Friday, 17 July 2015

WANG TUNAI IALAH RAJA

1.   Memang benar apa yang dikatakan oleh Najib bahawa beliau tidak menurut nasihat saya. Akan tetapi, itu bukan sebab mengapa saya mahu beliau meletak jawatan.

2.   Semua orang tahu saya berkempen untuknya dalam Pilihanraya Umum Ke13 walaupun beliau enggan membina jambatan atau landasan elektrik berkembar. Beliau juga tidak menerima pandangan saya mengenai BR1M dan mengenai membawa sepanduk dengan tulisan " I Love PM", 1M4U" dan lain-lain perkara harus diberhentikan. Beliau juga tidak menerima banyak perkara lain yang saya larang atau saya minta beliau lakukan jika beliau ingin menjadi popular. Beliau berkata "Wang Tunai ialah Raja". Dan, saya masih menyokongnya semasa dan selepas Pilihanraya Umum Ke 13.

3.   Saya tidak meminta beliau meletak jawatan sehinggalah timbul skandal 1MDB. Beliau tidak menjawab segala tuduhan yang dilemparkan ke atasnya.

4.   Najib mempunyai penasihatnya sendiri termasuk tiga orang warga Britain. Beliau menggaji penasihat luar untuk menasihati beliau mengenai hal ehwal Kerajaan. Beliau juga bertanya kepada Singapura sama ada beliau boleh membina jambatan atau boleh membina keretapi laju. Apabila Singapura kata tidak boleh, beliau menangguhkan projek-projek tersebut. Jho Low ialah sahabatnya dan secara jelas menunjukkan dia mempunyai pengaruh besar ke atas beliau.

5.   Faktanya iakah beliau adalah proksi mereka bukannya proksi saya. Jika beliau bertindak sebagai proksi saya, tidak akan ada 1MDB dan lain-lain.

Kehilangan RM 600 juta

1.   Saya mengalu-alukan cadangan bahawa pihak berkuasa harus berhenti menyiasat urusan perbankan Dato Sri Najib dan menyiasat tuduhan oleh Tunku Aziz yang menyatakan saya telah menghilangkan RM600 juta pada tahun 80-an.

2.   Terdapat keperluan untuk menentukan sama ada wang tersebut masuk ke dalam akaun saya di bank atau wang itu telah hilang di London Market Exchange disebabkan oleh keputusan bahawa bijih timah yang dibeli oleh kita daripada penjual tidak perlu dihormati.

3.   Jika terdapat bukti yang menunjukkan bahawa wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun saya, sila dakwa dan tangkap saya. Masih belum terlewat.

4.   Tawaran saya tidak bermaksud untuk mengalihkan perhatian daripada penyiasatan akaun Najib. Saya hanya mahu semua orang gembira.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 16hb Julai 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

No comments:

Post a Comment