Skip to main content
A Wonderful Computer Scale

While Milgrom waited at the airport to board his plane, he noticed a computer scale that would give your weight and a fortune. He dropped a quarter in the slot and the computer screen displayed. "You weigh 195 pounds, you are married and you're on your way to San Diego," Milgrom stood there dumbfounded.

Another man put a quarter and the computer read, "you weigh 184 pounds, you're divorced and you're on your way to Chicago."
Milgrom said to the man : "Are you divorced and on your way to Chicago?"

"Yes," came the reply.

Milgorm was amazed. Then he rushed to the men's room, changed his clothes and put on dark glasses. He went to the machine again. The computer read : "you still weigh 195 pounds, you're still married. And you just missed your phone to San Diego!"

Alat Timbang Berkomputer Yang Hebat

Milgrom sedang menunggu di lapangan kapal terbang untuk menaiki kapal terbang apabila dia ternampak alat timbang berkomputer. Ia boleh memberikan maklumat mengenai berat badan and menilik nasib. Milgrom memasukkan wang siling ke dalam slot dan skrin komputer menunjukkan maklumat berikut : "Berat badan anda adalah 195 paun, telah berkahwin dan dalam perjalanan ke San Diego," Milgrom tergamam.

Seorang lelaki lain memasukkan wang siling ke dalam slot dan komputer itu menunjukkan maklumat berikut: "Berat badan anda adalah 184 paun, telah bercerai dan kini dalam perjalanan ke Chicago."

Milgrom bertanya kepada orang itu: "adakah anda telah bercerai dan dalam perjalanan ke Chicago?"

"Ya," jawab lelaki tersebut.

Milgrom terpegun. Lantas dia pergi ke bilik air, menukar pakaiannya dan memakai kaca mata hitam. Dia pergi semula ke alat timbang berkomputer tersebut. Komputer itu menunjukkan maklumat: "Berat badan masih 195 paun, anda masih berkahwin dan anda baru sahaja terlepas penerbangan anda ke San Diego!"

Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
Dear Valued Readers, I would like to invite all of you to login my craft blog, 3cutecrafts.blogspot.com for all my crafts items. I'll be updating and adding new and latest items as soon I completed them. All the items are handmade and very special. Thank you so much for your support. Pembaca budiman, Saya ingin menjemput anda melayari blog kraf saya, 3cutecrafts.blogspot.com bagi melihat semua hasil kraf. Saya akan mengemaskini dan menambah barangan baharu sebaik sahaja saya menyiapkannya. Kesemua barangan ini buatan tangan dan sangat istimewa. Terima kasih di atas sokongan anda.
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...