PROTON
1. Sesiapa yang mengutuk kenderaan Proton, saya cadangkan agar teruskan mengutuk kerana tahap kenderaan Proton tidak sama dengan tahap kenderaan dari luar negara.
2. Saya cadangkan kepada mereka cuba uji pandu kenderaan Saga dan Persona terbaharu.
3. Saya pernah pandu kereta buatan Korea pada tahun 80-an dan kereta terbaharu dan terdapat perbezaan ketara.
4. Saya dapati terdapat banyak perbezaan antara kereta Proton lama dan kereta Proton baharu.
5. Saya fikir pihak pengurusan, jurutera dan pekerja di Proton harus diberikan pujian untuk penambah baikan ini.
6. Jika anda tidak bersetuju dengan saya, tidak mengapa tetapi saya memiliki dan memandu kereta Proton lama dan miliki kereta Proton baharu. Saya rasa Proton telah mempelajari perkara baharu mengenai pembuatan kereta.
7. Secara jujur, Malaysia akan menjadi lebih baik jika kekal dalam koloni Eropah atau negara maju lain. Mereka lebih arif mengenai pengurusan negara dan pembangunan negara. Dan, mereka akan menghasilkan kereta yang lebih baik, membuatkan kita bangga dengan teknologi kita.
Sumber ; Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr Mahathir Mohamad
Pautan :chedet.cc/?p=2442
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel : terataigenius@gmail.com
Comments
Post a Comment