Skip to main content
Mewujudkan keamanan

Bagi mewujudkan sebuah taman bunga Jepun ialah mengikut alam semulajadi



Gambar : Sebuah taman bunga Jepun

Taman bunga Jepun telah menjadi sebahagian daripada hortikultur dan budaya Amerika - hampir selama 150 tahun tetapi taman bunga Jepun masih menjadi misteri untuk kebanyakan orang

Kini, tidak perlu menjadi misteri lagi. Menurut Tim Gruner, kurator taman bunga/ketua hortikultur di Anderson Japanese Garden di Rockford, Illinois, anda bermula dengan minat terhadap sebuah taman bunga Jepun : timbulkan satu perasaan.



Gambar : Anderson Japanese Garden di Rockford, Illinois

"Sebuah taman bunga Jepun akan membangkitkan tindak balas emosi terhadap alam semulajadi di mana-mana ruang" kata Gruner. Beliau menyelia salah sebuah contoh taman bunga tercantik yang estetik. "Perasaan yang anda dapat apabila berdiri di sebuah lokasi yang dipenuhi dengan kecantikan semulajadi, emosi positif dan reaksi terhadap emosi positif tersebut, (persoalannya), bagaimanakah anda dapat mewujudkan tindak balas emosi seperti itu terhadap alam semulajadi di kawasan belakang rumah anda?".

Bagi sesetengah orang, sebuah taman bunga bermaksud sekelompok pokok bunga zinnia di sini, beberapa kelompok bunga ros di sana dan sedikit pokok penutup bumi. Semuanya sempurna serta bagus dan menyenangkan mata memandang, Akan tetapi, taman bunga Jepun mengikut kata alam semulajadi.



Gambar : Bunga zinnia


Gambar : Bunga ros




Gambar : Pokok penutup bumi

Ini adalah salah satu sebab tanam bunga Jepun pertama dimulakan di Amerika Syarikat. Taman bunga Jepun ini diperkenalkan kepada rakyat Amerika pada 1876 di Centennial International Exhibition di Philadephia. Pada masa itu, negara Amerika semakin menjadi bandar dan terdapat keperluan membawa alam semulajadi kepada penduduk bandar yang menyukai taman bunga Jepun ini kerana ia sama seperti apa yang dirancangkan oleh mereka.

"Bandar perindustrian mahukan taman bunga Jepun sebagai satu tanda pencapaian kebudayaan," kata Kendall Brown, presiden lembaga pengarah North American Japanese Garden Association.

Malahan, pada hari ini, taman bunga Jepun dibentuk mengikut garis panduan dan idea-idea lebih seribu tahun dahulu.

"Taman bunga Jepun dibentuk berdasarkan rekaan semulajadi, pembentukan batu, cara tumbuh-tumbuhan tumbuh secara semulajadi, cara air mengalir secara semulajadi menerusi sebuah lembah. Mengikut bentuk tanah itu," Gruner menerangkan. "Kebanyakan taman bunga Barat - dan ini mengikut generalisasi kasar, saya sedar - selalunya bersimetri, geometri berlawanan dengan taman bunga Jepun yang tidak bersimetri. Imbas kembali taman bunga klasik seperti Versailles (Perancis), rekaan yang semuanya diada-adakan dan ditanam secara meluas di persekitaran yang dikawal oleh manusia. Sebuah taman bunga Jepun, tidak bersimetri, berorientasikan tanaman semulajadi; di sesetengah kawasan ia dapat menimbulkan intipati sebuah hutan atau sungai di lembah atau kawasan paya, ada juga dapat membangkitkan perasaan pergunungan."



Gambar : Taman bunga Versailles, Perancis

David Slawson, seorang pereka taman bunga dan cendiakawan terkenal yang menulis buku bertajuk Secret Teachings In The Art of Japanese Garden pada 1987. Buku yang dianggap buku klasik, telah mengupas topik ini dalam bentuk DVD pada 2012 dengan tajuk Evoking Native Landscape Using Japanese Garden Principles.

"Salah satu perbezaan yang amat nyata di antara taman bunga Jepun dan kebanyakan taman bunga Barat ialah orang Jepun menggunakan tumbuh-tumbuhan untuk menimbulkan habitat mereka di alam semulajadi manakala orang Barat menggunakan tunbuh-tumbuhan hanya untuk kualiti hiasan mereka, kata beliau.

Bagaimanakah anda mengetahui jika sebuah taman bunga Jepun sesuai untuk anda? Gruner berkata, buat kajian anda. Selain daripada hasil kerja Slawson, satu lagi sumber maklumat yang bagus ialah menerusi majalah Sukiya Living. Majalah ini diterbitkan enam kali setahun memfokuskan taman bunga Jepun dan seni bina Jepun dan boleh dipesan melalui rothteien.com. Laman sesawang ini juga memaparkan contoh rencana dan maklumat mengenai bengkel dan lawatan (di Amerika Syarikat). Juga, North American Japanese Garden Association (najga.org) sedang bekrja keras mempromosi penanaman dan penjagaan taman bunga Jepun.

Gruner dan Slawson turut mencadangkan agar mempelajari taman bunga lain dan alam semulajadi lain bagi mengenal pasti yang mana satu anda sukai.

"Saya mengalakkan semua orang melawat contoh tanam bunga cantik (taman bunga Jepun)," kata Gruner. "Melawat ruang semulajadi yang hebat dan cuba fikirkan jenis pemandangan yang memberi kesan kepada anda serta membuat anda merasai sesuatu. Jika anda mempunyai ruang yang secukupnya, anda boleh mewujudkan keadaan semulajadi yang membuatkan anda berasa hampir dengan alam semulajadi".

Slawson sering membawa pelajar-pelajarnya membuat lawatan lapangan.

"Biasanya, saya akan menyuruh pelajar saya duduk bersendirian. Cari sesuatu yang mereka boleh memberi tindak balas. Buat satu lakaran," kata Slawson. "Ini adalah salah satu cara terbaik untuk berhubung kait. Fotografi memang bagus tetapi mekanisme itu menjauhkan kita. Cara ini membuka diri kita kepaa pengalaman..... daripada meninggalkan kesan adalah lebih baik membenarkan alam semulajadi bercakap dengan kita."

Bahan asas untuk membuat sebuah taman bunga adalah batu, air dan tumbuh-tumbuhan. Tetapi, lanskap kering juga dibentuk menggunakan batu-bata dan batu-batu kecil untuk membentuk aliran tenaga air yang sedang mengalir. Laman sesawang The Anderson Gardens mengutarakan elemen kedua yang menggunakan pagoda, tanglung diperbuat daripada batu, besen air, pergola dan jambatan.

Memilih kedudukan tumbuh-tumbuhan dengan cermat juga boleh membentuk satu ilusi. Sebagai contoh, Slawson dalam DVDnya, menunjukkan bagaimana beliau memilih saiz tumbuh-tumbuhan yang berbeza untuk mengubah perspektif. Tumbuh-tumbuhan yang berwarna cerah dan tumbuh-tumbuhan bersaiz besar ditanam di bahagian hadapan, manakala tumbuh-tumbuhan yang berwarna gelap dan tumbuh-tumbuhan bersaiz kecil ditanam di bahagian jauh, kata beliau. Hasilnya, satu perasaan yang mendalam.

Tidak dapat dinafikan, banyak perancangan dan kerja-kerja fizikal diperlukan. Gruner berkata bahawa "sesiapa yang berminat serta bermotivasi untuk mendalami ilmu ini dan juga mempunyai pinggang yang kuat dapat melakukan sendiri."

Tetapi cara ini ada kelebihan seperti Slawson yang boleh membuat keajaiban.

Beliau mempunyai seorang pelanggan yang memasang tingkap kaca di tempat pendiangan (fireplace) supaya pelanggannya boleh melihat taman bunganya dari rumah. Slawson menyamakan taman bunga tersebut sebagai sebuah karya seni.

"Melihat lukisan lanskap ........ itulah kesan anda ingin wujudkan," katanya. "Anda mahukan satu pengalaman yang menyeluruh..... Anda tidak mahu merasa seperti terdapat interaksi manusia atau idea, tetapi semuanya bergabung secara semulajadi tanpa gangguan manusia."

Pameran ketenangan

Berikut adalah beberapa taman bunga Jepun yang terkenal di Amerika Syarikat. Layari laman sesawang mereka boleh memberikan lebih gambaran mengenai gaya penanaman taman bunga Jepun.

1) Anderson Japanese Gardens, Rockford, llinois (andersongardens.org)



Gambar : Anderson Japanese Gardens, Rockford, lllinois

       Pada 2014, majalah Sukiya Living meletakkan taman bunga ini no. 1 di Amerika Syarikat. Taman Bunga Jepun ini mula ditanam pada 1978 di laman seorang ahli perniagaan bernama John Anderson. Perkembangan taman bunga ini diletakkan dibawah tunjuk ajar seorang pereka terkenal bernama Haichi Kurisu. Pada 1998, taman bunga ini telah meliputi hampir 5ha, didermakan kepada Rockford Rotary Charitable Association. Kini, taman bunga ini adalah sebuah entiti berfungsi bukan untuk keuntungan.


2) Portland Japanese Garden, Portland Oregon (japanesegarden.com)



Gambar : Portland Japanese Garden, Portland Oregon 

       Keluasan taman bunga ini hampir mencecah 2.5ha adalah sebuah taman bunga rasmi yang mempunyai lima tema taman bunga iaitu The Flat Garden, Strolling Pond Garden, Tea Garden, Natural Garden dan Sand and Stone Garden. Kesemua taman bunga ini direka oleh Takuma Tono.



Gambar : The Flat Garden




Gambar : Strolling Pond Garden



Gambar : Tea Garden



Gambar : Natural Garden 



Gambar :  Sand and Stone Garden

3)  Shofuso Japanese House and Garden, Philadelphia (japanesehouse.org)



Gambar : Shofuso Japanese House and Garden, Philadelphia 

        Shofuso ialah sebuah rumah tradisional Jepun dibina di Jepun pada 1953 dan dibawa masuk ke Philadelphia pada 1958. Terdapat tiga jenis taman bunga di tapak berkeluasan 0.5hektar iaitu taman bunga ala sebuah bukit dan tasik - a tsubo-niwa atau laman dalam, sebuah taman bunga ala sebuah bandar kurun ke17 di taman bunga kyoto dan sebuah roji atau taman bunga teh.

4)   Garden of the Pine Wind (garvangardens.com)



Gambar : Garden of the Pine Wind

      Ditanam di sebahagian kawasan di University Arkansas Garvan Woodland Gardens di Hot Springs. Taman bunga Jepun ini direka oleh David Slawson yang menggunakan lanskap kawasan dan gaung sebagai sumber inspirasinya. Antara rekaan yang ditonjolkan ialah tiga buah lata (cascades), sebuah air terjun, dua buah mata air, empat buah kolan air dan sebuah kolam ikan koi.


5) Chicago Botanic Garden, Glencoe, lllinois (chicagobotanic.org)



Gambar : Chicago Botanic Garden, Glencoe, lllinois

      The Elizabeth Hubert Malott Japanese Garden ini berkeluasan hampir 7ha dan didedikasikan pada 1982. Ia direka dengan rekaan kaiyu-shi-ki-teien (atau ala berjalan), bertujuan untuk melihat sambil berjalan. Taman bunga ini direka oleh Koichi Kawana.


Sumber : The Star - 14hb. Januari 2015
Ditulis oleh ; William Hagemen
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com



Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is