ELAK MEMBAWA BANYAK PAKAIAN Saat bercuti, sesetengah kita gemar membawa banyak barang terutama wanita. Bagi mereka, semuanya perlu dibawa, seolah-olah melancong untuk tempoh yang lama dan tiada keperluan di destinasi terbabit. Akibatnya, bagasi anda terlebih muatan dan terpaksa membayar jumlah tertentu mengikut kilogram. Dari semua barangan kegemaran and, apa yang TIDAK perlu anda bawa ketika melancong? 1. TINGGALKAN PERALATAN KECANTIKAN Jika anda menggunakan beberapa produk kecantikan yang berbeza untuk menguruskan rambut, maka tinggalkan saja barangan itu di rumah dan biar anda bebas daripada semuanya. Anda tidak akan kelihatan buruk dalam gambar hanya kerana tidak menggunakan produk rambut yang biasa di pakai di rumah. Saat menginap di hotel bintang, anda dapat peralatan mandi yang baik. Gunakanlah produk itu. Bawalah produk yang memiliki kegunaan berganda seperti pelembap yang juga berfungsi melindungi kulit anda daripada sinar matahari. 2. JA...