Tercemar akibat merkuri
Gambar : Ikan tuna sirip kuning (Yellowfin tuna)
Gambar : Ikan tuna putih (albore)
Gambar : Ikan raja (King mackerel)
Gambar : Ikan jerung (Shark)
Gambar : Ikan suji todak (Swordfish)
Gambar : Ikan rawan (Tilefish)
Sumber : The Star bertarikh 23/2/15
Ditulis oleh :Geoffrey Mohan
Ditejemah oleh : Teratai Melur
Emel: terataigenius@gmail.com
Tahap merkuri sedang meningkat dalam ikan tuna sirip kuning di Pasifik.
Gambar : Ikan tuna sirip kuning (Yellowfin tuna)
Menurut dapatan terbaharu, tahap merkuri dalam ikan tuna yang ditangkap di Lautan Pasifik sedang meningkat pada kadar 3.8% setiap tahun sejak 1998.
Dapatan-dapatan ini diterbitkan dalam jurnal atas talian dengan tajuk Environmental Toxicology And Chemistry membuktikan bahawa pencemaran udara terutama sekali daripada pembakaran arang batu mengepam merkuri ke rantai makanan laut yang berpotensi membawa bahaya kepada kesihatan manusia.
"Semakin banyak bukti menunjukkan bahawa metil merkuri mengandungi sumber antropogen," kata Paul Drevnick, pakar toksikologi sekitaran di Unversiti Michigan. Beliau juga ketua penulis untuk kajian ini. "Ia berasal dari pengeluaran merkuri yang tumpah ke dalam lautan."
Tahap merkuri yang ditemui dalam ikan tuna sirip kuning (juga dipanggil ahi tuna), iaitu spesies yang tidak berada di bahagian atas rantai makanan dan boleh dianggap sebagai penanda arah agak 'merungsingkan', kata rakan penulis, Carl Lamborg yang menjalankan kajian ketika bertugas di Woods Hole Oceanographic Institution di Massachusetts dan kini bertugas di Universiti California, Santa Cruz.
"Nombor ini membawa maksud bahawa jumlah merkuri dalam ikan semakin meningkat pada setiap masa, dan jika ini berlaku secara terus-menerus, maka setiap jenis ikan berpotensi untuk menjadi bahaya," kata Lamborg. "Saya tidak tahu apa akan terjadi."
Menurut para pengkaji, kadar ukuran tahap metil merkuri ini sehingga kini tidak boleh mendatangkan bahaya kepada badan manusia walaupun merkuri jenis ini boleh diresap oleh badan manusia, juga, ikan masih menjadi makanan penting untuk kesihatan manusia.
Akan tetapi, data yang dikumpulkan ini melemahkan satu elemen dari segi perundangan mengikut Perkara 65 yang memudahkan syarikat pengetin ikan tuna daripada melekatkan amaran pada produk yang dijual di California. Ada kalanya, syarikat pengetin menawarkan kajian saintifik yang mencadangkan bahawa metil merkuri yang ditemui dalam ikan tuna adalah dari sumber asli seperti yang dilepaskan dari dalam lautan.
Pada 2006, state Superior Court telah bersetuju bahawa amaran Perkara 65 dihalang oleh undang-undang persekutuan dan tahap metil merkuri ini sangat rendah untuk diberi amaran. Pada 2009, satu rayuan telah dibuat mengenai hal ini.
The US Food and Drug Administration (FDA) dan Environmental Protection Agency sedang mengemas kinikan saranan mereka mengenai pemakanan ikan. Buat kali pertama, agensi ini mencadangkan agar diet mingguan untuk wanita mengandung termasuk kadar minimum pemakanan ikan adalah di antara 250g hingga 360g yang diketahui rendah tahap merkurinya. Ini bertujuan untuk membantu perkembangan dan pertumbuhan bayi dalam kandungan.
Draf agensi tersebut mengesyorkan agar wanita mengandung atau ibu-ibu yang sedang menyusu untuk tidak memakan ikan rawan (tilefish) dari Teluk Mexico, ikan jerung (shark), ikan suji todak (swordfish) dan ikan raja (king mackerel). Mereka turut syorkan golongan wanita yang dinyatakan di atas menghadkan memakan ikan tuna putih (albacore) kepada 180g seminggu. Ikan tuna sirip kuning biasanya dijual kepada pengguna dalam bentuk stik tetapi untuk tujuan mengetin, ikan tuna jenis 'ringan' seperti ikan tongkol selalunya digunakan dalam jumlah kecil. Ini menurut SeafoodHealthFacts.org, sebuah akademi bersama bertempat di Oregon State University. FDA telah menemui tahap merkuri tinggi sedikit dalam ikan tongkol tetapi masih dibawah kadar satu dalam satu juta.
Gambar : Ikan raja (King mackerel)
Gambar : Ikan jerung (Shark)
Gambar : Ikan suji todak (Swordfish)
Gambar : Ikan rawan (Tilefish)
Para pengkaji menganalisis semula data ikan tuna sirip kuning yang ditangkap berhampiran Hawaii pada 1971, 1998 dan 2008. Setelah disesuaikan mengikut usia dan berat ikan tersebut iaitu faktor yang akan memberi kesan kepada pengumpulan merkuri, mereka mengesahkan bahawa tidak terdapat peningkatan merkuri yang boleh dikesan dari 1997 ke 1998. Akan tetapi, menurut dapatan itu, setelah tarikh ini, pencemaran merkuri, hampir dalam bentuk metil yang lebih bahaya mula terkumpul secara pantas. Para pengkaji mengira kadar peningkatannya adalah 3.8% setahun dalam jangka masa itu.
Menurut dapatan beberapa kajian, kadar merkuri di atmosfere telah meningkat dengan faktor tiga pada kala perindustrian. Pada masa sama, tahap merkuri di beberapa lembangan lautan juga telah meningkat. Akan tetapi, tidak mudah untuk mengaitkan kedua-dua keadaan ini kerana proses kimia dan biologi yang rumit telah menukar bentuk merkuri ini.
Bagaimana pun, untuk satu dapatan pada 2013, 'capjari' isotop digunakan untuk mengenal pasti kadar dalam merkuri metil dalam sembilan spesies iaitu dari dasar utara Lautan Pasifik yang berasal dari unsur merkuri di atmosfere. Ia mengikut angin dari timur Asia di mana bidang perindustrian sedang berkembang pesat.
Sumber : The Star bertarikh 23/2/15
Ditulis oleh :Geoffrey Mohan
Ditejemah oleh : Teratai Melur
Emel: terataigenius@gmail.com
Comments
Post a Comment