ADA SESUATU SUDAH ROSAK
1. Watak Marcellus di dalam drama 'Hamlet' yang ditulis oleh Shaskespeare berkata "ada yang sudah rosak dalam negara Denmark." Mungkin daripada rungutan rakyat Malaysia mengenai Malaysia akan berkata ada yang sudah rosak dalam Malaysia.
2. Kebanyakan rungutan ini sampai kepada saya. Saya harap akan dibenarkan menulis dengan teliti dalam blog saya ini. Rakyat boleh buat keputusan sama ada, ada yang sudah rosak atau tidak.
3. Ada orang merungut Kerajaan enggan membayar kepada mereka untuk kerja yang telah mereka lakukan untuk Kerajaan. Sentiasa akan ada pertikaian sama ada Kerajaan berhutang dengan mereka. Jika mahkamah telah membuat keputusan Kerajaan harus bayar, akan berlaku pertikaian jumlah yang harus dibayar.
4. Kemudian, akan berlaku kelewatan, kadang kala bertahun-tahun lamanya. Untuk perniagaan, kelewatan boleh membunuh.
5. Kemudian, terdapat juga kontrak mereka ditarik balik atas sebab-sebab yang tidak diketahui. Selalunya, kontrak tersebut diberikan kepada orang lain walaupun kontrak tersebut telah ditandatangani.
6. Kemudian, terdapat juga, serahan dokumen projek kepada pihak ketiga. Pihak ketiga membuat bidaan dengan harga yang lebih tinggi dengan menggunakan dokumen yang serupa. Selalunya, pencadang pertama atau pembida pertama harus melalui proses tender. Ini sahaja cara betul. Tetapi, pencadang sebagai pembida pertama akan mendapati bahawa pihak lain telah menyerahkan dokumen sama seperti dokumen penyerahannya. Selalunya, dia gagal atau terpaksa menaikkan bidaannya kerana pihak lain telah menaikkan harga atau menurunkan harga mengikut kes.
7. Kelewatan dalam memperolehi kelulusan melibatkan kos. Alasan kelewatan bersifat main-main serta tidak diketahui. Kadang kala, untuk mempercepatkan kelulusan, sesuatu yang memuaskan hati ditawarkan. Pihak yang menawar membayar dan tidak akan merungut lagi atau tidak melapor. Ini amalan tidak sihat. Anda mungkin akan memerlukan khidmat mereka lagi dan kemungkinan anda akan disenarai hitam. Atau, anda mungkin akan melalui pelbagai rintangan.
8. Sebelum permit atau apa sahaja bentuk kelulusan hampir tamat tempoh, notis penamatan serta merta dikeluarkan. Pihak berkuasa mahu mengambil alih perniagaan. Pihak terbabit mungkin akan membuat rayuan. Dia akan kehilangan wang. Kadang kala, rayuan tidak dijawab, tidak dapat berjumpa dengan pihak brkuasa dan jika mesyuarat dapat diadakan, pemohon mungkin akan diberitahu bahawa kerugian yang dialaminya adalah masalah pemohon dan bukan masalah pihak berkuasa.
9. Kadang kala, kebenaran untuk pembangunan tidak boleh diberikan kerana ada pihak berkuasa atau orang yang berkuasa mahukan tanah tersebut. Tidak dapat membuat rayuan kepada sesiapa contohnya, kerana tidak ada orang yang mempunyai kuasa Walaupun, anda mengetahui siapa yang mahukan tanah tersebut, anda tidak boleh berbuat apa-apa. Pihak terbabit sangat berkuasa.
10. Entiti milik kerajaan yang memberi pekerjaan kepada lebih seribu orang pekerja, tidak diberikan kontrak secara tiba-tiba kerana syarikat asing telah dipilih untuk diberikan kontrak. Pekerja dipecat. Dan, kemudahan Kerajaan ditutup atau harus dapatkan subkontrak daripada kontraktor luar.
11. Syarikat tempatan yang mempunyai kecekapan secukupnya tidak diambil kira untuk diberikan kontrak kerana syarikat luar boleh melakukan kerja dengan lebih baik atau dengan lebih teruk. Selalunya, syarikat tempatan dikatakan syarikat yang terlalu kecil untuk melakukan kerja tersebut. Banyak wang mengalir keluar dari negara.
12. Kita berusaha untuk membawa masuk FDI. Tetapi entiti rakyat Malaysia yang mempunyai banyak wang tidak akan melabur dalam negara. Mereka lebih suka membeli hartanah di luar negara. Harga yang dibayar ada kalanya sangat tinggi. Sekali lagi, banyak wang mengalir keluar dari negara, Dan, apabila mendapat keuntungan, cukai dibayar ke negara terbabit. Walaupun,wang tersebut dibawa masuk ke dalam Malaysia, tiada cukai dibayar kepada Kerajaan Malaysia.
13. Ada keperluan untuk melabur dalam negara, tetapi keperluan ini bukan untuk syarikat tempatan. Institusi Malaysia yang mempunyai wang yang banyak akan berjaya dengan membeli syarikat teknologi luar negara dan membawa masuk ke negara kita untuk menambah baik kemampuan teknologi kita. Tetapi tidak ada dorongan ke arah itu.
14. Jika sebuah syarikat Malaysia mengalami masalah, kita kelihatan seperti rela memufliskan syarikat tersebut dan menjualkannya kepadda syarikat luar. Tawaran untuk menyelamat syarikat tersebut oleh penyelamat Malaysia tidak diterima. Usaha penyelamat tidak diterima atas sebab-sebab tidak diketahui.
15. Setelah bijih timah habis dilombong, dijangka tiada lagi kegiatan pelombongan di Malaysia. Tetapi kita mendapati terdapat banyak lagi bahan mineral yang boleh dilombong. Tetapi, pelombongan ini bukan untuk orang Malaysia. Ia hanya untuk orang luar sahaja.
16. Tiada sebarang usaha untuk menambah nilai sebelum dieksport. Gali buni ini dan eksport bahan galian secara mentah. Dan. hutan belantara hilang bersama-sama dengan pelombongan.
17. Pernah timbul beberapa idea mengenai mesra perniagaan. Kini tidak lagi. Kerajaan negeri bersaing dengan sektor swasta apabila sektor swasta dilihat semakin maju. Dengan kuasa diberikan kepada kerajaan negeri, tidak mungkin sektor swasta akan menang. Mereka tewas. Tetapi, Kerajaan negeri turut tewas kerana perniagaan ini bukan perniagaan Kerajaan negeri. Ia masih bersifat nasionalisasi.
18. Besar memang cantik. Jadi, kenapa perlu perniagaan kecil? Musnahkan mereka. Tetapi, perniagaan besar pernah menjadi perniagaan kecil. Jika anda musnahkan perniagaan kecil, mereka tidak boleh berkembang menjadi perniagaan besar. Jadi, bagaimanakah kita memperolehi perniagaan besar jika kita memusnahkan mereka di kala mereka masih kecil?
19. Terdapat banyak percakapan mengenai kepentingan Industri Kecil dan Sederhana. Tetapi apa yang sedang berlaku di bawah tidak menggambarkan kepentingan industri ini.
20. Hari ini pentadbiran induk dilihat seperti kurang penting daripada badan pentadbiran lain yang ditubuhkan. Hal ini mengelirukan rakyat. Ini turut mengelirukan pihak pentadbiran. Mereka seolah-olah tidak mengetahui apa yang harus mereka lakukan apabila segala polisi dan keputusan dibuat oleh badan khas.
21. Pengkritik dikecam oleh arus media perdana oleh beberapa individu dan ahli politik yang telah tewas. Pengkritik berisiko harta mereka dirampas dan dilelong. Berkemungkinan mereka akan dimufliskan.
22. Kini, saya dituduh memaksa Kerjaan melakukan perkara yang tidak harus dilakukan.
23. Dan terdapat banyak lagi rungutan mengenai negeri lain akan mengeluarkan bau kurang menyenangkan.
24. Tetapi, jangan risau. Kita akan biasa dengan bau yang kurang menyenangkan ini.
Sumber : Chedet blog
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 10hb. Februari 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com
Comments
Post a Comment