Skip to main content
SAYA DAN KUAN YEW


1.   Tidak kira apa tahap persahabatan kita, pemergian seseorang yang anda kenali pasti akan menyedihkan anda.

2.   Saya tidak boleh kata bahawa saya adalah kawan Kuan Yew. Akan tetapi, saya rasa sedih dengan pemergiannya.

3.   Kuan Yew sudah menjadi terkenal di usia muda lagi. Saya seorang pelajar di Singapura ketika saya membaca mengenainya yang mewakili kesatuan sekerja.

4.   Pertama kali saya bertemu dengan Kuan Yew pada 1964 ketika saya menjadi Ahli Parlimen setelah Singapura menyertai Malaysia pada 1963. Beberapa kali kami mempunyai perbezaan pendapat ketika perdebatan, bukan kerana permusuhan, cuma perbezaan pendapat mengenai apa yang baik untuk negara baharu dibentuk. Beliau menamakan saya sebagai salah seorang ultra Melayu yang bertanggungjawab mencetuskan rusuhan kaum di Singapura. Sebenarnya, saya tidak pernah ke Singapura untuk menimbulkan masalah. Orang lain yang tidak boleh saya namakan berbuat demikian.

5.   Tunku menghadiri mesyuarat sulung PAP dan menjalin persahabatan baik dengan Kuan Yew. Beliau menpercayai bahawa Kuan Yew adalah benteng pertahanan untuk menghalang fahaman komunis. Akan tetapi, apabila PAP bertanding di pilihan raya Malaysia pada 1964 dengan slogan Malaysian Malaysia, Tunku merasakan kehadiran PAP di Malaysia akan menimbulkan gangguan.

6.   Apabila saya menjadi PM pada 1981, saya memberi kunjungan hormat kepada Kuan Yew. Ia adalah satu pertemuan persahabatan dan beliau terus bersetuju dengan cadangan saya agar mengedepankan masa selama setengah jam untuk kedua-dua negara yang mempunyai masa yang sama. Saya menerangkan kepada beliau adalah mudah untuk mengubahsuai masa kita ketika mengembara kerana kita berada dalam zon masa sama sedangkan zon masa di seluruh dunia ditetapkan perbezaan selama satu jam.

7.   Akan tetapi, terdapat banyak isu lain yang kami tidak boleh bersetuju.

8.   Apabila saya diserang sakit jantung pada 1989 dan memerlukan pembedahan jantung terbuka, beliau sanggup menghubungi isteri saya dan meminta agar menangguhkan pembedahan kerana beliau telah membuat persiapan seorang pakar bedah jantung terbaik, seorang warganegara Singapura yang menetap di Australia untuk melakukan pembedahan. Akan tetapi, saya telah diberikan ubat dan sedang tidur sebelum pembedahan dilakukan pada keesokan harinya.

9.   Isteri saya mengucapkan terima kasih juga memohon maaf kepadanya. Isteri saya berjanji akan menghubunginya selepas pembedahan. Beliau menelefonnya pada petang berikutnya.

10.  Ketika beliau sedang sakit, saya memohon untuk menemuinya. Beliau bersetuju tetapi pada malam sebelum penemuan, Kedutaan Singapura mendapat pesanan bahawa beliau semakin tenat dan tidak dapat bertemu dengan saya.

11.  Ketika beliau menghadiri persidangan tahunan Nihon Keizai Shimbun mengenai Future of Asia di Tokyo, persidangan yang sering saya hadiri, saya bertemu dengan beliau di majlis makan malam untuk bertanyakan khabar. Kami duduk berbual dan jurugambar-jurugambar Jepun mengambil gambar kami dan berjanji tidak akan menyiarkannya. Saya tidak kisah kalau mereka menyiarkannya. Akan tetapi, saya pasti akan timbul pelbagai cerita.

12.  Kini, Kuan Yew tiada lagi. Pemergiannya menandakan tamatnya satu era kerana mereka yang berjuang untuk kemerdekaan memimpin negara mereka dan mengetahui nilai kemerdekaan.

13.  Asean telah kehilangan kepimpinan yang kuat setelah Presiden Suharto dan Lee Kuan Yew.


Sumber : Chedet blog
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 27hb Mac 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel :terataigenius@gmail.com

Comments

  1. Saya cadangkan pihak tuan dapat terjemahkan tulisan dari blog Datuk Kadir Jasin dan juga Rocky Bru.Terima asih.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is