Skip to main content
Contengan hiburan

Contengan Google bukan untuk dijual tetapi ia hanya digunakan untuk tujuan sambutan, kata ketua pasukan.



Ahli pasukan di sebalik tabir contengan Google yang terkenal, aneh dan ganjil ini menerima ratusan permintaan dari seluruh dunia mengenai cara pihak syarikat Google harus mengubah kesediaadaan logo Google di laman utama mereka.

Walaupun contengan ini bersifat bebas dan kreatif, namun ahli pasukan Google terpaksa menolak sesetengah permintaan.

"Walaupun seorang presiden atau perdana menteri mahukan sebuah contengan dan sekiranya ia tidak mengikut prinsip kami, kami terpaksa berkata tidak," kata Ryan Germick, 34, ketua pasukan.

Satu perkara yang pasti ialah contengan ini bukan bertujuan komersil dan bukan untuk memperoleh pendapatan untuk pihak syarikat.

"Hampir setiap hari kami diminta untuk meletakkan iklan contengan di laman utama Google dan kami sentiasa menghormati masa dan pengguna kami, tidak menggunakan ruang contengan Google ini sebagai satu ruang untuk komersil atau ruang promosi. Ianya lebih bersifat hiburan dan berbaloi untuk diketengahkan," kata Germick. Beliau berkata demikian menerusi persidangan video dengan pihak media Asia baru-baru ini. Beliau berada di Beijing untuk berucap di 2015 Geekpark Innovation Festival.


Garis sempadan digunakan untuk sebarang perkara kontroversi atau berkaitan dengan perkara sukar.

Germick berkata : "Mengikut definisi kami, contengan ini bersifat gurauan. Kami menggunakan logo korporat terkenal ini dan bermain-main dengan logo tersebut untuk tujuan menceriakan perayaan. Kami fikir terdapat cara yang lebih nuansa dan cara sensitif untuk berurusan dengan topik yang tragis.

"Kami tidak mahu memperingati dengan cara yang akan melukakan hati orang lain. Contengan ini disimpan untuk tujuan hiburan dan perayaan."

Beliau menambah, "Contengan sepatutnya seperti memberi hadiah kepada para pengguna".

Memang selaras dengan usaha mereka mahu memberi hadiah kepada para pengguna, contengan pertama yang dihasilkan ialah pada 1998 telah memberi kegembiraan dan hiburan kepada ratusan juta pengguna global.

Melayari lama utama Google yang berwarna putih dihiasi dengan contengan yang mengikut tarikh serta bersifat positif. Contengan ini memaparkan hari ulang tahun, memberi penghormatan atau untuk upacara penting.

Dalam sebuah contengan, pengguna boleh bermain permainan video klasik PacMan, juga memperingati harijadi mendiang pelakon Audrey Hepburn dengan illustrasi berwarna merah jambu, hitam dan putih yang dapat menggambarkan kecantikan beliau. Pilihan untuk membentuk contengan Google tidak terhad.

Gambar : Contengan Pac Mac


Gambar : Contengan mendiang pelakon Audrey Hepburn


Terdapat lebih daripada 2,500 buah contengan dengan 400 buah contengan dicipta pada tahun lalu oleh pasukan seramai 16 orang yang ditempatkan di ibu pejabat Google di California.

Germick dilantik menjadi ketua pasukan sejak 2011. Beliau menyertai Google pada 2006 sebagai seorang pereka. Beliau mula memperkenalkan contengan Google dari tahun 2008 dan ahli pasukan untuk mencipta contengan mula berkembang dan kesukaran illustrsi juga mula berkembang daripada imej ringkas ke permainan interaktif.

Sebuah contengan mengambil masa dari dua jam hingga ke beberapa bulan untuk dihasilkan, bergantung kepada mesej yang ingin digambarkan termasuk animasi atau permainan.

Tanpa mendedahkan jumlah tertinggi pengguna Google untuk contengan yang paling popular, Germick berkata antara contengan yang paling digemari adalah termasuk contengan interaktif Les Paul pada 2011 yang memaparkan sebuah gitar elektrik di mana pengguna boleh memetik gitar tersebut dan mencipta tiun mereka sendiri.

Gambar ; Contengan gitar Les Paul


Kebiasaanya, contengan ini dipaparkan hanya untuk sehari sahaja kecuali contengan Les Paul yang dikekalkan untuk hari kedua berikutan 'permintaan tinggi'.

Ada juga contengan dikhususkan untuk sesebuah negara - ini untuk laman utama tertentu.

Dengan skop kerja yang menyenangkan atau menghiburkan, nampaknya Germick dan pasukannya mempunyai salah satu pekerjaan yang menghiburkan di dunia.

"Ia adalah kerja yang amat memuaskan tetapi memerlukan kerja keras. Pasukan kami termasuk 10 orang pereka illustrasi mereka hampir satu contengan dalam seminggu.

Bagi saya, apa yang benar-benar menggembirakan ialah berada di proses yang kreatif lagi asli - kami tidak cuba membuat duit atau mencapai satu agenda khusus," katanya.

Jumlah contengan untuk tahun ini telah dirancang oleh pasukannya, tetapi, beliau enggan mendedahkannya.

"Prinsip pertama contengan ialah ia bertujuan sebagai kejutan dan menggembirakan............ dan ia tidak lagi menjadi kejutan jika saya mendedahkan rahsia kami."



Sumber : The Star - 29hb. Januari 2015
Ditulis oleh : Gurveen Kaur
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel :terataigenius@gmail.com








Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...