Skip to main content
Lebih banyak letusan pada masa hadapan

Kedudukan negara Iceland semakin meningkat disebabkan oleh perubahan iklim dengan tanah dilepaskan oleh kecairan litupan ais yang memantul dari Bumi pada kadar 3.5cm setahun.

Keburukannya? Para pengkaji mempercayai bahawa penngkatan tambahan yang berlaku di sebalik peningkatan aktiviti letusan gunung berapi dengan tiga buah gunung berapi di Iceland meletus sejak lima tahun lalu sehingga menyebabkan penerbangan kapal terbang dihentikan dan ia memuntahkan abu gunung berapi ke udara.

Satu kajian terbaharu yang diterbitkan dalam majalah Geophysical Research Letters, para saintis dari Universiti Arizona dan Universiti Iceland mendapati kerak bumi sedang bertambah delam kadar pantas di tengah-tengah kepanasan tinggi sejak 30 tahun kebelakangan ini.

Di beberapa tapak di bahagian selatan dan di bahagian selatan tengah Iceland, di mana terletak lima buah litupan ais terbesar, kehilangan ais berpunca daripada kepanansan yang menyebabkan peningkatan sebanyak 3.5cm setahun, kata para pengkaji.

Mereka telah mengetahui mengenai peningkatan tanah akibat daripada keberatan lapisan ais yang semakin meningkat sejak beberapa tahun dahulu. Tetapi, mereka tidak mengetahui berapa pantas proses melantun ini sedang berlaku di Iceland.

"Ianya seperti meletakkan sebuah objek berat di atas sebuah trampolin. Apabila anda mengambil objek tersebut, ia akan kembali ke bentuk asalnya iaitu ke bentuk leper," kata Richard Bennett, seorang ahli geologi di Universiti Arizona dan salah seorang penulis untuk kajian terbaharu. Lantunan yang terbesar adalah disebabkan oleh peningkatan pemanasan sejak 30 tahun seperti yang ditunjukkan dalam model matematik.

"Kami dapati peningkatan ini menarik. Ia berlaku dengan pantas di semua arah oleh kehilangan jumlah ais yang banyak," Bennett menambah.

Para pengkaji bergantung kepada 62 buah alat GPS yang diletakkan di atas batu-batu di seluruh negera Iceland untuk melihat perubahan dalam kedudukan batu. Beberapa buah GPS ini telah diletakkan sejak 1995 lagi. Bahaya yang sedang menanti ialah peningkatan kecairan ais ini boleh mendorong peningkatan aktiviti gunung berapi. Tiga letusan telah berlaku sejak lima tahun lalu di Iceland. Apabila gunugn berapi Eyjafjallajokull meletus pada 2010, seluruh penerbangan di negara-negara Eropah terpaksa dibatalkan selama seminggu.


Gambar : Gunung berapi Eyjafjallajokull yang meletus pada 2010.


Rantaian aktiviti akibat daripada kecairan litupan ais, peningkatan permukaan bumi dan aktiviti gunung berapi masih tidak dapat difahami sepenuhnya, kata Bennett. Akan tetapi, apabila permukaan bumi meningkat, batu-batu yang yang berada di dasar laut turut meningkat bersama. Ia dilepaskan daripada tekanan ais.

"Ia mengalihkan kepanasan seperti sekeping kentang panas, apabila ia dialihkan dari tekanan panas tinggi ke tekanan panas rendah dan memasuki keadaan yang mempromosi kecairan," kata Bennett. Dan keadaan ini sesuai untuk letusan.


Sumber : The Star bertarikh 9hb Februari 2015
Ditulis oleh ; Suzanne Goldenberg
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

;

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...