Skip to main content
PANDUAN MUDAH SEBELUM MEMBELI KERETA


Memiliki kenderaan sendiri adalah impian bagi setiap individu. Kini, terdapat pelbagai tawaran dan promosi diperkenal untuk anda memiliki kereta impian, sama ada anda ingin menjual kereta lama dan membeli kereta baru. Keputusan membeli kereta perlulah difikirkan secara teliti dengan mengambil kira komitmen bayaran bulanan, penyelenggaraan, membaik pulih kenderaan, insurans dan keperluan keluarga.

Berikut adalah beberapa tip umum membeli kereta baharu dan terpakai yang boleh dijadikan sebagai panduan:

Apabila anda berhadapan dengan penjual kereta, pastikan penjual memaklumkan kepada anda harga kereta yang ditawarkan dan kos-kos yang terlibat secara terperinci. 

Pastikan perjanjian yang dibuat adalah mudah. Jangan tergesa-gesa membincangkan untuk menjual kereta lama anda atau pinjaman kereta, kecuali jika anda telah bersetuju dengan harga belian.

Buat perbandingan harga antara syarikat penjual kereta yang lain serta promosi/pakej menarik yang memberi kelebihan kepada anda.
Anda juga boleh menyemak senarai harga kereta di pasaran semasa melalui surat khabar, iklan-iklan dan risalah-risalah.

Pastikan kelengkapan aksesori kereta benar-benar lengkap, seperti yang dinyatakan semasa proses perjanjian jual beli, sebelum anda membawa pulang kereta berkenaan.

Sebelum anda berkunjung ke bilik pameran kereta baru, pertimbangkan model-model yang sesuai dengan keperluan anda sekeluarga dan yang paling penting mengikut mengikut kemampuan anda. Anda boleh melawati beberapa bilik pameran model kereta yang berlainan.

Jika boleh, pandu uji kenderaan untuk memastikan ia sesuai dengan keperluan anda.

Hati-bati dengan sebarang perubahan terhadap kenderaan, kemungkinan terdapat kekurangan aksesori pada kenderaan tersebut.

Elakkan daripada menerima tawaran, membayar deposit atau perjanjian jual beli kereta pada cuti umum atau hujung minggu. Sebaik-baiknya, lakukan sewaktu hari bekerja. Ini untuk mengelakkan berlakunya penyelewangan daripada pihak ejen.

Untuk pembelian kereta terpakai, pastikan dokumen pemilik kenderaan lama telah dipindah milik sepenuhnya kepada anda dan mendapat kelulusan daripada PUSPAKOM.

Berikut disertakan serba ringkas prosedur membeli kereta bermula daripada membuat tempahan sehinggalah setelah menerima kenderaan.

1.   SEMASA MEMBUAT TEMPAHAN
  • Tempahan hendaklah dibuat dengan menggunakan cek atau bank draf. Bayaran tunai tidak digalakkan.
  • Pastikan setiap bayaran yang dibuat diberikan resit rasmi syarikat serta merta sebagai mengakui penerinmaan bayaran.
  • Pastikan borang tempahan diisi dengan betul, seperti maklumat peribadi, maklumat pinjaman dan maklumat kenderaan.
  • Anda harus menyimpan satu salinan yang lengkap yang telah ditandatangani.
  • Sila baca dan fahami keseluruhan terma dan syarat yang terkandung dalam borang tempahan tersebut.
2.   KETIKA MEMOHON PINJAMAN
Serahkan dokumen-dokumen berikut:
  • Salinan borang tempahan rasmi syarikat pengedar
  • Salinan kad pengenalan yang dicatatkan perkataan "untuk tujuan pinjaman dengan syarikat kewangan" bagi mengelakkan penyalahgunaan salinan tersebut.
  • Salinan lesen memandu atau sekeping gambar pemohon
  • Slip gaji terbaru bagi tempoh tiga bulan
  • Penyata akaun simpanan/semasa/tetap Borang EA
  • Surat pelantikan tawaran kerja
3.   APABILA PINJAMAN DILULUSKAN
Sila ambil tindakan berikut:
  • Hubungi syarikat kewangan dan sahkan syarat-syarat kelulusan pinjaman seperti dicatatkan dalam surat tawaran, seperti jumlha pinjaman, tempoh bayaran, kadar faedah dan jenis atau model kenderaan
  • Semua dokumen mengenai perjanjian pinjaman ditandatangani di syarikat kewangan
  • Tidak ada bayaran dikenakan bagi pengendalian proses pinjaman kenderaan
4.   PENDAFTARAN KENDERAAN
  • Pendaftaran kenderaan hanya boleh dibuat sekiranya: Bayaran penuh harga kenderaan telah dibuat (bagi pembelian tanpa pinjaman).
  • Surat Aku Janji daripada syarikat kewangan dikeluarkan dan bayaran muka telah dijelaskan sepenuhnya.
5. DOKUMEN UNTUK TUJUAN PENDAFTARAN
Kemukakan dokumen-dokumen berikut di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ);
  • Salinan kad pengenalan pembeli yang disahkan dicatatkan perkataan "untuk tujuan pendaftaran kenderaan di Jabatan Pengangkutan Jalan sahaja".
  • 2 salinan JPJ K1 yang telah lengkap diisi dan ditandatangani oleh pembeli. 
  • Borang pelepasan tanggungan JPJ yang lengkap diisi dan ditandatangani oleh pembeli dan juga ditandatangani oleh seorang saksi.
  • Surat jualan daripada syarikat pengedar
  • Dokumen perlindungan insurans yang berkuat kuasa yang diisi penuh dengan butir-butir pembeli dan kenderaan.
  • Surat tuntutan hak milik daripada syarikat kewangan.
  • Resit tender nombor pendaftaran (jika ada).
  • Untuk mendapatkan pendaftaran segera, pembeli perlu hadir di Jabatan Pengangkutan Jalan.
  • Bayaran pendaftaran kereta, cukai jalan dan tuntutan hak milik termasuk dalam harga kenderaan yang diistiharkan.
  • Bayaran tambahan dikenakan bagi kes-kes seperti penukaran nombor pendaftaran yang melibatkan pengekalan nombor pendaftaran lama kepada kereta baru.
6.   SEMASA PENYERAHAN KENDERAAN
Apabila anda menerima kenderaan baru, sila pastikan:
  • Kereta tersebut sempurna dan memuaskan
  • Perkakas dan aksesori lengkap dibekalkan
  • Buku jaminan diisi dan dicop dengan cop syarikat wakit pengedar dan ditandatangani oleh pembeli
  • Borang penyerahan rasmi syarikat pengedar kereta hendaklah ditandatangani oleh pembeli serta wakil syarikat pengedar dan satu salinan disimpan oleh pembeli.


Sumber : Berita Harian
Tarikh : 23 November 2016

SIMPLE GUIDES BEFORE BUYING A CAR

Owing a car is everybody's dream. Currently, there are numerous offers and promotions for you to own your dream car or wish to sell your old car and buy a new one. Making decision to buy a new car requires a careful consideration with taking into account of monthly repayment commitment, maintenance, car improvements, insurance and family needs.

Below are a few tips on how to buy a new car and second hand car:
When you are discussing with a car salesman, make sure he informs you the price of the car and related costs in detail.
Make sure the agreement is easy. Don't rush into discussing to sell your old car or for a car loan except if you've agreed with the purchase price.

Make a comparison between other dealer companies with promotion/package that also offers attractive benefits to you.
You could also survey current market car prices in newspaper, advertisements and leaflets.

Make sure all the accessories are complete as promised during purchase process and before taking your car home.

Before you went to car show rooms, consider first a few models that suitable for you and your family needs and most importantly, within your budget. You can visit showrooms that provides different car models.

If possible, test drive first to see whether it's suitable with your needs.  

Be careful with any changes of the car, perhaps the accessories is less than it should be.

Avoid accepting offers, paying deposit or sales and purchase agreement during public holiday or weekends. If possible, do it on working day. This is to avoid being cheated by agents. 

To purchase a second hand car, make sure previous owner's documents fully transferred to you and approved by PUSPAKOM.
Below are simple procedures of buying a car, from placing an order to getting the car.

1.   DURING PLACING AN ORDER
  • Place the order with cheque or bank draft. If possible, try to avoid paying by cash.
  • Make sure company official receipts are issued as payment received acknowledgement.
  • Make sure order form is filled with correct information such as, personal information, loan and car information.
  • You must keep a completed signed copy for your record.
  • Read through and understand all the terms and conditions in the order form.

2.   APPLYING FOR LOAN
Submit the following documents:
  • A copy of dealer's company official order
  • A copy of identity card with "for loan purpose with financial company" to avoid any misused of the copy.
  • A copy of driving license or a photo of the applicant.
  • Latest three months salary slip
  • Statement of saving account/current/fixed EA Form
  • Appointment letter

3.   WHEN LOAN IS APPROVED
Please do as follows:
  • Call the financial institution and confirm the conditions of the loans as stated in the offer form such as total amount of loan, repayment period, interest and type or model of the vehicle.
  • All documents of loan agreement is signed at the financial institution.
  • No process fees is charged.

4.   VEHICLE REGISTRATION
  • Vehicle registration can only be done if: Full payment is made (those buying without loan)
  • Letter of undertaking issued from the financial institution and deposit is fully paid.

5.   DOCUMENTS FOR REGISTRATION
Submit documents at Road Transport Department (RTD)
  • A copy of buyer's IC with wording "for vehicle registration purpose in Jabatan Pengangkutan Jalan sahaja".
  • 2 copies of completed and signed JPJ K1 
  • Completed, signed by buyer and witness relief form
  • Letter of sales from distributor
  • Valid insurance documents with complete information of buyer and vehicle.
  • Letter of demand rights from financial institution
  • Receipt of registration number tender (if any)
  • For speed registration, buyer needs to go Road Transport Department
  • Payment for vehicle registration, road tax and letter of demand included in the vehicle price.
  • Extra charge for changing registration number that maintains old number to new vehicle.

6.   HANDING OVER VEHICLE
When you receive new vehicle, make sure:
  • The vehicle in good and satisfactory manner
  • Complete accessories are provided
  • Guarantee book is completed and stamped with distributor company and duly signed by the buyer.
  • Official handing over form from vehicle distributor company must be signed by buyer and distributor company representative and a copy is provided to the buyer for safe-keeping.

Translated by : Teratai Melur
E-mel: terataigenius@gmail.com
**For translation service, kindly email details to the above email. Thank you.   


Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is