Skip to main content
BAGAIMANAKAH WANG 1MDB DILABURKAN

1.   Saya teruja dengan kebolehan 1MDB melaburkan 42 billion Ringgit dalam pelbagai bidang perniagaan. Saya sepatutnya berpuas hati dengan cara 1MDB menggunakan wang pinjamannya.

2.   Akan tetapi, saya tidak berpuas hati. Saya tidak berpuas hati kerana maklumat ini datang daripada KPE baharu, Arul Kanda Kandasamy. Dan Arul telah didapati berbohong beberapa kali.

3.   Sejurus selepas beliau mengambil alih pengurusan 1MDB, beliau mengumumkan wang dari Kepulauan Cayman telah dibawa balik. Beliau menyatakan secara jelas dan secara terbuka bahawa beliau sendiri melihat wang tunai sebanyak satu billion dolar. Kemudian, beliau berkata ia adalah penyata. Penyata apakah itu? Akhirnya, pihak bank menyatakan tiada wang tunai dalam bank dan hanya dokumen disimpan dan dokumen itu ditandatangani dengan tandatangan palsu.

4.   Maka, beliau memberitahu kepada Perdana Menteri mengenai himpunan besar wang tunai dolar dan Perdana Menteri menjawab soalan di Parlimen bahawa wang tunai tersebut berada di Singapura. Ia tidak boleh dibawa balik kerana Bank Negara menanyakan terlalu banyak soalan. Menteri Kewangan harus luluskan atau tidak meluluskan kesemua kelulusan dan sekatan Bank Negara.

5.   Kemudian, pihak bank menafikan wang tunai berada dalam bank mereka. Memalukan. Visi telah hilang. Tidak. Ia bukan wang tunai. Ia adalah dokumen. Tidak, ia adalah unit. Unit apa? Tak tahu. Bank yang mana? Tidak jelas. Misteri semakin mendalam.

6.   Maka, apabila Arul mengumumkan mengenai pelaburan sebanyak 42 billion Ringgit, kemungkinan beliau melihat sesuatu yang tidak wujud. Dan, adakah sesiapa menggunakan wang pinjaman untuk membayar cukai. Cukai apa? Tiada sebarang pengumuman mengenai keuntungan tetapi cukai dibayar. Berapa? Kos pengurusan 1MDB telah meningkat kepada berbillion!

7.   Nama-nama yang diketahui telah menerima wang daripada 1MDB tidak disebut. Banyak wang telah disalurkan ke syarikat di Hong Kong dengan pelbagai nama pelik.

8.   Tiada sebarang pembayaran dibayar kepada Petro Saudi. kepada Jho Low, kepada Brazen Sky dan lain-lain. Jho Low menafikannya tetapi kenapakah beliau tidak membuktikan bahawa beliau tidak menerima AS 260 juta (RM988 juta) daripada 1MDB untuk membeli bank.

9.   Arul pernah menipu. Arul menipu lagi mengenai wang 42 billion Ringgit. Di manakah sebahagian daripada 42 billion Ringgit berada masih menjadi tanda tanya.

10.  Saya tidak fikir kita dapat menyelesaikan masalah kehilangan wang 1MDB menerusi mesyuarat empat mata. Najib boleh menyelesaikan masalah ini dengan membuktikan keraguan munasabah bahawa tiada kehilangan wang pinjaman sebanyak 42 billion.

11.  Saya fikir hasrat 1MDB adalah menjana pendapatan untuk Kerajaan. Tunjukkan berapa banyakkah Kerajaan mendapat keuntungan semenjak 2009? Kenapakah beliau meminjam wang untuk membayar bunga untuk pinjaman?

12.  Kenapakah saham penjana kuasa tidak dapat disenarai?

13.  Kenapakah 1MDB hanya membayar 60-90 Ringgit untuk tanah Kerajaan yang kini hendak dijual dengan harga 2000-4000 Ringgit kps. Kini, tanah yang dibeli oleh Tabung Haji telah dijual kepada warga Indonesia dengan harga rendah. Kerugian ini akan ditanggung oleh para jemaah haji.

14.  Sebenarnya, terdapat banyak persoalan yang boleh dijawab oleh Perdana Menteri, bukan kepada saya, tetapi kepada rakyat. Wang itu bukan milik saya seorang. Banyak soalan yang diajukan kepada saya menanyakan di manakah wang mereka berada.

15.  Wang itu milik rakyat. Ia adalah tanggungjawab polis, badan pencegahan rasuah untuk menyiasat laporan yang telah dibuat - termasuk laporan oleh Bank Negara. Akan tetapi, pihak agensi terbabit tidak melakukan penyiasatan.

16.  Terdapat unsur-unsur ketakutan yang menghalang mereka daripada melakukan penyiasatan. Selagi Perdana Menteri ini kekal sebagai Perdana Menteri, penyiasatan mengenainya tidak akan dilakukan. PM harus meletak jawatan dan melepaskan kuasanya jika Ketua Audit Negara, Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara atau Suruhanjaya Diraja ingin mendedahkan perkara sebenar.

17.  Saya hadir ke forum "Nothing to Hide" dengan harapan akan mendengar penjelasan daripada Dato Sri Najib serta menanyakan soalan. Akan tetapi, forum itu dibatalkan atas alasan keselamatan.

18.  Saya menonton video yang menunjukkan kejadian sebenar. Tiada sebarang ancaman kecuali Ali Tinju membuat bising. Jelas menunjukkan beliau mahu membatalkan perjumpaan ini. Kita semua tahu beliau menyebelahi pihak mana. Sayang sekali. Najib berpeluang memberi penjelasan dan individu seperti saya akan mendiamkan diri.

Sumber ; Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr.Mahathir Mohamad
Tatikh ditulis : 9hb. Jun 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel: terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is