Skip to main content
"Zon Panas" berhampiran dengan Kuantan?

RISIKO BAUKSIT : Pasukan NST menemui logam berat dalam kadar tinggi, radiasi dalam sungai dan di tepi pantai disebabkan oleh aktivti perlombongan.


Kegagalan mengawal aktiviti perlombongan bauksit dan perlombongan yang tidak tentu arah di Pahang berkemungkinan telah mengakibatkan pelepasan bahan radioaktif yang boleh membawa maut ke dalam alam sekitar, mencemarkan udara dan sumber air.

Dapatan yang membimbangkan ini didapati setelah Pasukan Petugas Penyiasat Khas New Straits Times memohon secara rasmi analisis sampel makmal persendirian yang diambil dari sungai dan dari muara sungai berhampiran yang telah dicemari oleh sisa bauksit.

Sampel yang diambil dari Sungai Pengorak dan Pantai Pengorak berhampiran dengan Kampung Selamat di mana air sungainya telah bertukar warna menjadi merah yang amat pekat daripada warna hijau semulajadi atau kebiru-biruan. Foto-foto ini telah mengundang pelbagai reaksi di media sosial baru-baru ini serta menimbulkan kerisauan akan krisis pencemaran berskala besar ini.

Sama seperti kebanyakan bijih, bauksit mengandungi kesan logam seperti arsenik, berilium, kadamium, kromium, plumbum, magan merkuri, nikel dan bahan-bahan penghasilan radioaktif secara semulajadi seperti thorium dan uranium. Disebabkan oleh kebanyakan elemen ini kekal dalam sisa bauksit, kebanyakan negara yang melonbong bauksit akan melakukan perlombongan menerusi proses pengekstrakan bunyi, proses pelupusan dan proses pemulihan bagi tujuan pengekstrakan mengisytiharkan bahawa fenomena laut yang beraluminium. 

Pengerusi Jawatankuasa Ameniti Awam dan Persekitaran Pahang Datuk Seri Mohd Soffi Abdul Raak dengan pantas tidak memperbesarkan masalah ini. Pada 26 Mei, beliau mengisytiharkan bahawa fenomena laut yang dipanggil "laut merah" ini tidak mendatangkan keburukan kepada kehidupan manusia dan kehidupan marin.

Soffi berkata analisis yang dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar (DoE) menunjukkan perairan berhampiran Tanjung Gelang yang telah dicemari oleh stok sisa-sisa bauksit di Pelabuhan Kuantan adalah disebabkan oleh hujan yang berlaku baru-baru ini, bebas daripada sebarang bahan logam berat.

Walau bagaimanapun, dapatan analisis bebas yang dijalankan oleh pasukan penyiasat NST bercanggah dengan penemuan Jabatan Alam Sekitar Negeri. Dapatan kami diperolehi daripada sampel yang diambil setelah lima hari pengumuman Soffi menunjukkan bukan hanya terdapat kesan perlombongan yang tidak terkawal di kawasan sekitar malah mula mengesan peringkat awal pencemaran radiasi. 

Empat sampel, setiap dua sampel diambil dari Sungai Pengorak dan Pantai Pengorak menunjukkan terdapat kesan thorium -232, thorium-230, uranium-238 dan tahap tinggi aluminium.
Thorium ialah logam radioaktif yang biasanya ditemui dalam batu dan dalam tanah. Jika thorium ini dihidu dalam bentuk debu, ia akan kekal dalam paru-paru untuk jangka masa panjang sementara sebahagiannya akan memasuki ke dalam aliran darah dan disimpan di dalam tulang. Menghidu debu thorium akan meningkatkan risiko mendapat kanser paru-paru, kanser pankeras dan kanser tulang.

Uranium mempunyai kandungan radioaktif yang tinggi dan digunakan sebagai sumber yang padat, tenaga tertumpu melalui pembedahan nuklear. Bahan ini boleh memasuki badan menerusi pernafasan, bengkak dan luka di kulit. Peracunan radiasi boleh membawa kanser atau kerosakan pada buah pinggang dan hati. 

Dalam jangka panjang, pengingesan uranium yang kronik melalui makanan, air atau pernafasan boleh mendorong kepada penyinaran dalaman atau toksiditi kimia.

Logam bauksit mengandungi 30 hingga 50 peratus oksida aluminium terhidrat, menjadikan bauksit sumber utama aluminium. 

Dalam bentuk semulajadi, logam bauksit mengandungi tahap radiasi asli yang signifikan disebabkan oleh kehadiran uranium (U-238) dan Thorium (Th-232). Tahap kandungan U-238 dan Th-232 boleh menjangkau daripada 120 hingga 350 becquerel (Bq)/kg dan 450 hingga 1,000 Bq/kg bergantung pada logam.

Bagaimanapun, terdapat tiga kali ganda peningkatan kandungan radionuklid jika bauksit dalam keadaan 'lumpur merah' - sisa pepejal utama adalah hasil sampingan alumina. Bahan ini mengandungi besi, silika dan titanium yang telah diasingkan sewaktu proses percernaan.

Pakar Geokimia dan radiokimia marin Professor Dr Che Abd Karim Mohamed ditunjukkan dapatan makmal yang menggunakan standard seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Nuklear Dunia, mengesahkan terdapat tahap awal pencernaan radioaktif seperti yang ditunjukkan dalam sampel.

Pada bulan Oktober tahun lalu, suratkhabar NST menyiarkan satu laporan eksklusif mengenai penemuan simpanan bauksit yang banyak di dalam ladang kelapa sawit yang luas di Felda Bukit Goh. 

Dalam mesyuarat yang diadakan antara syarikat perlombongan dan peneroka, para peneroka diberi penerangan mengenai tawaran pihak syarikat yang boleh membantu peneroka mencecah keuntungan hingga RM1.8 juta.

Suratkhabar NST difahamkan penemuan simpanan bauksit di penempatan tersebut dilakukan oleh sebuah syarikat yang telah melakukan penyelidikan tanah pada tahun 1980-an. Bagaimanapun, pada ketika itu, logam aluminium ini belum cukup matang dan pihak syarikat telah mengabaikan rancangannya untuk melombong bauksit.

Beberapa bulan sebelum aktiviti perlombongan secara agresif bermula Jabatan Tanah dan Galian Negeri berkata permit perlombongan hanya dapat dikeluarkan setelah mendapat kelulusan daripada majlis eksekutif negeri. Pemilik-pemilik tanah diberitahu hanya mereka boleh memohon permit untuk menggali logam aluminium.

Antara peraturannya adalah pemohon harus menyertakan laporan perunding, bagaimanakah bahan galian ini akan diangkut dan bagaimanakah hasil sampingan bahan ini akan dibuang.


Sumber : New Straits Times

Ditulis oleh : Aliza Shah
Tarikh dikeluarkan : 3hb. Ogos 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is