Skip to main content
KISAH 1MDB

1.   Komen-komen di blog saya dan ramai yang menanyakan soalan kepada saya ketika saya membeli-belah, amat jelas ramai yang tidak mengetahui secara jelas mengenai 1MDB. Mereka tahu yang Najib telah melakukan perkara salah dengan wang pinjaman berjumlah RM42 billion tetapi tidak jelas apa kesalahannya sehingga saya memintanya meletak jawatan.

2.   Maka, saya fikir saya harus menerangkan kesalahan di dalam 1MDB secara berperingkat.

The Terengganu Investment Authority

3.   Pertama sekali, percubaan untuk merampas wang milik Terengganu Investment Authority (TIA). Petronas membayar 5% daripada pendapatan kasar kepada Kerajaan Negeri Terengganu. Tahun demi tahun, jumlah royalti ini telah bertambah kepada jumlah besar.

4.   Jho Low telah memujuk Najib untuk menjadikan TIA sebagai dana berdaulat untuk tujuan pelaburan seperti Kuwait Investment Fund tetapi berada dalam kawalan Najib. Pengambilan pekerja dilakukan oleh Najib tanpa pengetahuan negeri Terengganu. Pada mulanya, negeri Terengganu bersetuju tetapi apabila Najib mencadangkan untuk mengumpul bon sebanyak RM5 billion dengan menggunakan telaga minyak Terengganu sebagai cagaran, pihak istana dan pihak Kerajaan tidak bersetuju.

5.   Negeri Terengganu meminta agar pengeluaran bon ditunda. Najib teruskan juga. Negeri Terengganu menarik diri kerana tidak mahu merisikokan telaga minyak mereka.

6.   Kemudian, Jho Low menasihatkan Najib agar Kerajaan Persekutuan menjadi penjamin untuk pinjaman tersebut. Sepatutnya, perkara seperti ini harus dibincangkan dan diluluskan oleh Kabinet. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan kertas Kabinet disediakan dan dibentangkan untuk kelulusan walaupun jumlahnya amat besar. Malah, Kabinet tidak menyedari aktiviti 1MDB untuk jangka masa panjang.

7.   Untuk dielakkan daripada penelitian oleh para pegawai, pinjaman ini diklasifikasikan sebagai off-budget iaitu belanjawan asing daripada belanjawan tahunan yang dibentangkan dan mendapat kelulusan Parlimen. Perbelanjaan off-budget boleh dilakukan ke satu tahap. Pinjaman sebanyak RM5 billion tidak pernah dipinjam oleh Kerajaan atau mena-mana agensinya. Ia tidak sepatutnya off-budget. Ia seharusnya mendapat kelulusan Kabinet terlebih dahulu dan dibentangkan di Parlimen. Tiada satu prosedur ini diikuti.

8.   Tidak jelas sama ada mana-mana jabatan Kerajaan atau agensi Kerajaan telah melakukan penelitian terma-terma pinjaman. Terma-terma tersebut tidak memihak kepada 1MDB dan pihak Kerajaan.

9.   Goldman Sachs diberi kepercayaan untuk mendapatkan pinjaman diberikan;

i)   Komisen sebanyak 10%
ii)  Kadar faedah dikekalkan pada 5.9%

10.  Ini bermaksud 1MDB hanya akan mendapat RM4.5 billion daripada RM5 billion yang dipinjamnya. Goldman Sachs akan menerima RM500 juta sebagai komisen, satu jumlah yang sangat besar.

11.   Akan tetapi, 1MDB akan membayar kadar faedah sebanyak 5.9% untuk keseluruhan jumlah RM5 billion. 1MDB akan mendapat RM4.5 billion dan kadar faedahnya adalah 6.6%. Goldman Sachs tidak perlu membayar faedah ke atas komisen sebanyak RM500,000/- yang diterimanya.

12.  Pinjaman oleh Kerajaan atau dijamin oleh Kerajaan selalunya dikenakan 3% atau kurang. Akan tetapi, pinjaman 1MDB dikenakan faedah hampir 7% iaitu lebih kurang RM350 juta setahun atau RM1 juta sehari.

13.  Siapakah yang meluluskan pinjaman dengan terma yang teruk kepada sebuah syarikat milik Kerajaan? Kita ingin tahu siapakah orangnya. Sudah tentu terdapat dokumen dengan tandatangan penguat kuasa yang memberi kelulusan. Jika tiada, seseorang harus menjawab kebodohan ini. Atau, adakah ini salah guna kuasa.

14.  Dan, lebih banyak pinjaman diperolehi dari bank tempatan dan bank luar negara. Jumlah yang dipinjam adalah sebanyak RM42 billion. Tidak jelas apakah terma-termanya. Akan tetapi, jumlah faedah untuk pinjaman sebanyak RM42 billion ini adalah hampir RM3 billion setahun. Sekiranya pelaburan 1MDB tidak membawa keuntungan yang mengagumkan, beban faedah akan menenggelamkan 1MDB. Semua orang tahu yang Ananda Krishnan telah memberikan RM2 billion untuk membayar faedah. Adakah ini pinjaman atau hadiah? Kemudian 1MDB terpaksa menjual sahamnya atau harta miliknya dengan harga ASD 1 billion (RM3.7 billion) untuk menyelesaikan hutang jangka pendek daripada sebuah bank German.

15.   1MDB diketuai oleh Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan. Apabila pinjaman sebanyak 100 juta diperolehi untuk pelaburan luar negara, Bank Negara harus memberikan kelulusan. Akan tetapi, kelulusan muktamad akan dibuat oleh Menteri bertanggungjawab. Dan, Menteri bertanggungjawab juga ketua 1MDB.

Pelaburan

16.  Pelaburan oleh 1MDB yang diketahui adalah pembelian stesen penjana kuasa dan pembelian tanah milik Kerajaan dan tanah persekutuan.  

Stesen Penjana Kuasa

17.  RM18 billion dibelanjakan untuk membeli IPP milik Ananda Krishnan, Genting Sanyen Power (kini dikenali sebagai Kuala Langat Power Plant) dan Jimah Energy.

18.  Harga yang dibayar untuk Genting Sanyen dan IPP Ananda lebih tinggi daripada harga pasaran. 1MDB juga membayar RM6 billion untuk pinjaman yang tidak dibayar. Jimah IPP sepatutnya membina sebuah lagi stesen penjana kuasa. Akan tetapi, 1MDB tidak mempunyai wang untuk membina stesen penjana kuasa tambahan ini.

19.  Genting Sanyen dan Tanjung Energy menghampiri tarikh tamat tempoh lesen. Jika 1MDB tunggu sehingga lesen tamat tempoh, harganya tentu turun.

20.  Menjadi misteri kenapakah 1MDB tidak tunggu sehingga lesen tamat tempoh. Genting dan Ananda mendapat lebih banyak keuntungan daripada sepatutnya. Anggarannya adalah harga tinggi membolehkan penjual memperolehi lebihan untung sebanyak RM3 billion. Malah, mereka turut tidak perlu membayar hutang sebanyak RM 6 billion.

21.  Tidak hanya pinjaman yang tinggi, pelaburan kos tinggi yang bermaksud pulangan rendah. Kenapakah 1MDB sangat bodoh.

22.  Seperti yang dinyatakan di atas, 1MDB tidak dapat menyeneraikan semula IPP. Siapakah yang ingin memiliki stesen penjana kuasa yang mahal lagi tidak menguntungkan.

Pembelian Tanah

23.  Tanah di Jalan Tun Razak adalah bagi sebuah agensi membina kedai dll untuk Bumiputera. Akan tetapi, Kerajaan telah menjualkan tanah seluas 70 ekar kepada 1MDB dengan harga RM320 juta iaitu pada harga RM60 kps. Tanah berhampiran dijual dengan harga RM7000 kps. 1MDB sepatutnya membayar RM3000 ke RM4000 kps.

24.  Kerajaan telah mengalami kerugian daripada penjualan tanah ini. Soalannya, kenapakah Kerjaan menjualnya dengan harga yang amat rendah. Sudah tentu, orang akan fikir bahawa Perdana Menteri yang mengarahkan penjualan ini. Jika benar, ini adalah salah dan ini adalah salah guna kuasa. Nilai sepenuhnya harus dibayar kepada Kerajaan sekarang juga.

25.  Kemudian, 1MDB bercadang menjualkan sebahagian kecil daripada 70 ekar tanah tersebut. Bayaran dibuat oleh Tabung Haji sebelum penukaran nama hakmilik diselesaikan. Jelas sekali, 1MDB amat memerlukan wang.

26.  Pengarah 1MDB dan pengarah Tabung Haji adalah orang sama. Mereka mendakwa bahawa mereka ditahan daripada mengundi. Jelas sekali, ia bukanlah penjanjian jauh.

27.  Jika kerajaan boleh menjual tanah kepada 1MDB dengan harga RM60/- kps, sepatutnya ia harus menjual kembali tanah ini kepada TH dengan harga sama. Akan tetapi, TH telah menggunakan wang yang disimpan oleh bakal jemaah haji untuk memberi keuntungan besar kepada 1MDB.

28.  Perkara sama berlaku dengan tanah Lapangan Terbang Sungai Besi. 1MDB membeli tanah tersebut dengan harga tidak masuk akal iaitu pada harga RM90/- kps. Paling rendah nilai tanah tersebut berharga sebanyak RM2000/- kps.

29.  Akan tetapi, 1MDB memberli sebidang tanah persendirian di Pulau Pinang dengan harga amat tinggi, walaupun, tanah itu tidak berada di pusat bandar dan mempunyai 1000 rumah setinggan dan tidak mendapat kelulusan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk pembangunan. Nampak sangat, 1MDB telah terlebih bayar untuk tanah yang tiada nilai. Kenapa?

Aset

30.  1MDB mendakwa ia mempunyai aset bernilai RM 52 billion.

31.  Sehingga kini, tiada sebarang penjelasan bagaimanakah aset-aset ini dinilai. Berapa banyakkah nilai bagi kesemua stesen penjana kuasa. Dan berapa banyakkah nilai tanah?

32.  Pembangunan masa hadapan mungkin besar tetapi berbillion Ringgit harus dilaburkan sebelum hartanah tersebut dapat dijual. Setelah menolak kos, pulangannya tidak begitu besar. Stesen penjana kuasa dan tanah tidak mungkin bernilai RM 52 billion.

33.  Walaupun wang ini digunakan untuk membayar hutang, kehilangan berbillion Ringgit harus dipulangkan, jika tidak, 1MDB harus dihukum di atas kerugian ini.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 12hb Jun 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...