Skip to main content
AMALAN RASUAH DI MALAYSIA

1.   Di Malaysia, setelah merdeka sentiasa ada amalan rasuah tetapi dalam skala kecil. Sebuah negara dengan amalan rasuah berleluasa tidak dapat dibangunkan. Akan tetapi, Malaysia dapat membangun dengan kadar baik.

2.   Ketika Malaysia mencapai kemerdekaan, Malayisa ialah negara dunia ketiga yang miskin. Semua kerja-kerja pembangunan dilakukan menerusi JKR (Jabatan Kerja Raya) menggunakan kakitangan sendiri. 

3.   Kerajaan tidak dapat menampung pembangunan infrastruktur seperti jalan raya dan landasan keretapi api, pejabat Kerajaan dan bangunan dan perumahan pekerja, memberikan tenaga elektrik dan air, lapangan terbang dan pelabuhan, telekomunikasi dll. Jadi, kontrak terpaksa diberikan kepada sektor swasta.

4.   Perebutan untuk mendapat kontrak daripada sektor swasta mewujudkan peluang untuk amalan rasuah. Semakin besar saiz kontrak semakin besar rasuah diberikan.

5.   Pada mulanya, pemimpin politik Kerajaan tidak terlibat. Kemudian, Najib memerintah dengan slogan "Wang Tunai ialah Raja". Ini adalah nama lain untuk mempengaruhi keputusan jumlah wang yang akan diperoleh oleh pembuat keputusan. Semakin besar saiz kontrak, lebih besar tarikan dan keputusan dibuat oleh pembuat keputusan, lebih berharga keputusan dibuat. Kontraktor yang tidak bertanggungjawab akan menawarkan jumlah besar bagi mendapatkan kontrak. Ia akan tiba di peringkat di mana pembuat keputusan akan menerima kos yang lebih tinggi termasuk bahagiannya. Malah, ramai menyedari bahawa permintaan untuk 30% saham dalam projek jika kontrak diluluskan. Sudah tentu dengan menggunakan dengan bantuan proksi. Dan, balasan untuk mendapatkan kontrak boleh mencapai berbilion Ringgit. Kerajaan terpaksa membayar lebih daripada kos sebenar projek.

6.   Pembuat keputusan memperoleh banyak wang. Amat sukar untuk mendapat bukti untuk kes rasuah. Tiada kontraktor akan tampil memberikan bukti kerana beliau akan disenarai dan perniagaan serta kontrak baharu akan terjejas. Kontraktor dan pegawai berkualiti akan menarik diri. Akan tetapi, mereka tidak akan tampil memberikan bukti terutama apabila majikan mereka dan orang berkuasa terlibat. Semakin besar kuasa dimiliki majikan mereka semakin mereka enggan membuat laporan mengenai amalan rasuah. Kerajaan menyatakan bahawa mereka akan melindungi pemberi maklumat tetapi ia hanya melibatkan pesalah yang tidak berkuasa.

7.   Cara terbaik suruhanjaya pencegahan rasuah bertindak adalah melalui mengaudit cara hidup suspek. Adakah mereka hidup dalam lingkungan pendapatan mereka? Jika mereka hidup melampau maka penyiasatan mendalam mengenai sumber pendapatan perlu dilakukan.

8.   Walaupun Suruhanjaya ini bebas dan boleh menyiasat sesiapa termasuk Perdana Menteri tetapi Perdana Menteri yang tidak bertanggungjawab boleh menghalang Suruhanjaya dengan pelbagai cara. Perdana Menteri Malaysia, Menteri dan pegawai tinggi yang tidak dibayar dengan gaji tinggi tetapi memperoleh faedah seperti rumah, bil air dan elektrik dibayar, elaun perjalanan, kereta dan kapal terbang, mereka mampu hidup mewah sesuai dengan status rasmi mereka.

9.   Tetapi, jika kehidupan mereka mewah, memiliki rumah mewah dan rumah agam di dalam negara dan di luar negara, aktiviti membeli belah mereka termasuk membeli barangan mewah sehingga memenuhi peti, hiburan peribadi yang sangat mewah termasuk perkahwinan dll dan jika mereka mempunyai wang dalam bank atau di lain-lain tempat melebihi pendapatan mereka, maka boleh dianggap mereka mungkin terlibat dalam penerimaan rasuah. Sumber pendapatan melampau ini harus disiasat oleh pihak berkuasa dan institusi dalam negara.

10.  Lembaga Hasil Dalam Negara ditubuhkan sebagai pihak berkuasa bebas agar mereka boleh bertindak tanpa rasa takut atau pilih kasih. Ia trmasuk dalam bidang kuasa mereka untuk menyiasat sesiapa sahaja termasuk Perdana Menteri.

11.  Akhir-akhir ini, kita dapat melihat dengan jelas campur tangan dalam urusan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah. Lembaga Hasil Dalam Negara dilihat seolah-olah tidak melakukan kerja mereka dalam kes yang melibatkan Perdana Menteri terutama mengenai pemilikan 2.6 bilion Ringgit dalam akuan peribadinya di AmBank, jumlah wang sebesar ini sudah tentu melebihi apa yang mampu dimiliki oleh Perdana Menteri Malaysia, penyiasatan harus dilakukan.

12.  Disebabkan oleh status Perdana Menteri ini menyebabkan pihak berkuasa sukar menubuhkan pasukan petugas khas untuk menyiasat sumber wang ini. Tidak patut ada rasa takut atau pilih kasih. Pasukan petugas ini melibatkan Peguam Negara, Ketua Polis Negara, Gabenor Bank Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah.

13.  Malaysia bernasib baik kerana mempunyai pegawai Kerajaan yang profesional. Mereka hanya menerima arahan daripada Kerajaan yang dipilih. Tetapi, bagaimana jika mereka disuruh melanggar undang-undang? Mereka fikir ini tidak akan berlaku. Akan tetapi, ini yang berlaku. Mereka dalam keadaan serba salah. Lebih baik ikut arah daripada enggan menerima arahan dan menerima akibatnya.

14.  Hari ini, Malaysia disenaraikan dalam 10 negara rasuah paling tertinggi di dunia. Tidak hairan dengan pembabitan Dato Seri Najib dalam pembentukan dan pengurusan wang pinjaman berjumlah besar untuk 1MDB disokong oleh Kerajaan disertakan dengan kehilangan sebahagian besar wang tersebut, pembelian Penjana Elektirk dengan harga tinggi, memberi komisen sebanyak 10 peratus kepada Goldman Sachs dengan kadar faedah 5.9%, tidak mampu membayar hutang, 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadi Najib ditambah dengan cerita-cerita yang tidak sedap didengar dan penerbitan di akhbar luar negara menjadikan Malaysia salah satu negara paling banyak rasuah di dunia. Mengatakan semua berita ini tidak benar dan Peguam Negara membebaskan Najib tidak memberi manfaat. Hanya dengan penyiasatan menyeluruh termasuk mengenal pasti dan menyoal penderma atau penderma-penderma, sumber pendapatan dan bukti pemindahan wang ke akaun Najib akan membersihkan keadaan.

15.  Peguam Negara tidak mempunyai kredibil untuk menolak laporan Bank Negara dan SPRM. Beliau mencadangkan penjara seumur hidup jika mendedahkan rahsia Kerajaan - satu petunjuk beliau sedang menyembunyikan sesuatu.

16.  Sebagai orang Islam, beliau harus bersumpah di atas Quran di dalam masjid disaksikan oleh pegawai masjid dan orang awam bahawa laporan tersebut tidak langsung melibatkan Najib. Beliau tidak seharusnya menipu dengan menyembunyikan sesuatu dan menyumpah tentang perkara lain secara terang-terangan. Ini akan menjadi dosa. Belaiu akan ke neraka.

17.  Ketua publisiti baharu yang menyatakan saya buat semua ini kerana saya mahu ditahan. Ini amaran jelas bahawa ini boleh menjadi penyebab saya ditahan. 

18.  Jadi, fahaman Najib harus dipromosi kerana ia menggalakkan rasuah sebagai cara untuk berkuasa. Negara kini berada dalam 10 negara paling banyak rasuah tetapi jangan berkata apa-apa mengenai 1MDB dan 2.6 bilion Ringgit jika anda ingin bebas.


Sumber : Blog Chedet

Ditluis olhe : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 15 Febuari 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com 

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is