Skip to main content
Tahukah anda?

Berapa banyakkah kita ketahui mengenai sejarah kita yang mengagumkan dan kompleks serta tempat-tempat yang berkaitan dengannya.

______________________________________________________________________________

Kemusnahan sebuah candi lama di Lembah Bujang pada bulan November tahun lalu memeranjatkan dan mengejutkan negara. Rakyat Malaysia bersatu dan bersuara membantah kebinasaan dan menyatakan kekesalan mereka terhadap kehilangan monumen bersejarah Hindu kuno berasaskan Kerajaan Melayu yang telah wujud lebih 2,000 tahun dahulu. Akan tetapi, tidak ramai di antara kita menyedari kewujudan candi yang pernah dibina semula sehinggalah ia diruntuhkan oleh pihak pemaju.

Kita semua membesar dengan melihat bangunan Sultan Abdul Samad, rumah peninggalan Belanda yang berbatu merah di Melaka, mempunyai pengetahuan sedikit mengenai beberapa gua di Sarawak yang mengandungi nilai sejarah tetapi apa yang kita ketahui mengenai tempat-tempat bersejarah ini? Bagaimana dengan budaya serta sejarah tempatan yang kurang ketahui tetapi mempunyai elemen sejarah yang tidak ternilai harganya. Nilai sejarah yang mudah dilupakan dengan kehadiran pusat membeli-belah dan kondominium. Nilai sejarah yang tidak dapat dikumpul kembali jika hilang.

KAMPUNG CHETTI, MELAKA

Setelah kemusnahan yang disengajakan di Lembah Bujang, khabar angin menyatakan satu lagi kawasan bersejarah akan terlibat dalam pembangunan adalah penempatan Chetti di Gajah Berang, Melaka. Dilaporkan tapak warisan Kampung Chetti ini akan menjadi penempatan baru bagi sebuah projek telah dihentikan oleh Ketua Menteri terdahulu tetapi diberi lampu hijau baru-baru ini. Berita ini timbul pada pertengahan bulan Disember lalu.

Dikhabarkan Kampung Chetti ini diasaskan pada 1414 iaitu sebelum penjajahan oleh Portugis dan Belanda di Melaka dan kampung ini masih bertahan sehingga ke hari ini. Kaum Chetti adalah berketurunan peniaga berasal dari India yang berkahwin dengan wanita tempatan seperti wanita Melayu, wanita Cina dan wanita nyonya dan tinggal di Melaka serta mengasaskan Kampung Chetti ini. Kadang kala kaum chetti ini dipanggil "baba nyonya India" mempunyai gabungan budaya tersendiri iaitu gabungan latar belakang bahasa dan budaya India dan Melayu dalam mempratikkan agama Hindu.

Kaum Chetti ini mengamalkan tradisi yang unik dan disebabkan perkahwinan mereka dalam kalangan mereka sahaja menyebabkan bahasa perantaraan mereka adalah bahasa Melayu dan bukannaya menggunakan mana-mana bahasa India. Kaum ini adalah kaum minoriti di negara ini maka kebudayaan mereka berkitar dalam kalangan perkampungan chetti ini.

Kampung ini menempatkan Muzium Chetti serta mempunyai banyak kuil di sekitarnya. Ada kuil dibina pada kurun ke15 dan ke16. Antara kuil-kuil yang boleh dilihat pada hari ini adalah Kuil Sri Poyyatha Vinayagar, Sri Anggala Parameswari, Sri Ganggadari Amman, Sri Ayyanar dan Sri Muthu Mariaamman. Kuil Sri Anggala Parameswari telah diwartakan sebagai tapak warisan negara pada 2008.


MUZIUM CHETTI, MELAKA

Gambar : Teratai Melur



LEMBAH MANSULI, SABAH


LEMBAH MANSULI, SABAH

Gambar : Teratai Melur


Terletak di Lahad Datu, Sabah, Lembah Mansuli dipercayai penempatan manusia terlama di bahagian Timur Malaysia. Penemuan arkeologi mengesahkan lembah ini berkemungkinan telah wujud sejak 235,000 tahun dahulu. Sebelum penemuan Lembah Mansuli, Gua Niah yang terletak di Miri berusia 40,000 tahun dipercayai gua tertua di Malaysia. Satu pasukan pengkaji daripada Muzium Sabah dan Universiti Sains Malaysia mula menjalankan kajian pada 2003 di tapak arkeologi yang tidak diketahui sebelum ini.

Pada awal tahun ini, kedengaran khabar angin menyatakan kemungkinan terdapat aktiviti pelombongan pasir dijalankan secara tidak sah di kawasan ini. Disebabkan kedudukan lembah ini yang terpencil dan tapak arkeologi yang lain juga kurang diketahui, maka tidak susah untuk membayangkan aktiviti tidak sah seperti ini dijalankan secara senyap. Tambahan pula, tapak arkeologi seperti ini hanya mendapat perhatian umum apabila menemui penemuan yang boleh diketengahkan di media massa. Akan tetapi, tapak arkeologi yang terpencil seperti inilah kunci kepada prasejarah lalu.


LEMBAH MANSULI, SABAH


Gambar : Teratai Melur



TAPAK ARKEOLOGI LEMBAH LENGGONG, PERAK


TAPAK ARKEOLOGI LEMBAH LENGGONG, PERAK

Gambar : New Straits Times - Life & Times - 5/1/14


Satu Tapak Warisan Dunia Unesco, Lembah Lenggong di Ulu Perak terkenal dengan penemuan Perak Man, satu rangka sempurna seorang pemuda yang berusia 11,000 tahun. Beberapa tahun dahulu, satu lagi rangka Perak Woman juga ditemui di sini. Lembah Lenggong ini adalah tapak terawal yang diketahui berlakunya aktiviti manusia. Penulisan mengenai lembah ini oleh Unesco menguatkan kepentingan lembah ini. Penulisan itu adalah seperti berikut, "terdapat beberapa gua dan tapak terbuka di sepanjang Sungai Perak di Lembah Lenggong yang menjadi bukti penempatan di kawasan ini terutama sejak era Palaeolithic, Neolithic dan Zaman Besi dari 1.83 juta tahun hingga 1700 tahun lalu.'


Perak Man

Gambar : Teratai Melur


Artifak yang ditemui di lembah ini boleh dilihat di Muzium Geologikal Ipoh dan Lenggong boleh dilalui melalui jalan raya. Wikipedia secara khusus menyatakan bebola ikan yang bersaiz besar boleh diperolehi dalam perjalanan ke tapak warisan ini.



JETI KAUM KERABAT, PULAU PINANG


JETI KAUM KERABAT, PULAU PINANG

Gambar : Teratai Melur


Jeti Kaum Kerabat di Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Penang Heritage Trail dan menempatkan enam kumpulan kaum kerabat iaitu Chew, Lim, Tan, Lee dan campuran Nama Keluarga (Chap Seh Keo). Kaum kerabat yang ketujuh dan kelapan adalah Koay dan Peng Aun yang menyaksikan jeti mereka diruntuhkan pada 2006. Keruntuhan ini satu kehilangan besar bahan sejarah yang penting. Keruntuhan jeti ini juga turut dirasai oleh kaum kerabat minoriti iaitu kaum keturunan Hui, kumpulan etnik Cina Muslim yang berasal daripada Fujian, China. Mereka ini seperti Chetti di Melaka mempunyai amalan dan tradisi tersendiri.

Jeti yang terkenal adalah jeti kepunyaan Chew. Kadang kala kawasan ini dikenali sebagai Jeti Chew serta menempatkan ribuan penduduk. Peneroka yang mengasaskan jeti ini adalah imigran dari negara China yang tiba di pesisir tempatan untuk mencari kehidupan yang baik dan akhirnya membina binaan di atas jangkungan untuk nelayan dan pemunggah kargo yang menjadi rumah bagi semua komuniti.




JETI KAUM KERABAT, PULAU PINANG

Gambar : Teratai Melur



Sumber : New Straits Times - Life & Times - 5th January 2014
Link : www2.nst.com.my/top-news/do-you-know-1.454996
Ditulis oleh : Samantha Joseph
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com




Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...