Skip to main content
NAJIB MENANGKIS

1.   Najib tidak menangkis apa-apa. Selain menyatakan kes Altantuya adalah sebuah kes lama, dia tidak menangkis apa-apa. Ini adalah perkara baharu kerana penggantungan itu akan dilakukan sekarang. Kedua-dua mereka ini telah dibebaskan. Pembebasan mereka bermakna perkara ini telah selesai. Akan tetapi, sekarang mereka ini akan digantung. Amat jelas, mereka mengikut arahan. Menggantung mereka bermakna akan berlaku persendaan keadilan.

2.   Mengenai 1MDB, jawapan sama diberikan. Tunggu. Tunggu sehingga laporan Ketua Audit Negara. Laporan ini boleh mengambil masa bertahun-tahun. Memeriksa akaun tidak akan menunjukkan apa-apa. Ia tidak menerangkan penglibatan Jho Low. Ia tidak menerangkan bagaimanakah Riza Aziz memperolehi begitu banyak wang pada masa wang 1MDB hilang. Ia tidak menerangkan transaksi melucukan dengan Petro Saudi, bank-bank di Seychelles, di Hong Kong dan di Kepulauan Cayman. Kemudian wang dari Cayman dibawa balik dan disimpan di Singapura. Kini, bank itu berkata tiada wang disimpan di bank itu.

3.    Meminta orang ramai agar jangan menanyakan sebarang soalan sehingga laporan Ketua Audit Negara dikeluarkan adalah bodoh. Ini seperti melihat seseorng melakukan rompakan dan orang ramai harus tunggu sehingga perbicaraan mahkamah selesai untuk bercakap mengenainya.

4.  Pesawat untuk tujuan keselamatan. Adakah ia dapat menghalang penculikan dan pencerobohan kasual di Sabah atau penyeludupan senjata dari utara tanah air? Atau keselamatan negara hanya tertakluk kepada mereka yang menggunakan pesawat peribadi sahaja.

5.   Negara kita telah diserang berulang kali oleh pengganas yang telah membunuh polis dan tentera kita. Adakah ini perkara biasa atau adakah ini masalah keselamatan negara? Jika kita mengambil berat mengenai keselamatan negara, adakah kita membeli pesawat-pesawat peribadi mewah.

6.   Amat memalukan apabila kita tidak dapat memastikan keselamatan penduduk negara kita sendiri.

7.   Ketua Audit Negara boleh audit tetapi ia tidak akan menunjukkan keseluruhan perkara. Lebih baik ditubuhkan suruhanjaya. Ahli suruhanjaya untuk meneliti setiap perkara 1MDB tidak harus dipilih oleh Kerajaan. Ini bertujuan untuk menyiasat 1MDB dan Kerajaan yang gagal menyelia urusan 1MDB.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad 
Tarikh ditulis : 19hb MeI 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel: terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Tuan Puteri yang telah disihir MISTIK : Puteri Limau Purut telah diculik dan dibawa ke Acheh. Kisah yang menyentuh mengenai seorang puteri yang cantik disusuri dengan peperangan atas nama cinta mungkin sama seperti plot sebuah tayangan filem romantik. Bagaimanapun, di Kampung Pulau Tiga, Perak, kisah mengenai tuan puteri dan berlaku pertumpahan darah ialah kisah sejarah dan kisah legenda. Makam Puteri Limau Purut menarik pelancong dari pelbagai pelusuk tanah air terletak tidak jauh dari satu lagi tapak sejarah, Pasir Salak. Kampung Pulau Tiga terletak di dalam daerah Kampung Gajah yang terkenal dengan perusahaan kecil dan sederhana dan industri berasaskan pertanian. Para pelancong boleh mendapati bekas air diperbuat daripada tanah liat yang dikenali sebagai labu sayung. Tuan Puteri tersebut tinggal di kawasan ini kira-kira 400 tahun dahulu, kata Mustaffa Mohd Yunus yang mendakwa dirinya adalah keturunan tuan puteri tersebut. "Beliau ialah puteri kepada b...