Skip to main content
KONSPIRASI


1.   Terdapat banyak cakap-cakap oleh sesetengah orang mengenai konspirasi untuk menggulingkan Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri.

2.   Adakah terdapat konspirasi? Adakah terdapat seseorang atau kumpulan sedang melakukan konspirasi, sebagai contoh, gerakan bawah tanah untuk menggulingkan Najib. Mungkin terdapat gerakan seperti itu sebelum ini tetapi selain daripada ada pihak yang merungut secara tertutup mengenai ketidak puasan mereka mengenai pentadbiran Najib, tiada siapa yang merancang untuk menggulingkan beliau. Ini tidak bermakna mereka mengalu-alukan cadangan untuk beliau meletak jawatan atau mengosongkan kerusi. Tidak terdapat perancangan aktif dan perancangan bawah tanah.

3.   Apa yang kita semua sedia maklum ialah saya secara terbuka telah meminta Najib meletak jawatan. Tiada konspirasi. Saya cuma membuat pengisytiharan secara terbuka ke seluruh negara bahawa saya ingin melihat Najib berhenti menjadi Perdana Menteri.


4.   Maka, jika terdapat keperluan untuk penyiasatan dilakukan, tidak perlu menggunakan khidmat penyiasat atau khidmat agen khas. Semua orang tahu bahawa memang terdapat gerakan atau tekanan untuk Dato Sri Najib meletak jawatan.


5.   Maka, sekali lagi, terdapat ke konspirasi? Semuanya amat jelas. Tidak perlu konspirasi. Terdapat kempen terbuka untuk beliau berhenti menjadi Perdana Menteri.

6.   Sejak akhir-akhir ini kita lihat banyak kenyataan melucukan. Surat khabar Utusan mengumumkan secara besar-besaran bahawa Perdana Menteri telah mengambil tindakan ke atas Wall Street Journal.

7.   Sebenarnya, ia bukannya tindakan undang-undang atau saman fitnah. Ia cuma bertanya dengan sopan kepada Wall Street Journal kenapakah mereka menerbitkan rencana tersebut.

8.   Adakah terdapat keperluan untuk menanyakan soalan bodoh seperti ini? Tidakkah ia amat jelas bahawa maklumat yang diterima oleh Wall Street Journal, sebuah akhbar, adalah berita sensasi. Sudah tentu, media arus perdana tempatan tidak akan berbuat demikian atas sebab-sebab yang tertentu.

9. Untuk mengampu Perdana Menteri, mereka sanggup memperdaya rakyat. Sub editor amat bagus dalam menulis tajuk utama yang memperdayakan. Sebagai contoh, kenyataan dibuat bahawa pasukan petugas seramai empat orang telah dibentuk untuk melaksanakan tugas mereka ditulis seolah-olah menyokong Perdana Menteri.

10.  Kemudian, terdapat menteri yang menyatakan bahawa laporan interim menunjukkan tidak terdapat sebarang kesalahan dalam 1MDB. Menteri tersebut meneruskan lagi dengan memberi nasihat kepada orang ramai agar tidak bercakap mengenai 1MDB sehingga laporan rasmi dikeluarkan tetapi beliau sendiri mengeluarkan kenyataan awal.

11.  Jawapan bagi semua komen mengenai 1MDB adalah menafikannya dengan berkata "Tidak, ia tidak benar". Ia seperti apabila ditanya kepada seseorang adakah dia mencuri wang itu seperti yang dikatakan dan orang terbabit hanya menafikan yang dia mencuri wang tersebut dengan harapan hakim akan membebaskannya kerana dia telah menafikannya.

12.  Tiada penafian bahawa wang telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi. Penjelasan yang diberikan kepada UMNO ialah wang itu digunakan untuk tujuan pilihanraya dan UMNO berpuas hati. Tidakkah mereka tahu bahawa wang Kerajaan tidak boleh digunakan untuk membantu sesebuah parti politik memenangi pilihanraya? Akan tetapi, wang itu ialah wang derma. Siapakah yang mendermakan 2 bilion Ringgit? Tiada jawapan.

13.  Akan tetapi, bagaimanakah dengan BR1M? Bukankah itu wang Kerajaan, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7 bilion Ringgit dan lebih. Bijak. Ia bukan untuk pilihanraya tetapi diberikan sebelum mana-mana pilihanraya diadakan dengan janji akan diberikan lebih banyak jika parti itu menang. Bukankah ini menggunakan wang Kerajaan untuk menang pilihanraya?

14.  Betul, wang tunai ialah raja.

15. Kemudian, terdapat desakan bahawa Najib dipilih maka tiada sesiapa pun berhak memintanya meletak jawatan.

16. Singkatnya daya ingatan mereka. Tidakkah mereka ingat Abdullah juga dipilih telah diminta oleh Najib untuk meletak jawatan. Dan beliau telah berbuat demikian.

17.  Dan, saya juga dilantik sebagai Perdana Menteri telah meletak jawatan pada tahun 2003.

18. Presiden dan Perdana Menteri yang dipilih di seluruh dunia telah diminta atau dipaksa meletak jawatan dan mereka menurutnya. Malah, di sesetengah negara, jika berlaku kejadian yang tidak diingini, Menteri, Perdana Menteri meletak jawatan.

19. Jadi, jangan jadi bodoh dan mendesak bahawa Najib telah dipilih dan tiada siapa berhak memintanya meletak jawatan. Abdullah telah memenangi lebih banyak kerusi pada tahun 2008 daripada Najib menang pada tahun 2013. Jika Abdullah bersedia untuk meletak jawatan, Najib yang prestasinya teruk dalam pilihanraya umum tidak patut ditawarkan menjadi Perdana Menteri. Beliau sepatutnya meletak jawatan sebagai Presiden UMNO dan Ketua BN dan membenarkan orang lain memimpin dan menjadi PM.

20. Terdapat cadangan bahawa pindaan peraturan pilihanraya dalam UMNO adalah bertujuan lebih demokratik. Lebih banyak ahli akan mengundi dalam pilihanraya UMNO. Lebih daripada 2,000 atau lebih delegasi akan dipilih ke Perhimpunan Agung UMNO.

21. Sebenarnya, ia bertujuan untuk mengehadkan jumlah entiti dalam pilihanraya. Pemenang adalah bagi siapa yang berjaya memperolehi jumlah undi terbanyak dalam divisi. Ini bermakna pilihan sebenar telah dikurangkan daripada 2,000 kepada 190 divisi UMNO. Ahli mengundi untuk satu calon dihapuskan. Jauh sekali untuk membuat pilihanraya UMNO lebih demokratik. Najib sebenarnya telah mengehadkan hak mengundi oleh ahli biasa kepada hanya divisi boleh mengundi. Dan, Najib mempunyai sokongan kuat daripada kebanyakan ketua divisi.

22.  Kononnya lebih banyak demokrasi dalam UMNO.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 20hb Julai 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is