Skip to main content
Kenapakah Najib harus meletak jawatan

Jika seperkara yang Perdana Menteri kita telah jelaskan secara meluas ialah beliau tidak faham mengenai prinsip kebertanggungjawaban menteri. Sebab itu, beliau terus menerus meminta kita menunggu hasil laporan audit 1MDB dan kenapakah beliau tidak boleh disuruh meletak jawatan sehingga mandat pilihanraya selama lima tahun berakhir.

Kita mengamalkan demokrasi ala Westminster. Kerajaan dan para menteri mengikut prinsip yang ditadbir urus mengikut konvensyen, amalan serta etika sistem berparlimen. Setiap menteri tertakluk kepada prinsip kebertanggungjawaban secara peribadi dan secara kolektif. Maka, jika seorang menteri tidak bersetuju dengan keputusan Kabinet, dia harus meletak jawatan.

Jika keputusan untuk menubuhkan 1MDB telah dibentangkan dan telah diluluskan dalam mesyuarat Kabinet, maka tidak patut Timbalan Perdana Menteri untuk merungut sekarang. Jika beliau tidak bersetuju dengan keputusan ini, seharusnya beliau telah lama meletak jawatan. Jika 1MDB tidak dibentangkan langsung maka Dato Sri Najib yang seharusnya meletak jawatan atas dasar prinsip kebertanggungjawaban secara peribadi. Ini jelas menunjukkan terdapat kelalaian tugas. Projek-projek off-budget seperti 1MDB juga harus mendapat kelulusan dari Kabinet atau dari Parlimen, akan tetapi, Perdana Menteri tidak mengikut pilihan yang ada. Ini bermaksud beliau harus meletak jawatan tidak kira apa hasil laporan audit.

Kerajaan kita tidak boleh berfungsi mengikut prinsip Barisan Nasional atau UMNO. Jika kita ingin menjadi negara maju, seperti mana kita sering uar-uarkan, maka para menteri kita harus bersedia meletak jawatan mengikut tahap kebertanggunjawaban seperti di negara-negara demokrasi lain.

Menteri - terutamanya Menteri Kewangan - harus sentiasa bersikap terbuka di Parlimen mengenai cara pengurusan kewangan negara. Beliau tidak seharusnya menyembunyikan perkara mengenai kewangan atau menyimpan wang milik negara di Kepulauan Cayman. Beliau juga tidak harus menyimpan wang milik negara di Singapura sedangkan kita mempunyai bank kita sendiri, kecuali beliau dapat menjelaskan tujuan beliau berbuat demikian. Beliau adalah pengawal kedaulatan dan pengawal maruah negara kita. Ini bermaksud beliau tidak harus membenarkan sebuah syarikat milik Kerajaan mengemis untuk membayar faedah bagi hutang yang diambil - ini memalukan kesemua rakyat Malaysia. Najib harus meletak jawatan untuk sebab ini, tidak kira apa hasil audit.

Sumber ; The Zaidgeist
Ditulis oleh : Zaid Ibrahim
Tarikh ditulis : 20hb Mei 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
E-mel; terataigenius@gmail.com

Comments

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...
Dear Valued Readers, I would like to invite all of you to login my craft blog, 3cutecrafts.blogspot.com for all my crafts items. I'll be updating and adding new and latest items as soon I completed them. All the items are handmade and very special. Thank you so much for your support. Pembaca budiman, Saya ingin menjemput anda melayari blog kraf saya, 3cutecrafts.blogspot.com bagi melihat semua hasil kraf. Saya akan mengemaskini dan menambah barangan baharu sebaik sahaja saya menyiapkannya. Kesemua barangan ini buatan tangan dan sangat istimewa. Terima kasih di atas sokongan anda.
Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...