Skip to main content
SIAPAKAH DI SEBALIK KRISIS

1.   Perdana Menteri berkata Dr. M (iaitu saya) di sebalik krisis ini.

2.   Saya akan mengaku bahawa saya ialah orangnya di sebalik 'krisis' ini. Saya berada di sebalik krisis ini kerana terdapat suasana takut dalam negara ini.

3.   Ramai orang mengetahui mengenai kehilangan wang berjumlah berbillion Ringgit oleh 1MDB. Mereka ini mengetahui kehilangan wang ini kerana mereka telah melihat bukti kehilangan ini. Akan tetapi, mereka takut akan tindakan yang akan diambil oleh pihak Kerajaan terhadap mereka. Berkemungkinan mereka akan kehilangan kerja atau kontrak atau anugerah dll.

4.   Maka, mereka datang dan memberitahu kepada saya. Mereka meminta saya berbuat 'sesuatu'. Saya mengelak untuk jangka masa panjang kerana saya tahu jika saya mendedahkan salah laku 1MDB, ia akan menyebabkan Perdana Menteri disoal siasat.

5.   Saya berbuat memberitahu beliau di sebalik tabir. Akan tetapi, tidak berkesan. Saya memberitahu Perdana Menteri yang saya tidak lagi menyokongnya. Tidak berkesan.

6.   Maka, saya terpaksa memdedahkan kepada orang ramai. Najib telah memusnahkan UMNO dan BN. Saya tahu beliau akan kalah dalam pilihanraya akan datang. Seluruh negara akan menghadapi masalah kerana tiada parti yang akan mempunyai majoriti cukup untuk memerintah.

7.   Pihak pembangkang tidak boleh memerintah kerana mereka akan bertengkar sesama sendiri. Sebuah Kerajaan Pakatan ialah Kerajaan yang lemah dan tidak stabil.

8.   Tanpa sebuah Kerajaan yang kukuh, negara ini akan menjadi anarki. Krisis muncul dalam suasana anarki akan menjadikan suasana lebih buruk.

9.   Jadi, saya mengambil keputusan untuk mendedahkan salah laku 1MDB di mana Perdana Menteri ialah ketuanya.

10.   Adakah terdapat krisis? Ada. Ia disebabkan oleh Perdana Menteri yang menubuhkan 1MDB dan menggunakannya untuk meminjam dalam jumlah yang amat besar dan menyebabkan kerugian berbillion Ringgit.

11.  Krisis ini boleh berakhir jika Perdana Menteri meletak jawatan dan membenarkan siasatan penuh dilakukan ke atas 1MDB yang telah meminjam RM42 billion. Selagi Perana Menteri ini memerintah, sebarang siasatan tidak dapat dilakukan. Kita dapat melihat tiada sebarang siasatan dilakukan ke atas 1MDB dan Jho Low walaupun laporan polis telah dibuat. Pihak yang membuat laporan polis diisytiharkan muflis, rumahnya dirampas dan dijual dan beliau disiasat atas tuduhan terlibat dalam urusan wang haram dan menaja pengganas. Mahkamah memutuskan beliau tidak muflis.

12.  Jika didapati tiada sebarang unsur jenayah dan kesemua wang dapat dikembalikan, Najib boleh kembali menjadi Perdana Menteri dan meminpin BN dalam pilihanraya umum akan datang.

13.  Menuduh saya yang bertanggungjawab di atas krisi ini seolah-olah Najib meminta kita menerima sahaja kehilangan wang berbillion Ringgit dan meneruskan kehidupan seperti biasa. Rakyat mengambil berat dan kesan yang akan dihadapi oleh 1MDB, perkara ini tidak boleh diambil mudah. Pihak yang bertanggungjawab harus disiasat dan jika didapati bersalah, mereka harus dihukum.

14.  Kesannya, akan berlaku krisis tetapi haruskah kita membenarkan perompak merompak berbillion Ringgit untuk mengelakkan krisis.


Sumber : Blog Chedet
Ditulis oleh : Tun Dr. Mahathir Mohamad
Tarikh ditulis : 11hb. Jun 2015
Diterjemah oleh : Teratai Melur
Emel: terataigenius@gmail.com

Comments

  1. Terima kasih saudari/saudara 'terataimelur' atas usaha menterjemahkan ke bahasa melayu posting chedet Tun Dr. Mahathir Mohamad. Pengorbanan dan usaha murni anda sangat kami hargai ie.para pembaca dan pembahas yang mengikuti blog chedet. Hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas usaha murni anda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima Kasih Cik Yana,

      Komen pembaca seperti anda memberi semangat kepada saya untuk terus menterjemah blog Chedet.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya
LESSONS FROM ANCIENT COMEDIES There is wisdom in these seemingly silly tales Picture this. A man mistakenly gives his newborn baby a bath in boiling hot water. The child's face, grimaced and distorted, reflects her agony. In the throes of death, she fails her hands about and dies in her father's arms. This is one of the most gruesome scenes in the popular Malay folk literature series of Pak Pandir.Pak Pandir, in absurd conclusion, looks at the baby's face and thinks she is laughing with glee. Mak Andeh comes home, to find her only daughter scalded to death. How this could be considered comedy is probably beyond the comprehension of the modern audiences of today. And yet, perhaps, this is the genius of the ancient comedies in delivering the simplest of messages. That sheer stupidity can cause great grief and untold personal loss. The unthinkable makes you think. Why such tales? Perhaps comedies are prevalent in all old fables as a means to share wisdom
Henry Gurney's Final Fight Gurney's funeral procession through the streets of Kuala Lumpur on Oct 8, 1951. The place is infested with mosquitoes and one glides to a halt on Siew Mah's sweat-soaked right forearm. Yet, the guerrilla commander of Pahang's 11th Regiment and close confidante of Chin Peng remains motionless at his ambush station. His eyes and mind are transfixed on the section of narrow twisting road further in front that forms an almost perfect S-shaped bend. Siew Mah moves his head slowly to check on the positions of the rest of his 38-member platoon. The movement startles the mosquito and it quickly flies away without having the chance to draw blood. From the corner of his eyes, the commander traces the tracks connected to his three Bren-gun firing positions. Satisfied, he turns to check the crucial withdrawal route where he and his men will dissolve back into the jungle once the act had been committed. The date is