Skip to main content
PROTON
Kepada : Pemilik dan pembeli kereta Proton 

Saya rasa saya perlu memberikan penjelasan kepada anda kenapakah saya meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton.

Saya tidak dilucutkan jawatan oleh pengurusan atau pemilik Proton. Saya mengambil keputusan demi Proton, saya harus meletak jawatan. Maka, saya tidak berdendam dengan Proton atau saya inginkan Proton gagal setelah saya meletak jawatan.

Ini kerana Proton seolah-olah mempunyai masalah dengan Kerajaan dan atas sebab-sebab yang tidak diketahui penjualan kereta Proton menjunam.

Saya tahu saya tidak dialu-alukan oleh Kerajaan. Saya tidak mahu menjadi penyebab ketidakupayaan Proton membangun semula.

Saya mahu melihat Proton bangun semula dan berjaya.

Jadi, tolong, pembeli dan pemilik kereta Proton jangan balas dendam kepada Proton kerana saya tidak lagi Pengerusi Proton. Tolong teruskan menyokong Proton.

Proton mempunyai idea bagus dalam memperkenalkan model baharu yang berkualiti. Bulan ini akan dilancarkan Perdana baharu. Pada akhir tahun ini, akan dilancarkan Persona dan Saga baharu.

Proton tidak boleh mengharap sebarang bantuan daripada Kerajaan.

Hanya pemilik dan peminat Proton boleh membantu Proton. Jadi, tolong Proton, pembuat kereta nasional anda.

1.   Saya bukan lagi Pengerusi Proton. Bagaimanapun, terdapat keperluan untuk saya menyatakan fakta.

2.   Pertama, Proton kini milik persendirian setelah setiap sahamnya dibeli dengan harga RM5.50 (harga asal adalah RM2.95, semasa pembidaan telah ditingkatkan harganya) oleh Khazanah dan beberapa pemegang saham lain. Khazanah sepatutnya memegang saham untuk orang Melayu tetapi kini ia mewakili Kerajaan. Proton bukan GLC (Syarikan milik Kerajaan).

3.   Dahulu, polisi Kerajaan menggalakkan penggunaan barangan buatan tempatan. Kesemua kereta yang dibuat atau dipasang di Malaysia berhak mendapat rebat duti eksais berdasarkan peratus barangan tempatan yang digunakan. Kebanyakkan kereta luar negara yang dipasang di Malaysia mengandungi 30%-40% barangan tempatan. Proton menggunakan hampir 90% barangan tempatan. Jadi, rebat untuk Proton adalah tinggi. Ini bukan keistmewaan untuk Proton sahaja. Kesemua kereta luar negara dan dalam negara mendapat keistimewaan ini. Penggunaan barangan tempatan meningkatkan kos pengeluaran kereta. Ini kerana penghapusan elaun oleh kereta luar negara rendah daripada kos barangan tempatan.

4.   Kerajaan mendakwa bahawa telah menyediakan geran, pelbagai bentuk bantuan termasuk cukai diketepikan berjumlah RM13.9 bilion.

5.   Rekod Proton berikut menunjukkan kebanyakan jumlah ini termasuk dalam cukai diketepikan:

(1)  RM 1.320 juta sebagai cukai intensif kepada Proton dan bukan kereta nasional.
(2)  RM 773.8 juta dalam bentuk geran R&D, geran Khas, pakej rangsangan, layak untuk semua pembuat automotif.
(3)  RM 12,536.6 juta insentif yang disesuaikan, juga layak untuk semua pemain automotif.


Jumlah sumbangan Kerajaan dari tahun 1985 hingga kini adalah RM 14, 631.4 juta.

Perincian no. (1), (2) dan (3) dilampirkan.


Jumlah sumbangan Proton kepada Kerajaan sejak tahun 1985 adalah RM24, 905 juta.


Berikut adalah pecahan jumlah:
(i)   Cukai eksais dari tahun 1985 adalah sebanyak RM11,785 juta
(ii)  Cukai jualan dari tahun 1985 adalah sebanyak RM9,470 juta
(iii) Cukai korporat dari tahun 1985 adalah sebanyak RM1,410 juta
(iv) Duti import dari tahun 1985 hingga 2008 adalah sebanyak RM1,403 juta
(v)  GST dari 1/4/2015 adalah sebanyak RM28 juta.


Berjumlah RM24,095 juta



Jelas menunjukkan Proton telah membayar lebih banyak kepada Kerajaan daripada Kerajaan membayar kepada Proton.


Suntikan modal oleh Kerajaan dalam 2 dana berjumlah RM400 juta. Jumlah ini telah dibayar balik sepenuhnya kepada Kerajaan. Malah, Proton telah membiayai keseluruhan tapak di Tanjung Malim sebanyak RM1.8 bilion dengan menggunakan wang Proton yang pada waktu mempunyai RM4 bilion.


6.   Juga, Proton telah memberikan pekerjaan secara langsung kepada 12,000 pekerja pada satu-satu masa dan 250,000 orang secara tidak langsung. Proton telah mengurangkan pengaliran wang keluar dengan kemungkinan berjumlah lebih daripada 100 juta.


7.   Vendor juga telah menyediakan pekerjaan dan mengurangkan pengaliran wang.

8.   Kita boleh melupkan kebolehan kejuruteraan kerana kini polisi kita menggalakkan import.

9.   Secara kebetulan, kesemua negara yang mengimport kereta ke Malaysia mengenakan halangan tarif dan halangan bukan tariff yang menyebabkan Proton tidak dapat diimport ke dalam negara mereka. Ini bertentangan dengan polisi kita yang membenarkan kemasukan kereta luar negara ke Malaysia dengan sekatan minimum atau tanpa sebarang sekatan.

10.  Harus diperhatikan Proton harus bersaing dalam pasaran domestik dengan jenama seperti Toyota (10 juta setiap tahun), kereta buatan Korea Selatan (5 juta setiap tahun), kereta buatan Jerman (6 juta setiap tahun) dan lain-lain.

11.  Syarikat-syarikat ini mampu bertahan jika mengalami kerugian di Malaysia dan boleh menanpung kerugian dengan jualan kereta di negara lain. Selain daripada skala ekonomi, Proton tidak dapat memasuki pasaran luar negara kecuali ke negara miskin dengan Jumlah Industri rendah.

12.  Hari ini Kerajaan tidak mempunyai kebanggan terhadap produk nasional. Import menjadi murah dan pengguna lebih ramai daripada pengeluar. Dalam negara demokrasi angka dikira. Jadi, jumlah angka lebih penting daripada membangunkan kereta nasional.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 5hb April 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel: terataigenius@gmail.com


Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is