Skip to main content
Belanja ikut keperluan

Peningkatan harga minyak dan barang menyebabkan kos sara hidup turut mengalami peningkatan. Jika dahulu sekampit beras lima kilogram dijual dengan harga kurang daripada RM10.00, tetapi kini ia mengalami peningkatan antara sekali hingga dua kali ganda daripada harga asal.

Ini menyebabkan ramai yang tidak mampu mengimbangi perbelanjaan sehingga berdepan dengan krisis kewangan. Mneyedari perkara ini, Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur ingin berkongsi sedikit panduan bagaimana untuk berjimat:

1.   Senaraikan dahulu barangan yang diperlukan dan berbelanja berdasarkan keperluan bukannya kehendak. 

Ini akan membantu anda untuk mengoptimumkan lagi penggunaan wang dan mengelakkan pembaziran. 

2.   Hobi membaca merupakan hobi yang bagus, namun tidak semestinya anda perlu membeli semua majalah atau buku yang diminati pada setiap bulan. 

Anda boleh berkongsi majalah dan bahan bacaan lain dengan rakan-rakan atau bergilir-gilir membelinya bagi menjimatkan perbelanjaan. Selain itu, anda boleh membaca buku kegemaran anda di perpustakaan.

3.   Berbual di telefon sememangnya satu perkara yang mengasyikkan sehinggakan rama yang lupa diri sehingga bil melebihi bajet yang ditetapkan. 

Ringkaskan perbualan anda atau berikan keutamaan pada penggunaan Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Bagi anda yang mempunyai internet gunakan Yahoo! Messenger sebagai alternatif untuk berhubung bagi menggantikan telefon.perbelanjaan anda, aliran wang ke luar negara juga boleh dikurangkan.

4.   Jika dahulu anda gemar melancong ke luar negara, sekarang lebih baik habiskan percutina anda di dalam negara sahaja bagi menjimatkan perbelanjaan anda, aliran wang ke luar negera juga boleh dikurangkan.

5.   Pakej saluran pelbagai yang ditawarkan oleh pelbagai stesen televisyen berbayar sememangnya menarik. 

Tetapi fikirkan adakah semua saluran yang ditawarkan tersebut akan ditonton oleh anda. Sebelum memilih saluran yang diinginkan, fikirkan terlebih dahulu akan penggunaannya. Jika masa anda sering dihabiskan di luar rumah, jangan langgan pakej yang tidak anda tonton. 

6.   Ketika berbelanja ramai yang lupa diri sehingga tidak sedar wang yang dibawa tidak mencukupi. 

Justeru, kad kredit digunakan sebagai jalan penyelesaian sehingga memberi impak yang besar kepada bajet bulanan. 

Oleh itu, elakkan belian secara kredit dan amalkan belian tunai. Pendek kata, ukur baju di badan sendiri.

7.   Bawa bekalan dari rumah ke pejabat. 

Ia bukan sahaja menjimatkan malahan kebersihannya dan khasiatnya lebih terjamin. Jika mahu keluar membeli-belah pastikan anda menjamah makanan di rumah terlebih dahulu.

8.   Jika dahulu anda gemar membeli barangan berjenama dan mewah, kini tumpuan pembelian anda pada barangan tempatan. 

Cuba kikis anggapan bahawa barangan tempatan tidak berkualiti daripada minda anda. Barangan tempatan bukan sahaja setanding dengan produk import malahan harganya lebih murah. Ubah tabiat berbelanja dariapda sekarang.

9.   Amalkan menyemak kandungan bil-bil utiliti anda seperti bil telefon, air, elektrik, internet dan sebagainya pada setiap bulan.

10.  Biarpun ia merupakan tanggungan bulanan anda tetapi semak terlebih dahulu semua bil sebelum membuat pembayaran kerana dikhuatiri terdapat kesilapan atau caj yang tidak disedari.

Sentiasa pekan terhadap aliran wang keluar pada setiap bulan dengan merekodkan setiap perbelanjaan harian anda. Sediakan buku kecil untuk merekodkan perbelanjaan anda dan semak pada setiap hujung bulan pengaliran wang anda. Melalui cara ini, anda dapat mengenal pasti sama ada anda boros atau tidak.

Spend within means

The rising cost of petrol price and other things causing cost of living increasing, too. Previously, a bag of rice cost less than RM10.00 but now the price has risen one or twice times more from the normal price.

This makes many people unable to balance expenditure and facing financial crisis. Realising this, Pesatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur wished to share a few tips on how save:

1.   First, list of the things you need and spend based on necessity and do not spend on needs. 

This will help you to optimum your money dan avoid wastage.

2.   Reading is a good hobby but it doesn't mean that you have to buy all your favorite magazines or books every month. 

You could share magazines or other reading materials with friends or take turn to buy them to save cost. You can read your favorite books in library.

3.   Talking in the phone is very engrossing that could land you in bill exceeding budget. 

Keep your conversation short or priortize  to short message text (SMS). For those who have internet, use Yahoo! Messenger as an alternative to communicate to replace telephone.

4.   Previously, if you love to travel oversea, now it's better to spend your holiday in Malaysia to save cost and reduce money outflow.

5.   There are many television station offering numerous interesting packages. But, think, are you going to watch all the channels offered? 

Before choosing desired channel, think first about the usage. If your time is mostly spend outside, do not take package that you don't watch.

6.   Many tend to spend before realising shortage of cash and use credit card as a solution that gives huge impact in your monthly budget. 
Try to avoid credit purchase and practice using cash. In other words, spend within your means.

7.   Bring food from home to office. Not only this practice saves your money, it also guarantees cleanliness and more nutrient. If you want to go for shopping, make sure you eat something before you leave. 

8.   If you love to buy branded and luxury goods, now you paying 
attention on local products. 

Try to change your perception that local brand is not quality from your mind. Local products are same level with imported products. Change your way of spending from now on.

9.   Practice to check the content of your uilities bills such as telephone bill, water bill, electric bill, internet bill and other bills every month.

10.  Even though its your monthly payment but check first all your bills before making payment, should there might be some error or unrealized charge.

Always be aware of every moeny outflow by recording your daily spending. Keep a small notebook to record your spending and check it at the end of every month. This way you could detect whether your are spending more or not.


Translated by : Teratai Melur

Email : terataigenius@gmail.com

**If you required translation service, kindly send details to the above email address. 
Thank you.

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom...
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...