil langkah berani dan muktamad untuk mewujudkan Malaysia sebuah negara ekonomi digital. Komitmen serta pemikiran di luar kotak inilah yang menjadikan Datuk Badlisham pilihan sesuai sebagai Pengarah Urusan baharu bagi Malaysia Airports', walaupun beliau tidak memiliki pengalaman dalam industri penerbangan atau pengurusan lapangan terbang.



Gambar : Teratai Melur

Hal ini dijelaskan menerusi kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Malaysia Airports' mengumumkan pelantikan Datuk Badlisham, " Industri penerbangan merupakan sebuah lanskap yang sentiasa berubah akibat daripada populasi dunia yang mengadaptasi gaya hidup dan trend teknologi baharu, memaksa para peniaga muncul dengan model perniagaan baru dan cara penyelesaian pembaharuan mengikut perubahan ini."

Mengubah Malaysia Airports'

Malaysia Airports' sudah memulakan perubahan seperti yang dapat dilihat dalam pengubah suaian dan pembersihan beberapa buah lapangan terbang dalam skopnya. Tambahan pula, lebih RM1 billion diperuntukkan dalam Belanjawan 2014 untuk membina pusat pengurusan kawalan lalu lintas udara baharu di KLIA dan menaik taraf beberapa lapangan terbang di Sabah dan Sarawak.

Terminal baharu klia2 yang dibuka pada bulan Mei tahun ini memainkan peranan penting dalam merevolusikan KLIA sebagai The Next Generation Hub - di mana penyambungan di antara perkhidmatan penuh dan penerbangan kos rendah ditambah dengan kemudahan pengangkutan dipermudahkan untuk menyerlahkan lagi pengalaman penumpang.

Kehadiran Datuk Badlisham ke Malaysia Airports' adalah saat genting serta teruja kepada syarikat dan industri secara keseluruhannya. Contohnya, beberapa tahun kebelakangan ini, usaha telah diambil untuk mengurangkan perkadaran pendapatan (pada masa sama meningkatkan jumlah pendapatan) daripada pengurusan berkaitan penerbangan supaya mengurang kebergantungan pada penerbangan.

Majoriti pendapatan kemudiannya akan diterima daripada pengurusan komersil - kedai, F&B, lain-lain tempat senggang dan hiburan. Ini menunjukkan bagaimana KLIA telah menjadi syurga membeli-belah dengan kehadiran butik berjenama di Bangunan Terminal Utama (dibuka untuk orang ramai) dan Bangunan Satelit (dibuka untuk penumpang sahaja). Hal ini dirungkaikan dengan fakta yang menunjukkan bahawa 30% ruang terminal dikhususkan untuk kedai.

 Bandar Lapangan Terbang Masa Depan

Ini baru permulaan. Datuk Badlisham menerangkan, "Matlamat kami adalah memastikan mengekalkan perniagaan supaya kami boleh memberi ganjaran kepada pemegang taruh kami. Selain mempelbagaikan saluran pendapatan melalui pengurusan kedai, kami juga akan melaksanakan pelan induk KLIA Aeropolis. Kami mempunyai kelebihan kerana memiliki tanah luas di sekeliling KLIA. Kami berhasrat untuk membina sebuah bandar sebenar iaitu bandar-dalam-bandar di mana rakan kongsi komersil kami dan entiti peniaga lain boleh menggunakan kelebihan penyambungan yang ditawarkan oleh lapangan terbang dan para penumpang yang melaluinya adalah seramai 50 juta orang setiap tahun.

Satu projek sudah memulakan pembinaanya ialah Mitsui Outlet Park KLIA. Ia adalah satu usaha sama di antara Malaysia Airports' dan Mitsui Fudason dari negara Jepun. Taman komersil yang seluas 25,000 ini dijangka siap pada awal tahun 2015 dan akan menempatkan 140 buah kedai peruncitan dan komersil.

Pada masa kini, keluasan ruang di sekeliling KLIA melebihi 27.3 juta mps dan 25,000 mps hanyalah pecahan kecil. Maka, sudah tentu pihak syarikat mempunyai perancangan untuk menggunakan tanah seluas ini dan membawa Malaysia Airports' ke arah merealisasikan konsep KLIA Aeropolis. Akan tetapi, pihak syarikat perlu memperlebihkan fokus pembaharuan supaya para rakan kongsi, terutamanya dari luar negara dapat melihat potensi pelaburan dan nilai Aeropolis.

Datuk Badlisham sudah bersedia untuk menghadapi cabaran ini. Ketika beliau menjadi Ketua Pegawai Eksekutif di MDeC, beliau berada di barisan hadapan untuk berurusan dengan ICT terkenal dan BPO (business process outsourcing)  dari seluruh dunia. Pengalaman itu amat berguna sekarang kerana Malaysia Airports'  akan membentuk perkongsian yang membawa Malaysia Airports' ke tahap seterusnya. Tambahan pula, Pengarah Urusan baharu ini mempunyai pengalaman dalam berurusan dengan pelbagai pihak, "Seperti di MDeC, di Malaysia Airports' juga kami mempunyai ramai pemegang taruh, daripada pekerja ke pemegang saham kami, Lembaga Pengarah, para penumpang, syarikat penerbangan dan juga kerajaan. Maka, amat penting untuk kami menyedari bagaimana keputusan kami akan memberi kesan kepada mereka dan muncul dengan penyelesaian yang sesuai untuk situasi menang-menang bagi semua pihak terbabit."


Akhirnya, Datuk Badlisham percaya bagaimana perubahan dalam memperkenalkan konsep lapangan terbang dan bagaimana perubahan itu dilihat, juga bermaksud anjakan pandangan terhadap Malaysia Airports' itu sendiri. Menjelaskan lebih lanjut beliau berkata, "Kami tidak lagi berfungsi hanya sebagai pengendali lapangan terbang tetapi juga sebagai penyedia perkhidmatan. Lapangan terbang adalah sebuah tempat di mana individu dari seluruh dunia berkumpul. Ia juga menjadi tempat pertemuan pertama ramai pihak dan kerana itu kami berusaha menambah budaya perkhidmatan dan penawaran supaya semua pihak akan mempunyai persekitaran yang sesuai bagi menjayakan sesebuah mesyuarat."




Gambar : Teratai Melur

Bagi Datuk Badlisham, cabaran masa depan adalah satu cabaran yang penting serta menujakan. Beliau berterima kasih kerana ditinggalkan dengan asas kuat untuk memulakan pembaharuan. Beliau menujukan rasa terima kasih beliau kepada Pengarah Urusan terdahulu, Tan Sri Bashir Ahmad.

Secara khusus, Pengarah Urusan baharu ini memuji inisiatif Living The Brand, memperkenalkan penambahan jenama budaya Malaysia Airports' dan menggalakkan pekerja Malaysia Airports' menerima budaya syarikat sebagai sebahagian kehidupan mereka.


Dengan ini, Convergence mengucapkan Datuk Badlisham Ghazali - individu baharu di pucuk pimpinan MAHB selamat maju jaya di atas usaha beliau memacu Malaysia Airports' ke bab seterusnya dalam sebuah cerita yang sentiasa berkembang.



Sumber : Convergence - Vol. 26 Sept-Oct 2014
Diterjemah oleh : Teratai Meluri
Emel : terataigenius@gmail.com





Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is