Majlis kahwin boros undang perceraian
Kajian dapati kos tinggi sia-sia jika hubungan tidak kekal
Majlis perkahwinan dengan kos perbelanjaan menelan beratus ribu, sememangnya tindakan sia-sia jika hubungan perkahwinan itu berlangsung sekerat jalan.
Satu kajian dijalankan di Universiti Emory, Georgia, United States, mendapati membelanjakan sejumlah wang dalam kuantiti besar sebenarnya berkait rapat dengan kadar perceraian lebih tinggi.
Kajian ini mendapati, jika perkahwinan menelan belanja sekitar RM88, 560 ke atas, wanita lebih tiga kali ganda cenderung untuk bercerai.
Dalam erti kata lain, mereka yang menjalani perkahwinan boros ini dikatakan lebih memberi tumpuan kepada material, berbanding persiapan mengemudi rumah tangga.
Justeru, apabila seseorang merancang hari besar mereka, ia maungkin lebih baik untuk memberi tumpuan untuk memberi tumpuan kepada makna perkahwinan dan bukannya mengarahkan semua tumpuan untuk mencapai matlamat perkahwinan impian.
Dalam jangka masa panjang, kualiti perkahwinan dan hubungan kekal adalah perkara penting dan bukan jumlah wang yang dibelanjakan cuma dalam masa sehari.
Terlalu memasang impian
Persoalannya, mengapa masyarakat kita terlalu menekankan dan memberi tumpuan kepada pengantin perempuan dalam sesuatu perkahwinan berbanding makna perkahwinan.
Lantaran itu, impian dipasang setiap pengantin perempuan ini menyebabkan kos perbelanjaan menjadi mahal menerusi pakej perkahwinan yang diinginkan.
Contohnya, busana, pelamin, cenderahati dan dewan mewah atau hotel bertaraf lima bintang yang diimpikan menjadi lokasi perkahwinan.
Kebanyakan mempelai wanita mahu hari perkahwinan menjadi hari paling sempurna dalam kehidupan mereka dan memegang prinsip kahwin sekali seumur hidup.
Kaji selidik dijalankan The Knot's Real Weddings, turut mendapati, purata kos bagi satu perkahwinan di Amerika mencecah RM138,000 sejak kebelakangan ini.
Ini adalah satu jumlah besar untuk satu majlis. Tambahan pula, wang ini dilabur untuk majlis perkahwinan dan bukan boleh dimanfaatkan seumur hidup.
Extravagant wedding reception causing divorce
Study shows that high cost is a waste if the relationship didn't last
Wedding reception with hundreds of thousand is a waste if the marriage didn't last.
A study conducted at Emory University, Georgia, United States found that high spending in wedding is associated with high divorce rate.
The study showed that if the wedding costs exceeds RM88,560, rate of women seeking for divorce is three times higher.
In other words, those who organizing extravagant wedding is said to be concentrating on material issues rather than staying marriage.
Therefore, it's better to concentrate on the meaning of marriage when planning their big day and not to achieve their dream wedding.
In long term, it's the quality of marriage and relationship are important and not how much money spent in a day.
Big dream
The question is why is our society prioritizing the bride than the meaning of marriage.
Brides dream big for their wedding causing the wedding cost to be high with desired wedding package.
For example, wedding apparel, dais, gift and luxury hall or five star hotel are dreamt as wedding location.
Many brides want their wedding day to be the most perfect day of their life while holding to the principle the it's once in a lifetime.
A study conducted by The Knot's Real Wedding found that, recently an average cost for a wedding in America is about RM138,000.
It's a huge amount for a function. Move over, the money is invested in a wedding and not life time beneficial.
Tips to save wedding cost
- Hold the principle follow your budget
- Research and study for lowest price before decide
- Don't follow your binge
- Avoid to be too trendy or branded
- Save for a few years before wedding function
- Avoid borrowing, use your savings
- Sympathy to your spouse
- Don't be selfish
Source : Berita Harian
Date : 2nd February 2017
Translated by: Teratai Melur
Email : terataigenius@gmail.com
**If translation service is require, kindly email detail to the above email address.
Thank you.
Comments
Post a Comment