BELANJAWAN 2016 : 'SAMBUTAN KEGAGALAN'
PENGENALAN
Kali ini saya tidak diberi peluang untuk berucap mengenai belanjawan di Parlimen, sekurang-kurangnya, pada peringkat polisi. Lagipun, apa yang perlu dikatakan telah dikatakan. Bagaimanapun, terdapat beberapa isu yang ingin saya ketengahkan dan saya ingin mengambil kesempatan dalam tempoh penangguhan Parlimen bersidang kerana musim perayaan untuk menulis perkara yang ingin saya katakan.
Saya akan menulis dalam bahasa Inggris kerana sudah lama saya tidak menulis dalam bahasa ini. Walaupun menulis dalam BM mempunyai kelebihan tersendiri selain daripada memperbaiki penulisan saya dalam BM, kebolehan menulis dalam bahasa Inggeris mempunyai nilainya tersendiri. Jadi, untuk mengekalkan kelancaran bahasa Inggeris, saya perlukan sesi latihan dan rencana ini adalah salah satu latihan.
UCAPAN BELANJAWAN
Selama dua jam kami mendengar ucapan Belanjawan. apabila ia berakhir dan ketika PM hendak duduk, tiba-tiba hamipr kesemua ahli Parlimen pembangkang bangun sambil memegang pelekat dengan tulisan , " Where is RM2.6 Billion? PM kelihatan berdetar-detar kerana tidak bersedia berhadapan dengan tindakan pembangkang. Mungkin beliau telah bersedia untuk berdepan dengan belanjawan alternatif Pakatan yang pernah kami lakukan sebelum ini tetapi pembangkang membawa pelekat adalah satu perkara baru.
Sebernarnya, ini mengejutkan saya yang beliau terkejut. Untuk sekian lama ISU ini berada dalam minda rakyat dan SOALAN ini yang memerlukan jawapan. Beliau sepatutunya sudah menjangka perkara seperti ini akan berlaku. Akan tetapi, beliau berada di tempat tinggi dan mungkin dikelilingi oleh kaki ampu, beliau langsung tidak menyedari kejengkelan rakyat mengenai isu ini.
Mendengar ucapan beliau, saya dapat menyimpulkan bahawa Kerajaan BN tidak mempunyai idea apakah maksud pemerintahan yang baik dan dari segi pandangan ekonomi, apakah yang menjayakan pentadbiran yang baik. Kegagalan diraikan sebagai kejayaan dan saya mula rasa ragu adakah mereka tahu apakah itu 'kerajaan yang berjaya'.
Dipendekkan cerita, saya mengambil keputusan untuk menamakan Belanjawan 2016 sebagai Belanjawan 'Sambutan Kegagalan'. Saya akan menerangkan sebab di sebalik nama ini dipilih dengan tiga contoh yang berkaitan seperti berikut.
SAMBUTAN KEGAGALAN 1 : GST
Ketika saya mendengar ucapan PM membentangkan belanjawan, saya terkejut dengan pengakuan beliau bahawa tanpa hasil GST, Kerajaan tidak mempunyai wang cukup untuk membayar gaji kakitangan awam! Saya terfikir, adakah beliau tahu apa yang beliau sedang katakan?.
Adakah ini pengakuan kegagalan beliau? Kegagalan untuk melaksanakan polisi yang akan menjana pendapatan daripada sumber lain selain daripada poket rakyat. Saya rasa terkejut apabila ia TIDAK diakui sebagai kegagalan sebaliknya disambut sebagai 'kejayaan' kerajaan! Menurut logik mereka, ini membuktikan kerajaan betul dalam melaksanakan GST walaupun pihak pembangkang menentangnya.
Kerajaan menekan bagaiamana GST telah menjana pendapatan sebanyak RM21 bilion kepada kerajaan dan dapat menampung kekurangan pendapatan daripada minyak dan gas. Faktanya adalah ia adalah pendapatan yang diambil daripada rakyat dan bukannya hasil daripada peningkatan produktiviti atau peningkatan keuntungan!. Mana-mana orang kurang bijak boleh menaikkan cukai dan mencapai hasil lebih baik untuk kerajaan. Jadi, apa yang perlu dibanggakan? Adakah ini menjawab isu menyebabkan inflasi?. Soalannya adalah bagaimana GST telah menyebabkan inflasi, BUKANNYA berapa banyak negara yang mengenakan GST!. Saya berfikir, bagaimana hendak berurusan dengan orang seperti ini.
Apabila dinyatakan tidak adil untuk mengenakan cukai terhadap rakyat yang berpendapatan rendah, sekali lagi dinyatakan 160 negaara. Adakah ini bermakna ia adil? Sekali lagi, isu yang dibangkitkan tidak dijawab. Isunya adalah keadilan dan bagaimana GST, cukai yang regresif dikenakan kepada orang kurang kemampuan, BUKANNYA berapa banyak negara yang telah melaksanankan GST!.
Kita dapat menganggap bahawa mereka memerlukan sesuatu untuk dilaung dan disambut, jadi, kenapa tidak gunakan sahaja GST!.
SAMBUTAN KEGAGALAN 2 : PEMBAYARAN BR1M
Lagi satu isu yang dibanggakan oleh Kerajaan BN adalah pembayaran BR1M. Kebanggaan PM mengenai program ini amat nyata apabila kadar tol dinaikkan, beliau dengan bangga menyatakan jika kadar tol tidak dinaikkan, BR1M tidak dapat dibayar!. Untuk membayar BR1M tindakan menaikkan kadar tol disokong. Para konsesi tol mendapat sasaran keuntungan mereka sebanyak ratusan jutaan sementara rakyat biasa mendapat tambahan sebanyak RM50 sebulan.
Dinyatakan juga peruntukan untuk BR1M telah meningkat dari tahun sebelumnya dan ini mendapat tepuakan gemuruh daripada ahli parlimen BN. Kemudian dinyatakan lagi, lebih ramai telah dikenalpasti sebagai penerima BR1M dan ini disokong lagi oleh mereka.
Bagi saya BR1M adalah pengakuan Kerajaan yang tidak merasa malu terhadap kegagalan Kerajaan menyelesaikan masalah kemiskinan, masalah kurang kemampuan dan masalah mereka yang tidak bernasib baik, masalah tidak dapat menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan dan masalah melaksanakan gaji munasabah. Akan tetapi, sekali lagi, ini dilihat sebagai bukti kejayaan!. Di kebanyakkan negara sedang membangun dan negara membangun, isu-isu ini dilihat sebagai pengakuan kegagalan kerajaan tetapi dalam pemerintahan kerajaan BN, sekali lagi, kegagalan dilihat sebagai kejayaan.
SAMBUTAN KEGAGALAN 3: PENYUSUTAN NILAI WANG RINGGIT
Lebih mengejutkan saya adalah apabila penyusutan nilai Ringgit ditolak sebagai tanda kegagalan oleh beberapa ahli parlimen BN. Dikatakan penyusutan nilai Ringgit adalah disebabkan oleh kesan Hegemoni Amerika terhadap ekonomi dunia BUKAN disebabkan oleh salah pengurusan kerajaan Malaysia. Malah didakwa bahawa satu hegemoni digunakan menerusi kuasa ketenteraan oleh AS telah mendorong ke arah ekonomi palsu yang akhirnya menyebabkan situasi kewangan.
Bagi menyokong dakwaan mereka, mereka mengambil contoh perancangan untuk menyusutkan Dolar Singapura dan Yuan China. Mata wang ini 'menjadi sangat kuat untuk kebaikan mereka' dan harus disusutkan nilainya. Maka, tidak hairan dengan penyusutan nilai ringgit!. Kenyataan ini membuatkan kepala saya merasa peninig buat kali ketiga pada hari itu.
Lebih buruk lagi apabila didakwa penyusutan nilai ringgit mempunyai kelebihan pada Malaysia terutama pada Johor. Ini kerana rakyat Singapura akan datang ke Johor dengan ribuan dolar untuk membeli kesemua barangan! Penyusutan nilai ringgit juga disambut baik oleh mereka!
Sekali lagi saya bertanya kepada diri saya, bagaimana hendak menyangkal logik seperti ini? Adakah Kerajaan begitu terdesak untuk menerima pujian sehingga kekurangan yang nyata diraikan sebagai bukti kejayaan?
SAMBUTAN KEGAGALAN 4 : TIADA SUMBER PENDAPATAN BAHARU DIKENAL PASTI
Setelah memuji diri sendiri kerana GST, BR1M dan penyusutan nilai ringgit di mana semuanya dilihat sebagai kejayaan, mereka terlupa untuk menjelaskan bukan hanya mengenai 1MDB, RM2.6 bilion, malah, apakah sumber pendapatan baharu untuk masa hadapan. Adakah kita akan menuju ke arah industi berat, ICT menerusi 'multi-media super corridors', industri perkhidmatan atau kembali semula ke pertanian dan perikanan? Apakah industri tumpuan kita untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara setelah pengurangan pendapatan dalam minyak dan gas? Sudah tentu, bukan menerusi kadar GST dinaikkan setiap tahun? Atau itukah caranya?
Pendekata, tiada arah tuju jelas dan apabila tiada arah tuju jelas, kita boleh menjangka kegagalan.
KESIMPULAN
Belanjawan yang dibentangkan gagal menangani masalah sebenar ekonomi, kehilangan keyakinan pelabur, skandal dan rasuah dan ketiadaan arah tuju jelas. Ia adalah belanjawan 'lebih kurang sama' tetapi lebih teruk disebabkan ketiadaan rasa kepentingan sedangkan kita berada dalam krisis.
Saya bukan ahli ekonomi dan saya tidak cuba berpura-pura menjadi ahli ekonomi, bagaimanapun, saya boleh mengenalpasti kegagalan apabila saya melihatnya dan saya percaya ramai yang bersetuju dengan pandangan saya!. Dan belanjawan ini bukan sahaja menyambut kegagalan malah menjanjikan lebih banyak kegagalan pada masa depan.
Sumber : Blog Khalid Samad
Ditulis oleh : YB Khalid Samad
Tarikh ditulis : 11hb November 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel : terataigenius@gmail.com
Comments
Post a Comment