Skip to main content
CARA-CARA MERASUAH KERAJAAN

1.   Kerajaan negara di dunia ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kekayaan negara menyedari mengenai kepentingan perdagangan antarabangsa. Ini menjadi keutamaan setelah perpecahan Empayar Eropah yang menggunakan polisi Keutamaan Imperial yang memastikan monopoli import and eksport dari dan ke wilayah jajahan.   

2.   Negara imperial terbesar ialah Britain. Ia menjadi negara terkaya dan negara paling berkuasa di dunia.

3.   Akan tetapi, setelah Perang Dunia II berakhir, negara-negara inperial Eropah kehilangan empayar masing-masing dan perdagangan monopoli yang mereka nikmati selama ini. Persaingan sengit dari negara Asean Timur mengurangkan lagi perdagangan mereka.

4.   Akan tetapi, mereka memperoleh pendapatan lumayan dengan penjualan senjata. Untuk menggalakkan penjualan senjata, mereka memerlukan perang proksi yang diperangi tanpa disyaki oleh mana-mana negara, terutama antara negera yang diwujudkan oleh mereka ketika pemerintahan imperial mereka.

5.   Kita boleh lihat senjata sofistikated digunakan dalam perang saudara. Perang saudara yang berlaku dalam bekas jajahan negara Arab. Tidak mungkin negara ini dapat menghasilkan senjata sofistikated seumpama ini. Mereka mungkin boleh menghasilkan senjata primitif bom dan roket tetapi kereta kebal, kereta bersenjata, senjata mesin dan misil harus dibeli dari negara maju.

6.   Negara maju mengutuk perdagangan senjata dijadikan perniagaan tetapi tidak syak lagi merekalah terbabit dalam perdagangan ini.

7.   Perdagangan senjata ialah perdagangan yang sangat besar. Kapal terbang perang, kapal laut perang, roket, misil, kapal selam dan lain-lain menelan kos berbilion dolar. Hasil penjualan senjata ini mampu menyumbang ke arah pembentukan kekayaan negara.

8.   Maka, merka tidak kira dengan siapa mereka menjual senjata mereka. Pelanggan mereka mungkin pemimpin diktator yang menindas dan Perdana Menteri yang mengambil rasuah. Mereka mungkin boleh menuduh pemimpin seumpama ini tidak demokratik dan kurang menindas, tetapi mereka ini akan mengurangkan kutukan mereka apabila pemimpin ini ingin membeli senjata daripada mereka. 

9.   Segala keluhan dan kutukan mengenai ketidakadilan dan tindasan oleh diktator menunjukkan sifat berat sebelah pendapat mereka. Akan tetapi, merekalah yang mempromosi rasuah dan kebanyakan kerajaan pemerintahan diktator yang menindas di dunia ini.

Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 17hb Mei 2016
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel ; terataigenius@gmail com  

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
Dear Valued Readers, I would like to invite all of you to login my craft blog, 3cutecrafts.blogspot.com for all my crafts items. I'll be updating and adding new and latest items as soon I completed them. All the items are handmade and very special. Thank you so much for your support. Pembaca budiman, Saya ingin menjemput anda melayari blog kraf saya, 3cutecrafts.blogspot.com bagi melihat semua hasil kraf. Saya akan mengemaskini dan menambah barangan baharu sebaik sahaja saya menyiapkannya. Kesemua barangan ini buatan tangan dan sangat istimewa. Terima kasih di atas sokongan anda.
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...