Skip to main content
HANYA JUSTO

1.   Ada orang amat gembira mengenai Justo. Kini, mereka meminta para pengkritik Perdana Menteri harus memohon maaf. Memohon maaf untuk apa? Apa yang nyata adalah sejumlah besar wang telah hilang. Bolehkah Justo membawa balik kesemua wang tersebut.

2.   Justo telah dipecat dan Petro Saudi telah memberinya 15 juta Ringgit. Adakah dia diberi rasuah atau apa? Ia adalah satu jumlah wang yang amat besar untuk diberikan kepada seorang pekerja atau pengarah yang telah melakukan sesuatu yang salah. Selalunya, dia akan dihalau keluar. Akan tetapi, kita diberitahu bahawa dia tidak gembira dengan jumlah wang yang diberikan dan meminta lebih banyak wang atau dia akan membocorkan maklumat dokumen. Apa bukti yang menunjukkan dia telah mengubah dokumen atau dia mempunyai dokumen yang boleh menunjukkan seseorang bersalah. Bagaimanakah dia boleh menidakkan fakta yang diakui sendiri oleh Perdana Menteri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen? Beliau telah berkata, "AS 1.9 bilion dolar dipinjam daripada 1MDB kepada anak syarikat Petro Saudi International Limited untuk mengurangkan risiko pegangan ekuiti." Memberikan pinjaman kepada rakan kongsi syarikat usahasama yang didapati tidak sesuai sebagai rakan kongsi usahasama akan menambahkan risiko bukan mengurangkannya.

3.   Apabila usahasama tersebut ditamatkan setelah 6 bulan ditubuhkan, ia sudah semesti 1MDB menyedari bahawa usahasama ini tidak elok. Seharusnya 1MDB meminta kembali ekuiti dan pinjaman berjumlah AS 1.9 bilion dipulangkan semula. Akan tetapi, ia telah ditukar kepada bentuk pinjaman (murabahah).

4.   Pinjaman berjumlah AS1.9 bilion telah diberikan, di manakah wang itu sekarang? Kerajaan tidak memberi sebarang keterangan. Adakah wang itu berada di Kepulauan Cayman atau berada di Singapura atau di mana. Jumlah wang yang besar tidak boleh bergerak tanpa direkod oleh pihak bank terbabit. Sudah tentu Najib mengetahui hal ini dan wang tersebut masih tidak dipulangkan lagi.

5.   Walaupun Justo mengubah e-mel, ini tidak boleh menukar fakta bahawa 1MDB telah memberikan AS1.9 bilion kepada syarikat usahasama dengan Petro Saudi di mana dalam tempoh 6 bulan sahaja, ia menjadi tidak berguna sehingga syarikat usahasama tersebut telah dibubarkan. Kemudian, pelaburan dan pinjaman sebanyak AS 700 juta ditukarkan kepada pinjaman untuk rakan kongsi yang anda tidak lagi percaya boleh bekerja menerusi usahasama. Anda ada kawalan secara terus terhadap syarikat usahasama dan bukannya terhadap peminjam.

6.   Jadi, apakah semua ini kena-mengena dengan Justo memeras ugut Petro Saudi. Tidak.

7.   Para penyokong Perdana Menteri seperti tidak memahami bahawa 1MDB telah meminjam 42 bilion Ringgit untuk melabur dalam perniagaan yang meragukan. Dalam proses itu, sejumlah wang yang amat besar telah hilang.

8.   Ini bukan hanya mengenai Petro Saudi atau mengenai usahasama. Wang tersebut telah digunakan untuk membeli IPP dengan harga tinggi. Ini adalah salah. Cubaan untuk menjualnya kepada Tenaga telah menyebabkan saham Tenaga jatuh, kecuali IPP tersebut dijual dengan harga rendah maka tidak mungkin pelaburan dalam Edra akan memberi keuntungan. Akan tetapi, penjualan yang menyebabkan kerugian membuatkan 1MDB menghadapi masalah dalam pembayaran balik hutangnya.

9.   Penstrukturan semula 1MDB seperti bersandarkan kepada pembayaran balik hutang sebanyak 42 bilion Ringgit.

10.  Wang pembayaran balik hutang diterima menerusi penjualan tanah TRX dan Bandar Malaysia. 1MDB telah membayar harga yang amat rendah untuk tanah ini. Akan tetapi, bolehkah 1MDB berbuat demikian?

11.  London Stock Exchange News Service melaporkan bahawa International Petroleum Investment Company (IPIC), Aabar Investment PJS telah membuat terma ikatan dengan Minister of Finance Inc., Kementerian Kewangan dan 1MDB seperti berikut :-

-   Pada 4hb Jun 2015, IPIC telah memberikan AS 1 bilion kepada 1MDB untuk melangsaikan beberapa tanggungan dengan secepat mungkin

-   Juga, pada 4hb Jun 2015, IPIC telah mengambil tanggungjawab untuk membayar kesemua faedah yang harus dibayar dibawah dua perkiraan kewangan 1MDB dijamin oleh IPIC berjumlah AS 3.5 bilion (RM 13.3 bilion) dalam jumlah pokok.

12.  Untuk jumlah pinjaman ini, pada 30hb Jun 2016, IPIC akan menerima aset dengan nilai bersamaan pembayaran tunai (AS 1 bilion atau RM 3.8 bilion) dan pengambilan hutang sebanyak AS 3.5 bilion atau RM 13.3 bilion.

13.  IPIC telah memberi wang tunai dan akan memberi pembayaran faedah interim.

14.  Tidak diberittahu aset milik 1MDB yang mana satukah akan menjadi milik IPIC.

15.  Apakah aset itu? Jika ia adalah loji penjana kuasa atau tanah, ini bermakna aset-aset ini bukan lagi milik 1MDB untuk dijual. Jadi, bagaimanakah 1MDB akan membayar balik RM42 bilion yang telah dipinjam.

16.  Adakah Justo akan mendedahkan sesuatu yang lebih buruk daripada apa yang telah didedahkan oleh London Stock Exchange? Jadi, siapakah yang harus memohon maaf? 

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 29hb Jun 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...