LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
1. Di negara lain, laporan ketua audit negara akan dijadikan dokumen umum. Akan tetapi, di Malaysia, laporan Ketua Audit Negara dijadikan rahsia Kerajaan, tidak boleh diakses oleh orang umum. Ini dilakukan walaupun terdapat peruntukan di dalam Perlembagaan bahawa laporan ini harus diserahkan kepada Agong dan atas arahan Baginda, ia harus dibentangkan di Parlimen.
2. Dr Kissinger, Menteri Dalam Negeri Amerika Syarikat pernah berkata bahawa penciptaan mesin Xerox memudahkan lagi pendedahan. Sejak itu, kita telah melalui perjalanan jauh untuk penciptaan internet dan telefon bimbit penghantaran secara elektronik. Kesemua dokumen boleh disalin dan disiarkan ke seluruh dunia. Bahan rahsia telah menjadi sejarah. Kelebihan sistem keselamatan telah digodam oleh pengguna komputer amatur.
3. Begitu juga laporan Ketua Audit Negara. Sepatutnya semua orang sudah dapat membacanya jika tidak dimilikinya atau mempunyai salinannya.
4. Satu pendedahan yang hebat. Bagaimana sebuah agensi Kerajaan boleh ditubuhkan dan diurus umpama menjual nasi lemak bungkus, sesuatu di luar imaginasi.
5. Memang mengagumkan bagaimana berbilion Ringgit dipinjam tanpa kelulusan para pengarah 1MDB dan kemudian dilaburkan, juga tanpa kelulusan.
6. Apabila seseorang membuat pinjaman walaupun hanya beberapa ribu dolar, ia akan direkod di bank, maklumat syarikat atau individu turut direkod. Apabila wang itu dibelanjakan, cek akan ditulis, bukti cek akan disimpan, pihak bank akan membuat rekod dan penerima, diterap dan ditandatangani oleh kakitangan diiktiraf. Kesemua urusan dilakukan untuk melihat aliran wang dan kesahihan transaksi.
7. Tetapi, dalam pengurusan 1MDB, kesemua dokumen dan rekod ini tidak ditunjukkan kepada Ketua Audit Negara. Seolah-olah ia tidak disimpan oleh pihak pengurusan 1MDB.
8. Jikalau Ketua Audit Negara mengesyaki sesuatu, si pemberi atau si penerima harus disoal siasat. Harus memohon kesemua rekod dan dokumen. Bank yang terbabit harus dikenal pasti dan rekod mereka harus dikaji dan disoal siasat. Akan tetapi, tiada satu pun di atas dilakukan. Peguam Negara dengan selamba menyatakan tidak terdapat sebarang salah guna dan laporan itu dikategori sebagai rahsia rasmi.
9. Kita bukannya berurusan penjualan nasi lemak. Ini bukannya mengenai dua atau tiga Ringgit, ini mengenai berbilion Ringgit. Akan tetapi, proses penyiasatan dan pengauditan sama seperti penjualan nasi lemak.
10. Kemudian terdapat syarikat palsu yang dibayar berbilion AS Dolar. Bukan sekali tetapi dibayar beberapa kali dengan berbeza cek. Jelas sekali, 1MDB tidak peduli untuk memeriksa status syarikat tersebut. Nampak seperti ia bergantung pada nama syarikat sahaja. Kenapa perbezaan kecil pada nama syarikat tidak diperasan oleh agensi pembayar atau pegawainya.
11. Melihat pada lain-lain laporan, amat jelas kelihatan terdapat syarikat lain dengan nama sama dengan perbezaan nama sangat kecil yang sedang diurus oleh 1DMB.
12. Terdapat Petro Saudi. Kemudian terdapat Petro Saudi International (Saudi Arabia) Ltd, Petro Saudi International (Cayman Islands), Petro Saudi Holdings (Caymans) Ltd dan Petro Saudi International Ltd (Seychelles). Pembayaran dibayar kepada satu entiti apabila aset pemilikan konsesi minyak oleh entiti lain, pinjaman oleh entiti lain dan keuntungan daripada lain yang mempunyai nama hampir sama.
13. Bank dan syarikat ditubuhkan, didaftar di pelbagai tempat, dimiliki oleh seseorang. Akhirnya, syarikat dan bank telah ditutup. Ia didaftar di Kepulauan British Virgin, di Seychelles, di Hong Kong, di Singapura, di Switzerland, di Luxembourg. Wang berjumlah besar melalui kesemua entiti ini.
14. Seorang auditor yang berpengalaman pun akan mengalami mimpi ngeri apabila cuba menjejaki pergerakan wang dalam pelbagai bentuk apabila melalui entiti dan lokasi ini.
15. Sesiapa yang mengesyaki pasti dapat mengagak kesemua entiti ini ditubuhkan atau digunakan untuk menghalang kerja-kerja pengauditan dijalankan dengan sempurna. Sesiapa yang mengesyaki akan tahu bahawa kesemua ini ditubuhkan dan diurus untuk menyalurkan wang ke akaun lain dan sangkaan ini akan kekal sehingga kesemua dokumen, rekod dan pesonaliti terbabit dikenal pasti, disoal siasat dan disahkan.
16. Satu kesimpulan yang boleh dibuat ialah berbilion Ringgit telah dicuri daripada Kerajaan. Seseorang telah mencurinya. P.N. tidak menyatakannya. Akan tetapi, faktanya ialah Kerajaan menjadikan ia rahsia menunjukkan bahawa ia telah ditutup.
17. OSA bukan bertujuan untuk melindungi perbuatan jenayah. Ia untuk melindungi hal-hal pentadbiran sah seperti draf perjanjian baharu atau kontrak atau dokumen Kabinet.
18. Menyembunyikan perbuatan jenayah di sebalik OSA adalah salah, adalah perbuatan tidak sah dan salah.
19. Laporan Ketua Audit Negara dengan jelas menunjukkan kesalahan dan perlakuan tidak sah dilakukan oleh 1MDB dan para pekerjanya. Lebih kurang ASD7 bilion wang Kerajaan telah hilang. Menjual tanah yang dibeli daripada Kerajaan di bawah harga pasaran dan mendakwa kerugian telah ditampung tidak dapat diterima. ASD7 bilion berada pada beberapa orang dan mereka harus mengembalikan semula.
20. Sudah tiba masanya, Kerajaan mengakui dan membenarkan mahkamah mendengar pertuduhan ke atas orang yang menyalahguna pengurusan wang 1MDB. Hanya menumpukan kepada seorang KPE sahaja tidak mencukupi, Lagipun, dia tidak disiasat pun seperti yang pernah dijanjikan oleh KPN. KPN harus menerangkan kenapa tidak diambil tindakan.
21. Satu tribunal dianggotai oleh para hakim termasuk hakim luar negara diperlukan untuk menubuhkan bagi mendengar kes ini. Peguam Negara mungkin akan mempertahankan Kerajaan atau para pegawainya tetapi beliau tidak harus menjadi hakim. Biarkan tribunal yang menjadi hakim. OSA tidak harus digunakan untuk menyembunyikan bahan bukti perlakuan jenayah.
Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis ; 20hB Julai 2016
Link : chedet.cc/?p=2193
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com
Comments
Post a Comment