Pulau Konet yang penuh misteri
Sumber : New Straits Times
Tarikh ditulis : 26th Julai 2015
Ditulis oleh : Emilia Ghazali
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel: terataigenius@gmail.com
Pulau Konet
TIDAK DAPAT DILIHAT : Terdapat legenda bahawa makhluk halus menjadi penjaga dan tinggal di pulau kecil berdekatan pantai Melaka.
Pulau Konet, sesuai dengan namanya terletak berhampiran dengan Telok Gong, Melaka merupakan sebuah pulau kecil yang tidak dapat dilihat dengan mudah.
Keadaan pulau yang dipenuhi dengan hutan belukar serta tidak digunakan lagi oleh penduduk setempat.
Akan tetapi, terdapat legenda yang menyatakan pulau ini pernah didiami oleh makhluk halus yang misteri tetapi baik hati menjadi penjaga pulau ini.
Abdul Aziz Mamat @ Mohamad berkata penduduk kampung akan singgah ke pulau tersebut untuk tujuan pembalakan dan menggunakan kayu yang ditebang untuk membina rumah dan membuat bot.
Bagaimanapun, terdapat sebuah kisah yang diceritakan turun temurun yang menyebabkan penduduk tempatan tidak lagi berkunjung ke pulau tersebut yang boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki ketika air surut.
"Dikatakan bahawa terdapat tiga orang sahabat singgah ke pulau tersebut untuk tujuan pembalakan."
"Salah seorang daripada mereka duduk di pesisir pantai untuk menjaga bot.
"Setelah ketiga-tiga mereka menyelesaikan urusan pembalakan mereka, tiba-tiba kedua-dua sahabat yang masuk ke dalam pulau tersebut mengalami penyakit misteri dan meninggal dunia manakala seorang lagi sahabat yang berada di pesisir pantai berada dalam keadaan sihat.
"Jadi, orang lama mempercayai bahawa kedua-dua sahabat berkemungkinan telah mengganggu makhluk halus di pulau tersebut.
"Orang kampung juga pernah meminjam pinggan mangkuk (barangan memasak dan pinggan) dari pulau itu. Terdapat legenda bahawa apabila penduduk tempatan ingin mengadakan kenduri, mereka akan meminjam pinggan mangkuk yang diperlukan daripada penjaga pulau tersebut. Mereka akan meminta dengan kuat barangan yang mereka perlukan."
Pada keesokkan harinya, mereka akan kembali ke pulau itu dan barangan pinggan mangkuk yang mereka perlukan akan berada di sana dalam jumlah yang diperlukan. Penduduk tempatan harus memulangkan semula kesemua barangan yang dipinjam walaupun pinggan mangkuk itu telah pecah atau tersumbing.
"Asalkan penduduk kampung memulangkan barangan pinggan mangkuk dalam jumlah yang sama, mkhluk halus tersebut akan berasa tenteram."
Amalan meminjam ini berterusan generasi demi generasi dan penduduk kampung mulai menyimpan barangan masakan tersebut.
Perbuatan ini menyebabkan makhluk halus susah hati dan enggan meminjamkan lagi barangan memasak kepada penduduk kampung.
Generasi sekarang mempercayai penjaga pulau tersebut masih berada di sana dan mereka tidak lagi berkunjung ke pulau tersebut.
Golongan muda akan singgah di pulau tersebut untuk aktiviti tidak bermoral seperti yang pernah dilaporkan dalam tabloid baru-baru ini.
Generasi lama bersetuju bahawa nama pulau tersebut mungkin berasal daripada perkataan "kenit" atau perkataan "kecik" (sangat kecil).
Bekas wakil rakyat Kuala Linggi, Ibrahim Durun berkata percampuran dialek Melaka menghasilkan nama pulau tersebut.
"Ketika air surut, satu jalur berpasir akan kelihatan dan boleh berjalan kaki ke pulau itu.
'Jalur pasir ini akan hilang ketika air pasang. Jika sesiapa ingin berkunjung ke pulau tersebut harus menaiki bot".
Tarikh ditulis : 26th Julai 2015
Ditulis oleh : Emilia Ghazali
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel: terataigenius@gmail.com
Comments
Post a Comment