Skip to main content
MALAYSIA 2

1.   Apa yang sedang berlaku di Malaysia pada hari ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kedaulatan undang-undang telah di terbalikkan dan rakyat seolah-olah tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa untuk menegakkan semula kedaulatan undang-undang.


2.   Ini kerana pemimpin yang diberi kepercayaan untuk menegakkan undang-undang telah menjadi subjek proses undang-undang. Terdapat dakwaan bahawa beliau telah melanggar undang-undang. Seperti yang diketahui, tiada sesiapa yang terkecuali daripada undang-undang maka beliau seharusnya disiasat untuk menentukan sama ada beliau telah melanggar undang-undang atau tidak.

3.   Walaupun perkara seperti ini tidak pernah berlaku di Malaysia tetapi pernah berlaku di negara-negara lain termasuk di negara-negara maju di Barat.

4.   Mengimbas kembali kes Presiden Nixon, Presiden Amerika Syarikat. Beliau telah menggunakan kakitangan Kerajaan untuk mengintip musuh politik beliau. Perkara ini dianggap penyalahgunaan kuasa di AS.

5.   Akhirnya, beliau telah dicabar dan dipaksa meletak jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat. Timbalan Presiden beliau mengambil alih dan pilihanraya diadakan apabila tiba masanya. Timbalan Presiden telah memenangi pilihanraya tersebut. Masalah selesai.

6.   Di negara-negara lain, cara keganasan digunakan untuk menjatuhkan presiden yang tidak popular sama ada beliau dipilih atau dipilih oleh tentera atau kumpulan yang berkuasa dalam politik.

7.   Sudah tentu Malaysia tidak mahu melihat keganasan digunakan. Maka, institusi Kerajaan diharapkan untuk menyiasat dan menentukan sama ada tuduhan terhadap PM benar atau tidak.

8.   Institusi yang diharap berbuat demikian adalah pihak polis. Institusi lain yang mempunyai kapasiti turut diharapkan berbuat demikian. Dalam kes-kes yang membabitkan kewangan, Bank Pusat diharapkan untuk menyiasat dan membuat laporan.

9.   Kemudian, terdapat badan-badan khas yang ditubuh untuk menyelia bagaimanakah wang Kerajaan ditadbir urus. Badan-badan tersebut ialah Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara Parlimen dengan tambahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

10.  Bagaimana pun, institusi ini hanya tertakluk untuk membuat siasatan dan menyediakan laporan. Mereka tidak mempunyai kuasa untuk mendakwa. Bagi tujuan pendakwaan, Peguan Negara akan membuat keputusan dan memulakan prosiding undang-undang. Jikalau Peguam Negara membuat keputusan ianya tiada kes maka kes jenayah yang dilakukan secara terang-terangan tidak akan dibicarakan di mahkamah.

11.  Hanya ada satu proses untuk menyingkirkan PM iaitu menerusi undi tidak percaya di Parlimen. Ia memerlukan majoriti tipis. Penyingkiran PM bermaksud kejatuhan Kerajaan tetapi dengan keputusan majoriti di Parlimen, sebuah Kerajaan baharu mungkin dapat ditubuhkan dengan parti yang sama atau dengan parti lain atau pilihanraya boleh diadakan.

12.  Ini adalah jalan untuk membetulkan undang-undang Malaysia.

13.  Disebabkan oleh keseriusan dakwaan terhadap pemimpin tertinggi Kerajaan, satu pasukan petugas yang dianggotai oleh Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Pusat dan ketua Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysa telah ditubuhkan untuk mengumpul bukti sahih bagi membuat keputusan untuk mengambil tindakan.

14.  Kesemua agensi yang dinyatakan di atas sedang melakukan penyiasatan apabila PM mula bertindak. Pertama sekali, beliau memecat Peguam Negara dan menggantikannya dengan orang pilihannya. Kemudian, secara literal, beliau telah memansuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dengan melantik Pengerusinya serta tiga ahlinya sebagai Timbalan Menteri dan diberi jawatan lain. Kakitangan SPRM yang meneruskan penyiasatan mereka diganggu oleh pihak polis yang menduh mereka membocorkan rahsia. Dua pegawai SPRM dipindahkan ke JPM.

15.  Khabar angin bertuip kencang bahawa Gabenor Bank Pusat sedang disiasat atas tuduhan rasuah. Walaupun masih menjadi Gabenor, kakitangan Bank Pusat diganggu dan dituduh membocorkan maklumat kepada pihak akhbar.

16.  Surat khabar The Edge, surat khabar yang mendedahkan skandal 1MDB telah ditutup. Pemilik surat khabar The Malaysian Reserve disuruh menjual semula syarikat akhbarnya kepada pemilik asal.

17.  Najib juga telah memecat Timbalan Perdana Menteri dan salah seorang menteri yang vokal menyoal rekod kewangan 1MDB dan wang berjumlah RM2.6 bilion yang dijumpai dalam bank akaun peribadi Najib.

18.  Menerusi tindakan-tindakan ini, Najib telah menghentikan penyiasatan kehilangan berbilion Ringgit yang dilaburkan oleh 1MDB dan kemunculan RM2.6 bilion dalam akaunnya. Kini, tiada sebarang tindakan undang-undang boleh diambil ke atas Najib kerana segala tuduhan tidak dapat dibuktikan. Akan tetapi, segala tindakan yang diambil oleh beliau membuktikan kesahihan tuduhan terhadap beliau.

19.  Pendapat orang ramai yang mahukan Najib meletak jawatan sebagai PM masih kuat mengakibatkan cakap-cakap mengenai mengadakan undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen.

20.  Ini sukar untuk dilakukan kerana hampir kesemua ahli UMNO seolah-olah terhutang budi terhadap beliau. Pihak pembangkang tidak mempunyai bilangan cukup untuk meluluskan usul ini.

21.  Jalan buntu. Akan tetapi, ekonomi sedang memberikan reaksi dengan sendiri. Mata wang Ringgit telah susut rendah melintasi kadar tetap RM3.80 untuk ASD. Kini, ia  berada di paras lebih 4 Ringgit dan berkemungkinan akan terus jatuh. Kesannya, negara akan menjadi miskin. Membayar hutang 1MDB dalam mata wang ASD akan berkos tinggi. Sudahlah, 1MDB tidak dapat membayar hutangnya.

22.  Saham semakin jatuh. Para pelabur terutama sekali pelabur luar membawa keluar wang mereka untuk dilaburkan di negara yang lebih selamat.

23.  Kerajaan tidak mempunyai dana secukupnya dan telah memotong peruntukan belanjawan untuk kesemua kementerian. Pengenalan GST hanya meningkatkan kos sara hidup menjadikan penyusustan nilai Ringgit lebih teruk.

24.  Najib mungkin boleh memenangi pilihanraya akan datang tetapi beliau tidak akan berupaya mendapatkan dana untuk mengekalkan popularitinya. Kerajaan yang dipimpin beliau tidak dapat membuat pinjaman lagi. Ekonomi negara akan jatuh. Rakyat akan merana. Inilah gambaran masa depan untuk rakyat Malaysia kerana Najib telah mencuri Kerajaan.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 17hb. Ogos 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is