Skip to main content
Merisikokan nyawa anda


BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN: Telefon pintar dan tablet menjadi teman bagi semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, pakar perubatan memberitahu alat yang harus dimiliki ini boleh mengundang risiko kesihatan yang amat berbahaya.

Pada tahun lepas, di Australia, ibu kepada dua orang anak didapati meninggal dunia ketika memakai fon kepala dan terdapat kesan terbakar di bahagian telinga dan di bahagian dadanya dengan kemungkinan pengecas yang rosak telah menyebabkan pertambahan aliran arus elektrik tinggi melalui badannya.

Pada tahun 2013, pramugari dari negara China telah terkorban akibat daripada kejutan elektrik ketika menggunakan telefon pintar. Dikatakan kemungkinan pengecas telefon pintarnya adalah penyebabnya.

Walaupun kematian yang tidak diduga seperti ini dapat dielakkan dengan menggunakan produk tulen, bahaya dalam penggunaan peralatan mobil, tidak kira tulen atau tiruan tetap ada.

Hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan penggunaan peralatan mobil yang tidak terkawal mampu mengundang pelbagai jenis penyakit daripada kehilangan pendengaran hingga ketidak suburan.

Dapat dibuktikan ini adalah penyebab kepada "pain in the neck" pada ramai pengguna.

Para pengkaji di serata dunia mengaitkan pertambahan kesakitan di bahagian leher dan di bahagian belakang badan dengan cara hidup kita dan ini disahkan oleh Dr Yama Zafer, perawat tulang belakang.

"Dengan penciptaan telefon pintar dan tablet, masalah sakit leher dan sakit belakang telah meningkat secara mendadak. Masalah kesihatan berkaitan dengan penyalah gunaan peralatan ini semakin menjadi-jadi dalam semua lapisan umur. Salah satu masalah kesihatan adalah "text neck".

"Selain daripada ketegangan yang ketara di bahagian leher, "text neck" mampu mengundang masalah kesihatan yang membimbangkan. Tabiat ini boleh menjejaskan jantung, paru-paru, perut, pankreas, hati, pundi hempedu, usus, ginjal, pundi dan organ pembiakan.

"Kedudukan membongkok dan terbongkok ketika sessi menghantar teks menyebabkan tegasan mampat dan memberi tekanan melampau pada setiap organ. Akibatnya, ia akan memainkan peranan dalam menentukan jangka hayat seseorang," kata Dr Yama.

"Jika individu berkenaan mempunyai leher yang sihat dan mengekalkan kedudukan leher dalam jangka masa panjang, ia akan menyebabkan pengumpulan tegasan mampat yang akhirnya akan melemahkan struktur sokongan dan sampai ke tahap di mana ia akan merengsakan dan akhirnya menjadi rosak.

"Walaupun sukar untuk menentukan secara tepat dari tempoh permulaan penyalah gunaan kepada tahap kerosakan tetapi boleh dikatakan secara pasti iaitu potensi kerosakan adalah 100%."

Dr Yama turut berkata: "Bagi seseorang yang mempunyai tulang belakang yang telah rosak, masalah berpunca daripada "text neck" boleh berlaku dengan sepantas kilat, bergantung kepada keadaan yang telah wujud terlebih dahulu.

"Bagi mereka yang berada dalam lingkungan remaja dan awal 20-an, kerosakan ini boleh mengambil masa dari beberapa bulan kepada beberapa tahun. Bagi mereka dalam lingkungan 30-an, kerosakan boleh ditentukan dalam masa beberapa bulan dan bagi mereka dalam lingkungan 40-an, ia boleh mengambil masa secepat beberapa minggu.

"Text neck" tidak hanya berlaku apabila menggunakan telefon bimbit; ia boleh berlaku apabila seseorang tertidur sambil duduk," Dr Yama menambah.

Pakar perubatan keluarga Dr Ameen Shaik amat yakin kanak-kanak lebih mudah terdedah akibat penggunaan telefon tanpa wayar. Ini kerana sistem saraf dan badan mereka masih berkembang.

Kanak-kanak menyerap lebih banyak frekuensi radio elektromagnet disebabkan oleh saiz kepala mereka yang kecil, tengkorak yang nipis dan kekonduksian otak yang tinggi.

"Perkara yang amat membimbangkan adalah kehilangan daya pendengaran. Penggunaan telefon bimbit melebihi 60 minit sehari boleh mengakibatkan kesan kekal seperti kehilangan daya pendengaran berfrekuensi tinggi terutama sekali di bahagian telinga kanan, telinga yang sering digunakan kebanyakan orang ketika menggunakan telefon."

Kehilangan daya pendengaran berfrekuensi tinggi bermaksud seseorang ttdak dapat mendengar bunyi daripada 2,000 kepada 8,000 Hertz serta boleh menjejaskan kebolehan memahami percakapan dan mencerap perkataan dengan selaras.

"Keadaan ini boleh menyebabkan tinnitus (bunyi atau buzz dalam telinga) yang boleh mendorong ke situasi cepat marah dan hilang daya tumpuan.

"Pesakit juga tidak dapat mendengar bunyi bernada tinggi, kesukaran berbual secara berkumpulan dan menghadapi masalah untuk mendengar bunyi latar belakang."

Selain daripada merosakkan pendengaran, penggunaan peralatan mobil secara berterusan akan mengakibatkan pengguna menghadapi risiko yang berbahaya untuk mengidap glioma - sejenis tumor otak dan tumor saraf tunjang. Beliau memberi amaran sambil menambah, risiko ini bertambah mengikut peredaran masa dan di bahagian otak telefon sering digunakan.

Dr Ameer berkata ibu bapa harus memberi amaran kepada anak-anak mereka agar tidak menggunakan peralatan mobil ketika ribut petir kerana ia boleh menjadi sangat berbahaya.

"Apabila menggunakan peralatan mobil di kawasan terbuka terutama sekali ketika cuaca buruk, arus elektrik mungkin akan beralir ke dalam badan.


"Majalah British Medical Journal mengutarakan kes di mana remaja di London mengalami kecederaan teruk setelah dipanah kilat ketika menggunakan telefon bimbit di sebuah kawasan parkir yang luas semasa cuaca buruk.

" Beliau tidak dapat mengimbas kembali apa yang telah berlaku tetapi telah mengalami keadaan jantung terhenti dan terpaksa disedarkan semula.

"Setahun kemudian, beliau terpaksa menggunakan kerusi roda, mengalami kesusahan fizikal yang teruk serta turut mengalami kerosakan otak yang mendorong kepada masalah emosi dan masalah kognotif.

"Gegendang telinganya pecah dan kehilangan pendengaran secara berterusan di bahagian telinga yang digunakan oleh beliau".


Bahaya oleh peralatan mobil

Perawat tulang belakang, Dr Yama Zafer menjelaskan bahaya peralatan mobil kepada bayi, kanak-kanak dan golongan berumur

Soalan : Adakah bayi dan kanak-kanak berisiko tinggi dengan masalah postur dan spina ketika menggunakan peralatan mobil?

Jawapan : Apabila menyentuh mengenai "text neck", semakin muda usia anda, semakin banyak kerosakan yang boleh berlaku tetapi lebih berbahaya kepada bayi dan kanak-kanak dalam lingkungan usia 6 bulan hingga 36 bulan.

Bayi dan kanak-kanak berisiko tinggi kerana kepala mereka lebih berat dibandingkan dengan tulang leher mereka yang kecil dan lembut yang masih belum berkembang sepenuhnya. Lebih buruk lagi, bayi, kanak-kanak yang mula berjalan dan kanak-kanak yang masih kecil mempunyai otot lemah yang ketara. Kesannya amat berbahaya serta menyebabkan komplikasi dengan cepat dan kekal jangka panjang.

Soalan : Kenapakah bayi atau kanak-kanak yang baru mula berjalan mengalami "text neck"?

Jawapan : Kerap kali ibu bapa membelikan barangan permainan, peralatan permainan atau peralatan mudah alih untuk menghiburkan anak kecil mereka. Para ibu bapa gagal untuk menyedari bahaya kesihatan yang dikaitkan dengan barangan permainan yang memerlukan bayi, kanak-kanak yang mula berjalan serta kanak-kanak terus menerus membongkok ke hadapan leher kecil mereka.

Otot leher bayi atau kanak-kanak tidak berkembang seperti remaja atau orang dewasa. Bahaya kesihatan terhadap bayi, kanak-kanak mula berjalan dan kanak-kanak lebih serius dengan akibatnya lebih buruk dibandingkan dengan orang dewasa.

Soalan : Kini generasi lama lebih banyak menggunakan permainan atas talian pada tablet mereka untuk menghabiskan masa. Apakah masalah postur yang unik untuk golongan ini?

Jawapan : Apabila umur kita panjang, kita akan mengalami perubahan degeneratif spina. Ini fakta kehidupan. Ibu bapa serta datuk dan nenek kita lebih berisiko mengalami "text neck" daripada kita. Postur membongkok ketika menghantar teks atau bermain permainan akan menyebabkan kerosakan ketara kepada mereka terutamanya, jika mereka mempunyai masalah pernafasan atau kardiovascular. Jadi, semakin meningkat umur kita semakin mudah kita terdedah kepada keadaan mengancam nyawa berpunca daripada tekanan kardiovascular disebabkan oleh kedudukan membongkok.

Soalan : Memang sukar untuk mengenepikan telefon pintar atau tablet daripada kehidupan kita, apakah caranya untuk mengehadkan penggunaannya?

Jawapan : Sesetengah, jika bukan kebanyakan daripada kita terlalu bergantung kepada peralatan moden ini, teknologi adalah untuk menambah nilai dalam kehidupan kita bukannya merampas nilai daripada kehidupan kita.

Harus diingati, air dalam kuantiti banyak akan mengancam kehidupan kita. Kadang-kala, terlalu banyak perkara baik bahaya kepada anda, maka kesederhanaan adalah kuncinya. Peralatan moden tidak harus menjadi kawalan moden.

Gunakan telefon anda untuk tujuan perbualan dan kurangkan penggunaan untuk tujuan lain kecuali untuk kecemasan. Mengemas kini status anda di Facebook, mengongsi video di Youtube, membalas emel dan membeli belah atas talian harus dielakkan dan kurangkan penggunaannya sebanyak mungkin.

Lain kali apabila anda berkumpul dengan kaum keluarga atau sahabat handai sambil makan minum, berbual dengan perbualan sihat. Letakkan telefon anda di tepi dan apabila makanan tiba di meja, elakkan mengambil gambar makanan tersebut. Makan sebelum makanan menjadi sejuk sambil berbual. Belajar menggunakan peralatan pintar dengan bijak dan ajarkan anak anda perkara sama.


Pakar perubatan keluarga, Dr Ameen Shaik memberi petua untuk melegakan sakit-sakit berpunca daripada penggunaan peralatan mobil untuk jangka masa lama.


Masalah : Kuku teks - digunakan untuk menerangkan ketegangan kuku dan kesakitan otot yang berpunca daripada melayari, menghantar dan membalas teks dan bermain permainan di telefon pintar anda.

Siku telefon bimbit - rasa berdenyut-denyut sedikit atau rasa kebas di jari manis dan di jari kelengkeng akibat daripada membongkok siku untuk jangka masa panajang.


Rawatan : 

-   Lakukan regangan untuk melegakan jari-jari dan siku.
-   Pelajari senaman meja yang ringkas.
-   Sentiasa ubah kedudukan ketika menggunakan telefon supaya jari dan siku anda tidak menjadi tegang
-   Elakkan menggunakan peralatan mobil untuk membaca Internet, gunakan komputer meja.


Masalah : Text neck - Membongkok ketika menggunakan telefon dengan lama untuk satu-satu masa akan menyebabkan kerosakan pada otot leher dan belakang anda.


Rawatan :

-   Sentiasa betulkan postur
-   Pastikan kedudukan telefon selari dengan muka anda dan bukannya meletakkannya di paha anda menyebabkan anda terpaksa membongkok.
-   Sentiasa regang dan luruskan leher anda.



Masalah : Sindrom visi komputer - keadaan sementara berpunca daripada memfokuskan mata pada skrin komputer untuk satu jangka masa panjang.


Rawatan :

-   Gunakan saiz tulisan besar
-   Jarakkan mata dengan telefon anda dengan jarak lebih kurang sejauh 41 cm.
-   Jangan lupa untuk berkedip; setiap kedipan akan menyalurkan nutrien ke permukaan mata anda menjadikan mata anda sihat.


Masalah - Kerosakan pendengaran

Rawatan :

-   Perlahan bunyi speaker

-   Elakkan menjawab panggilan telefon di telinga yang sama
-   Gunakan alat tanpa penggunaan tangan atau gunakan speaker sekerap mungkin.

Sumber : New Straits Times
Tarikh : 28hb Jun 2015
Ditulis oleh : Audrey Vijaindren
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com













Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is