Skip to main content
Tempat perlindungan burung penguin Emperor


Gambar : Burung penguin Emperor

Laut Ross yang terletak di Antartika telah dikaitkan dengan kelangsungan hidup burung yang tidak boleh terbang ini untuk 30,000 tahun


Baru-baru ini satu dapatan terbaharu yang diterbitkan, mencadangkan bahawa Laut Ross di Antartika telah menjadi sebuah tempat perlindungan selamat serta jarang ditemui untuk burung penguin spesies Emperor, walaupun dalam suhu yang melampau untuk burung jenis ini hidup.

Para pengkaji sedang mengkaji bagaimanakah perubahan cuaca mempengaruhi burung penguin yang boleh mengadaptasi sejuk melampau - spesies burung penguin ini adalah spesies yang paling tinggi dan paling berat dalam semua spesies burung penguin - sejak 30,000 tahun lalu hanya tiga populasi daapt hidup sejak Zaman Ais.

Suasana suhu amat sukar sehingga jumlah burung penguin Emperor di benua sejuk telah berkurangan tujuh kali ganda berbanding jumlah hari ini yang hanya terdapat di beberapa lokasi sahaja, kata ketua pengkaji bersama Jane Younger.

"Tidak terlintas di fikiran kami bahawa suasana akan menjadi amat sejuk untuk mereka hidup pada masa dahulu," kata Younger, seorang pelajar Ph.D di Universiti Tasmania.

"Mereka dapat hidup dalam suhu -30ºC sekarang, maka mereka dapat adaptasi sejuk melampau ini."

Dengan memeriksa kepelbagaian genetik populasi burung penguin moden dan lama, para saintis dari universiti-universiti Tasmania, Southampton dan Oxford di Britain dan Australian Antartic Division dapat menganggarkan jumlah populasi burung penguin mengikut peredaran masa.

Para saintis mendapati jumlah burung penguin mulai bertambah sejak 12,000 tahun lalu apabila suhu mula meningkat dengan kadar 15ºC dan jumlah ais laut di sekeliling Antartika mulai berkurangan. Younger berkata suhu yang lebih panas memberi peluang kepada anak burung penguin untuk hidup dalam suasana sejuk - apabila suhu berkemungkinan turun hingga ke -45ºC. Pengurangan laut ais juga memudahkan laluan ke lautan untuk mencari makanan.

"Kami benar-benar terkejut dengan penemuan ini. Kami fikir ia adalah mengenai Zaman Ais kerana pada masa itu terdapat lebih banyak ais laut yang diperlukan oleh mereka (untuk membiak). Oleh sebab itu, mereka dapat adaptasi sejuk melampau ini, maka keadaan ini mungkin bagus untuk mereka," katanya.

Para pengkaji percaya bahawa satu populasi terus hidup di kawasan Laut Ross kerana sebahagian dari lautan sentiasa bebas daripada ais laut oleh angin dan arus, menurut hasil dapatan yang diterbitkan di Global Change Biology.

"Laut Ross mungkin sangat penting," kata Younger mengenai bahagian kawasan Lautan Pasifik di Antartika yang dianggap ekosistem marin yang paling sempurna di dunia.

"Mereka dapat hidup sejak 30,000 tahun lalu dan di kala persekitaran telah berubah di lain-lain tempat, Laut Ross terus menjadi tempat perlindungan selamat untuk mereka."

"Laut Ross sentiasa menjadi ekosistem penting di Antartik."


Sumber : The Sun - 6hb. Mac 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com



Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Tuan Puteri yang telah disihir MISTIK : Puteri Limau Purut telah diculik dan dibawa ke Acheh. Kisah yang menyentuh mengenai seorang puteri yang cantik disusuri dengan peperangan atas nama cinta mungkin sama seperti plot sebuah tayangan filem romantik. Bagaimanapun, di Kampung Pulau Tiga, Perak, kisah mengenai tuan puteri dan berlaku pertumpahan darah ialah kisah sejarah dan kisah legenda. Makam Puteri Limau Purut menarik pelancong dari pelbagai pelusuk tanah air terletak tidak jauh dari satu lagi tapak sejarah, Pasir Salak. Kampung Pulau Tiga terletak di dalam daerah Kampung Gajah yang terkenal dengan perusahaan kecil dan sederhana dan industri berasaskan pertanian. Para pelancong boleh mendapati bekas air diperbuat daripada tanah liat yang dikenali sebagai labu sayung. Tuan Puteri tersebut tinggal di kawasan ini kira-kira 400 tahun dahulu, kata Mustaffa Mohd Yunus yang mendakwa dirinya adalah keturunan tuan puteri tersebut. "Beliau ialah puteri kepada b...