Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2016
KE MANAKAH KAMU HENDAK PERGI MALAYSIA 1.   Di Malaysia, Peguam Negara memutuskan sama ada undang-undang telah dilanggar atau tidak. Sebenarnya, keputusan itu adalah penghakiman. Peguam Negara ialah hakim juga pendakwa. Ini sudah menjadi ketidak adilan.  2.   Saya mengaku saya tidak merasa terkejut apabila Peguam Negara memutuskan bahawa laporan yang kemukakan oleh SPRM tidak menunjukkan Perdana Menteri telah melakukan sebarang perlakuan jenayah apabila 2.6 bilion Ringgit berada yang di dalam akaun peribadinya atau terdapat tambahan sebanyak 42 juta Ringgit juga berada dalam akaun peribadinya. Saya telah nyatakan bahawa ini yang akan diputuskan oleh beliau. 3.   Hanya mempunyai wang sebanyak ini di dalam akaun Perdana Menteri sudah menjadi kesalahan walaupun ia bukan perlakuan jenayah. Akan tetapi, sekarang P.N. mengisytiharkan bahawa wang tersebut adalah hadiah daripada orang Saudi. 4.   Kelihatan terdapat sepucuk surat daripada orang Saudi yang...
TPP 1.   Menteri Perdagangan dan Perindustrian Antarabangsa (MITI) berkata dua tahun diperlukan untuk menggubal 26 undang-undang untuk memenuhi permintaan TPP. 2.   Ini adalah pengakuan bahawa TPP menggongkong kebebasan Malaysia untuk menggubal undang-undang yang dilihat penting untuk negara. Undang-undang ini telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia kerana ia penting dan baik untuk negera. Kini, undang-undang ini terpaksa diubah kerana TPP dilihat seolah-olah lebih berkuasa daripada kuasa Parlimen yang dipilih untuk menentukan undang-undang apa yang harus ada di Malaysia. 3.   Maka, undang-undang masa depan yang akan didebat harus tertakluk kepada permintaan atau syarat dalam TPP. Undang-undang yang sesuai dan betul tidak lagi cukup. Keperluan TPP lebih penting daripada keperluan Malaysia. 4.   Malaysia tidak sama seperti anggota lain dalam TPP. Kita mempunyai banyak perkara sensitif disebabkan oleh perkauman, perbezaan ekonomi, kadar kemiskinan dan ...
TUN RAZAK 1.   Amat sukar apabila memikirkan 40 tahun telah berlalu sejak pemergian Tun Razak, Perdana Menteri Malaysia Ke-2 yang amat dihormati dan disayang. 2.   Saya merasa sedih apabila menonton dokumentari TV mengenai kehidupan beliau. Hari-hari yang gembira. Pemimpin pada masa itu amat berdedikasi, berusaha untuk memajukan negara dan menyelesaikan masalah perbezaan dalam masyarakat. Tun Razak yang memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru. 3.   Beliau keluar daripada telunjuk Komenwel British dan melawat Russia dan China. Angin perubahan bertiup kencang. 4.   Sangat awal beliau diambil dariapda kita, amat menyedihkan. 5.   Sudah tentu saya merasa amat sedih secara peribadi kerana saya berhutang segala-galanya kepada beliau. Saya dibuang daripada UMNO dan mereka yang dibuang sebelum saya tidak pernah kembali. Karier politik mereka menjadi merosot. 6.   Beliau tidak hanya membenarkan saya kembali semula ke UMNO malah melantik saya sebag...
PEMECATAN DAN PENGGANTIAN 1.   Baru-baru ini The Malaysian Insider melaporkan bahawa menurut satu sumber, Ketua SPRM, Abu Kassim mungkin akan diganti. 2.   Abu Kassim mempunyai masalah kesihatan tetapi beliau sendiri menyatakan beliau berharap untuk bersara di usia 60 tahun, usia bersara wajib. Sudah tentu, beliau tidak fikir kesihatan beliau akan memaksa beliau untuk bersara lebih awal 3.   Kerajaan mempunyai prosedur tertentu bagi kakitangan tidak sihat yang ingin bersara sebelum mencapai usia bersara. Satu Lembaga Perubatan akan ditubuhkan untuk meneliti tahap kesihatan kakitangan yang ingin bersara awal. 4.   Lembaga tersebut akan mengeluarkan laporan kesihatan mengenai tahap kesihatan dan mengesahkan kakitangan tersebut tidak sihat untuk bekerja. 5.   Jika pelantikan pegawai Kerajaan dibuat berdaarkan kebenaran Yang di-Pertuan Agong, maka sijil kesihatan harus dipersembahkan kepada Agong utnuk Baginda besetuju dengan cadangan persaraan b...
PINGGAN BERTINTA PANTUN Pinggan bertinda pantun adalah penanda yang menandakan kepentingan rangkap catur larik dalam masyarakat Melayu pada masa dahulu. Bagi pengumpul barangan seramik dan barangan tembikar, nama Staffordshire mungkin sinonim dengan nana-nama seperti Wedgwood, Royal Doulton dan Royal Albert . Barangan berjenama ini merupakan pinggan mangkuk meja dan pinggan hiasan serta patung hiasan kecil yang menghiasi meja-meja dan dinding-dinding di kebanyakan runah di Malaysia. Bagaimanapun, hanya sedikit yang menyedari bahawa ada di antara pinggan-pinggan ini mula dibuat di Staffordshire , sebuah mukim di West Midlands di England bagi pasaran timur, ditulis dengan pantun Melayu dalam tulisan Jawi. Mungkin seawal tahun 1826, beberapa rangkap catur larik Melayu yang baik telah dipindahkan ke pinggan oleh para pengusaha sebelum dibawa belayar untuk pasaran di dunia Melayu. Kebanyakan pinggan bertinta pantun ini merupakan pinggan makan biasa dan ada juga mempunya...