PROTON
1. Saya merasa sedih kerana Proton akan dijual kepada syarikat asing. Mempunyai rakan strategik memang bagus tetapi apabila Proton telah dijual kepada orang asing, ia tidak lagi menjadi kereta nasional, ia akan menjadi menghasilkan kereta asing di Malaysia seperti yang kita pernah hasilkan sejak 1970-an lagi.
2. Mungkin, sekarang Proton tidak untung lagi tetapi Proton pernah memberikan keuntungan besar sebelum ini. Diakui, Proton dilindungi tetapi setelah Proton dapat berdiri sendiri, Proton tetap memberikan keuntungan. Semua negara melindungi industri automotif mereka. Mungkin cara yang digunakan bukan menerusi duti import yang tinggi tetapi menggunakan cara berbeza bagi menghalang kereta import mencabar industri kereta tempatan. Ini termasuk terdapat cara yang lebih efektif dan dapat menangani kereta buatan asing. Sebab inilah, Proton tidak dapat dieksport ke negara yang mengamalkan polisi ini. Kita amat pemurah. Sesiapa pun boleh mengeksport kereta negara mereka ke negara ini. Kereta sub-standard pun boleh diimport.
3. Saya tidak lagi bersama Proton. Sejak itu, saya tidak dibenarkan berjumpa atau bercakap atau menelefon pekerja Proton.
4. Tak mengapa.
5. Saya cuma takut jika Malaysia tidak lagi memiliki Proton, industri automotif Malaysia akan mengalami kerugian besar.
6. Pihak vendor dan pihak pembekal akan tutup kedai. Ramai pekerja akan kehilangan kerja. Dan, kepakaran kejuruteraan Malaysia akan dikurangkan. Malaysia tidak mungkin tidak boleh menjadi negara maju menjelang 2020 atau selepas 2020. Malaysia akan kekal menjadi negara membangun dunia ketiga.
7. Pada suatu dahulu, Malaysia pernah digelar Harimau Asian, kini Malaysia tidak boleh menjadi anak kucing. Kita telah menjadi salah satu negara dalam 10 negara paling tinggi mengamalkan rasuah.
Syabas! Najib
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Tarikh : 22hb Februari 2017
Link : http://chedet.cc/?p=2439
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com
Comments
Post a Comment