Skip to main content
PENSTRUKTURAN SEMULA IMDB

1.  Menteri Kewangan II telah mempersembahkan kepada Kabinet pelan penstrukturan semula 1MDB yang mampu menyelesaikan semua masalah. Saya ingin ulang sekali lagi bahawa pembayaran semula hutang 1MDB tidak akan membebaskan peminjam daripada tanggungjawab menghilangkan wang tersebut. Wang tersebut tidak hilang menerusi pelaburan yang merugikan tetapi ia telah hilang begitu sahaja. Ada orang mengetahui bagaimanakah wang itu hilang dan siapa yang menyimpan wang tersebut. Akan tetapi, orang berkenaan tidak bercakap.

2.   Sekarang mengenai proses penstrukturan semula.

3.   IPIC dikatakan telah melabur sebanyak ASD 1 billion ke dalam akaun 1MDB. Ia bukan hutang seperti yang didakwa oleh Menteri Kewangan II. Sudah tentu ia bukannya hadiah. Apa yang IPIC perolehi daripada 1MDB untuk ASD 1 billion yang dilaburkannya. Sudah tentu IPIC memperolehi aset-aset 1MDB

4.   IPIC mungkin akan melabur ASD 3 billion lagi. Wang ini akan digunakan untuk membayar balik hutang kepada German Bank sebanyak ASD 1 billion. ASD3 billion pula untuk memindahkan aset-aset berbentuk hartanah 1MDB.

5.   1MDB telah membeli tanah milik Kerajaan yang bernilai antara RM4,000/- hingga RM7,000 kps pada harga antara RM60/- hingga RM90/- kps. Sebenarnya harga yang dibayar oleh 1MDB kepada Kerajaan menunjukkan terdapat penyalahgunaan kuasa. Sebetulnya adalah membayar mengikut harga pasaran nilai tanah sebelum ia dibangunkan atau dijual.

6.   Jika IPIC membayar ASD 4 billion kepada 1MDB, maka IPIC menjadi pemilik aset-aset 1MDB.

7.   1MDB tidak memdapat apa-apa kerana wang daripada IPIC akan digunakan untuk membayar bunga dan hutang-hutang 1MDB untuk mengurangkan jumlah hutang daripada RM42 billion kepada jumlah yang lebih kecil.

  8.   1MDB akan terus membayar bunga untuk jumlah hutang kecil ini sehingga jumlah pinjaman dapat dibayar sepenuhnya.

10.  Maka, bagaimanakah penstrukturan semula ini memberi kelebihan kepada 1MDB. Ia akan :

i)     Menyerahkan 1MDB kepada IPIC.

II)   Sebarang pembangunan pada tanah tersebut akan memerlukan persetujuan IPIC

III)  Sebarang rundingan akan menyebabkan Kerajaan Malaysia kehilangan berbillion Ringgit kecuali harga pasaran dibayar untuk tanah TRX dan Bandar Malaysia.

IV)  1MDB masih perlu membayar bunga untuk baki hutang dan berbillion Ringgit untuk melangsaikan hutang tersebut. 1MDB sudah kehilangan harta bernilai daripada aset-asetnya, bagaimanakah ia dapat mencari wang lagi.

V)    1MDB terpaksa menjual penjana kuasanya. Aset-aset ini dibeli dengan harga tinggi daripada nilai pasaran dan tidak mungkin dapat dijual seperti harga belian atau harga disenarai. Paling kurang, ia akan rugi sebanyak 3 billion Ringgit.

10)  Sehingga kini, tidak terdapat sebarang bukti wang berjumlah ASD 4 billion (14 billion Ringgit) dari Kepulauan Cayman berada di Singapura. Wang ini telah hilang kecuali 1MDB dapat menunjukkan 'unit' yang berada di Singapura mempunyai nilai. Unit-unit ini boleh ditukar ke bentuk wang untuk menjadikan ia kredible.

11)  Pelan penstrukturan semula yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan II tidak boleh memadam masalah 1MDB, tidak dapat memadam kenyataan bahawa wang yang dipinjam oleh 1MDB telah hilang dan Kerajaan Malaysia akan mengalami kerugian berbillion Ringgit. Mungkin sebahagian daripada hutang tersebut dapat ditebus tetapi sejumlah besar hutang tersebut akan tetap kekal. Sudah tentu, penstrukturan semula tidak akan dapat membawa balik wang yang telah hilang.

12)  Terdapat banyak bukti yang menunjukkan ahli-ahli politik dan kakitangan awam terlibat dalam menutup perkara ini. Dan, saya percaya, Najib akan kalah dan apabila beliau dikalahkan pada pilihanraya unum akan datang, pihak berkuasa akan mencarinya.

13)  Saya harap penstrukturan semula ini akan membantu tetapi selagi wang yang telah hilang belum dikembalikan, pembayaran semula hutang-hutang tidak akan membebaskan sesiapa.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 4hb.Jun 2015
Link  :  chedet.cc/?p=1735
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is