Thursday, 31 March 2016

SIARAN MEDIA

NOTA KEPADA EDITOR


Tun Dr Mahathir Mohamad telah meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton Holdings berkuat kuasa pada 30hb Mac 2016.

Surat peletakan jawatan telah dihantar kepada Pengarah Urusan Kumpulan DRB-HICOM Berhad Dato Seri Syed Faisal Albar semalam.

Dr Mahathir turut melepaskan jawatan beliau sebagai Canselor Universiti Teknologi Petronas juga berkuat kuasa pada 30hb Mac 2016. Keputusan beliau telah disampaikan kepada Rektor UTM Datuk Abdul Rahim Hashim.

Selain dari ini, Dr Mahathir turut meletak jawatan sebagai penasihat Langkawi Development Authority (LADA) dan Tioman Island Development Authority (TIDA). Ketua Setiausaha Negara telah dimaklumkan mengenai peletakan jawatan-jawatan ini.

Pejabat Dr Mahathir Mohamad
Putrajaya
31hb Mac 2016

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 31hb Mac 2016






No comments:

Post a Comment