Skip to main content
PEGUAM NEGARA KEPADA PEGUAM NEGARA

1.   Berikutan keputusan PN Malaysia (Tan Sri Mohamad Apandi Ali) yang menyatakan bahawa laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak menunjukkan sebarang salah laku oleh Perdana Menteri berkaitan wang sebanyak 2.6 bilion Ringgit dan 42 juta Ringgit dalam akaun peribadinya. Dan, mungkin secara kebetulan, pihak berkuasa undang-undang Perancis telah memulakan tindakan undang-undang berkaitan dengan pembayaran yang dikatakan sebagai bayaran rundingan kepada syarikat di dalam kawalan Razak Baginda, rakan karib Dato' Sri Najib. Kemudian, PN Swiss mengeluarkan kenyataan media berkaitan bekas-bekas pegawai 1MDB, dana milik negara dan orang yang tidak dikenali atas keraguan memberi rasuah kepada pegawai awam luar negara (Perkara 322septies Kod Jenayah Swis - SCC), salah laku di dalam pejabat awam (Perkara 314295 SCC), pengubahan wang haram (Perkara 305bis279 SCC) dan salah pengurusan jenayah (Perkara 158 SCC). Pejabat Peguam Negara Switzerland (OAG) telah memohon bantuan bersama daripada Pihak Berkuasa Malaysia. Permohonan ini menjadikan perjanjian prinsip antara Malaysia dan Switzerland diguna pakai.

2.   Penyiasatan oleh P.N. Swiss telah mendedahkan petunjuk serius bahawa dana telah disalah guna oleh syarikat milik negara Malaysia.

3.   P.N. Swiss telah menyebut dengan jelas nama syarikat Petrosaudi, SRC, Genting/Tanjong dan ADMIC.

4.   Jumlah wang yang dinyatakan adalah sebanyak ASD4 bilion. Tujuan permohonan bantuan bersama adalah bagi menasihati syarikat dan Kerajaan Malaysia hasil siasatan persiding jenayah Swiss yang bertujuan untuk mengetahui sama ada kerugian telah ditampung.

5.   P.N. Malaysia memberi maklum balas dengan pantas bahawa beliau dan pihak berkuasa Malaysia juga ingin mendapatkan segala fakta mengenai 1MDB yang telah mengundang pelbagai dakwaaan. Akan tetapi, beliau hanya menyatakan tiga nama pihak terbabit dalam siasatan yang sedang berjalan iaitu Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara. Polis Diraja Malaysia dan Jabatan Audit Negara. Nama Bank Negara yang menghantar laporan tidak disebut.

6.   Semua orang tahu P.N. telah menolak laporan ini tanpa sebarang penjelasan dan Bank Negara telah membuat rayuan. P.N. telah menolak rayuan tersebut.

7.   Kini, P.N. telah menolak laporan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dengan arahan agar SPRM menghentikan penyiasatan.

8.   Kandungan laporan-laporan ini merupakan hasil daripada penyiasatan serius yang dilakukan pihak berkuasa yang dihormati. Adakah P.N. akan menyerahkan laporan-laporan ini kepada P.N. Swiss untuk tujuan pemeriksaan dan penilaian mereka? Atau adakah P.N. akan mengenepikan laporan-laporan ini sebagai tiada kaitan dengan penyiasatan, penelitian dan penilaian P.N. Swiss di atas kehilangan ASD4 bilion oleh 1MDB.

9.   P.N. telah memberi amaran bahawa "sebarang cubaan oleh organisasi media untuk menggabungkan dua set penyiasatan ini sebagai tidak bertanggungjawab dan memudaratkan kepentingan." Sudah tentu PN tidak mahu P.N. Swiss mengetahui sama ada wang yang terdapat dalam akaun peribadi Perdana Menteri berpunca daripada 1MDB atau tidak.

10.  Rakyat percaya dana yang terdapat dalam akaun peribadi Dato' Sri Najib ialah wang daripada 1MDB. Penolakan kedua-dua laporan oleh P.N. tidak membuktikan wang itu adalah derma daripada Raja yang telah meninggal dunia atau individu Arab. Tiada penjelasan bagaimanakah sejumlah besar wang boleh dimasukkan ke dalam akaun Najib, bank mana yang digunakan oleh individu Arab terbabit, punca dana tersebut dan perniagaan yang dilakukan oleh perderma tersebut.

11.  Pihak berkuasa Saudi telah mengumumkan tiada rekod yang menunjukkan Raja mereka memberikan sebarang wang kepada Najib.

12.  Arab Saudi ada memberi derma ke Bahrain dan Jordan dan ke lain-lain negara. Derma ini bersifat daripada Kerajaan kepada Kerajaan bukannya hadiah kepada individu.

13.  Dakwaan bahawa ASD700 juta untuk tujuan menentang IS tidak kredibil kerana Najib secara terbuka telah mendakwa wang tersebut untuk UMNO memenangi pilihanraya pada tahun 2013. 

14.  Malaysia tidak memerlukan berbilion Ringgit untuk memenangi pilihanraya.

15.  Dikatakan wang itu telah dipindahkan ke bank di Singapura dan sepatutnya wang itu telah dibekukan? Jadi, bagaimana boleh muncul dakwaan bahawa RM2.3 bilion telah dipulangkan kepada individu Arab? Bagaimanakah bank Singapura boleh membenarkan pengeluaran wang itu?

16.  Parlimen Kesatuan Eropah telah meluluskan satu resolusi yang mengutuk pengurangan hak demokrasi di Malaysia. Ini berikutan penahanan rakyat Malaysia yang telah membuat laporan polis dengan peguamnya; bekas P.N. yang hendak membuat pertuduhan terhadap P.N. telah dipecat secara tidak sah, melemahkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dengan melantik kakitangan Kerajaan. Jawatan kuasa tersebut tidak boleh membuat sebarang laporan mengenai penyiasatannya terhadap wang yang terdapat dalam akaun peribadi Najib. Akan tetapi, Bank Negara tetap menyediakan laporannya.

17.  P.N. Swiss memohon kerjasama daripada P.N. baharu yang dilantik oleh PM menerusi wakil palsu dipersembahkan kepada Raja. Ini bermakna P.N. terhutang budi kepada PM di atas pelantikannya. Bolehkah beliau diharap mendakwa seseorang yang beliau terbutang budi? Beliau tahu sebab bekas P.N. dipecat dan sudah tentu tidak berminat untuk mendakwa PM. Maka, beliau menolak laporan yng disediakan oleh Bank Negara dan SPRM. Beliau tidak akan memberikan P.N.Swiss sebarang bukti yang melibatkan bosnya.

18.  Jika P.N. Swiss dan Parlimen Eropah ingin mendapatkan kebenaran, mereka harus mempelajari undang-undang dan pelaksanaannya di Malaysia. Demi keadilan, mereka harus melantik peguam Malaysia untuk bekerjasama dengan peguam mereka.


Sumber : Blog Chedet

Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis :3hb Februari 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is