Skip to main content
1MDB DIBERSIHKAN
1.   Jabatan Peguam Negara telah membersihkan 1MDB daripada sebarang salah laku yang berkaitan dengan penggunaan dana yang diluluskan oleh Bank Negara untuk tujuan pelaburan luar negara.

2.   Tetapi Bank Negara tidak puas hati dan membuat rayuan kepada Peguam Negara tanpa sebarang perubahan pada laporannya. Sekali lagi Peguam Negara menolak rayuan tersebut.

3.   Kita tahu Peguam Negara diberi kuasa untuk memutuskan sama ada sesebuah kes perlu dibawa ke mahkamah atau tidak. Anggapan bahawa Peguam Negara akan menghargai dan memahami keseriusan sesebuah kes, beliau akan menghargai keprihatinan pengadu atau keprihatinan agensi yang membuat laporan. Dan, jika terdapat ketidak puasan hati terhadap kes tersebut maka kes itu harus dihakimi di mahkamah undang-undang oleh hakim dan jika masih tidak puas hati maka rayuan akan dibenarkan.

4.   Ini cara yang betul. Akan tetapi, ia kelihatan seolah-olah Peguam Negara telah membuat penghakiman dengan menolak kes tersebut kerana tidak mempunyai merit untuk dibawa ke mahkamah. Dan, apabila rayuan dibuat, ia ditolak atas alasan tidak jelas. Tiada ketelusan.

5.   Adakah peraturan undang-undang seperti ini yang harus dipertahankan oleh negara? Adakah kedudukan Peguam Negara lebih tinggi daripada hakim dan penghakimannya adalah muktamad dan tidak boleh dibuat rayuan?.

6.   Dalam kes ini, rakyat ingin mengetahui sama ada Perdana Menteri terbabit atau tidak. Penolakan kes ini akan mengekalkan perasaan was-was dalam fikiran rakyat. Malah, rakyat fikir bahawa kemungkinan keputusan yang dibuat oleh Peguam Negara bukan dibuat oleh beliau.

7.   Sebaliknya, kita lihat rakyat ditahan di bawah undang-undang yang sepatutnya digunakan untuk membendung keganasan.

8.   Dalam ucapan beliau ketika memperkenalkan Rang Undang-Undang Kesalahan Keselamatan 2012, Perdana Menteri berkata sebarang aktiviti yang menjejaskan demokrasi parlimen akan diterjemahkan sebagai aktiviti yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan dengan niat untuk menjatuhkan atau menjejaskan demokrasi parlimen menerusi keganasan dan bertentangan dengan Perlembagaan.

9.   Undang-Undang Kesalahan Keselamatan itu sendiri telah dibentuk untuk hal-hal keselamatan. Ia membenarkan penangkapan dan ditahan oleh anggota polis yang mempunyai alasan untuk mempercayai seseorang itu terbabit dalam kesalahan keselamatan selama dua puluh empat jam dan bertujuan untuk menyiasat, penahanan boleh dipanjangkan tidak lebih daripada dua puluh lapan hari.

10.  Penangkapan Dato Khairuddin dan peguamnya, Matthias Chang telah mewujudkan ketakutan dalam kalangan mereka yang melaporkan salah laku Kerajaan dan para pegawai Kerajaan yang mengandungi unsur ancaman terhadap keselamatan Kerajaan yang dikatakan menyokong pemberi maklumat kini mengugut dengan bahaya dituduh mengancam keselamatan negara.

11.  Arahan yang dikeluarkan oleh Majlis Raja-Raja agar siasatan dijalankan dengan adil dan telus tidak akan dicapai. Ini kerana ramai orang yang perngetahuan mengenai salah laku 1MDB tidak akan mengambil risiko dengan memberikan bukti atau membuat tuduhan kerana akan ditahan dan didakwa mangikut Akta Kesalahan Keselamatan.

12.  Kita semua tahu mengenai penyiasatan 1MDB dan ASD 700 juta di dalam akaun peribadi Dato Sri Najib telah menjadi bahaya dengan penyingkiran Peguam Negara, pemindahan pegawai SPRM, melemahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan mengenakan ugutan terhadap Bank Negara. Kini, peguam untuk tertuduh boleh disoal dan ditahan.

13.  Tindakan seperti ini telah meningkatkan ketidak percayaan dan tidak yakin oleh rakyat terhadap Kerajaan. Kebanyakan mereka berkata penyiasatan yang sedang berjalan tidak akan menyakinkan rakyat bahawa kebenaran akan terungkai.

14.  Di mata dunia, Malaysia telah menjadi negara pariah, negara di mana sesiapa sahaja boleh dipanggil dan disoal oleh polis, ditahan dan didakwa dengan menyalahgunakan undang-undang negara.

15.  Dan, Jabatan Peguam Negara akan mengenepikan sebarang laporan mengenai salah laku yang membabitkan Perdana Menteri.

16.  Malah, ada anggota Kerajaan menyatakan tiada sesiapa pun termasuk Raja-Raja boleh memberi komen mengenai penyalahgunaan undang-undang negara oleh Kerajaan.

Sumber :Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 9hb Oktober 2015
Ditejemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is