Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2016
A Short Story... A little boy and his mother were crossing a river. Mother    :   "Please hold my hand..." Boy         :   "No, Mom. You hold my hand." Mother    ;   "What's the difference?" Boy         :   "If I hold your hand and something happens to me, chance are that I may let your hand, I know for sure you will never let my hand go." Source : Instagram Seorang anak dan ibunya sedang menyeberangi sungai Emak   :   "Pegang tangan mak..." Anak    :   "Tak nak, mak. Mak pegang tangan saya". Emak   :   "Apa bezanya?" Anak   :   "Kalau saya pegang tangan mak dan apa-apa berlaku pada saya, saya mungkin terlepas tangan mak dan saya tahu mak tak akan lepaskan tangan saya." Translated by : Teratai Melur Email: terataigenius@gmail.com **For translation service, kindly email information to the above email address.
SAYA DAN MUKHRIZ 1.   Konco-konco Najib sering kali menyatakan tujuan saya ingin menyingkirkan Najib daripada jawatan PM adalah kerana beliau tidak promosi anak saya, Mukhriz sebagai Perdana Menteri. Wartawan dari dalam negara dan luar negara menanyakan soalan ini. 2.   Saya tahu apa sahaja penjelasan saya berikan, ia tidak akan menghalang konco-konco Najib mengulangi tuduhan ini untuk mengalih perhatian daripada salah laku Najib. 3.   Jika itu tujuan saya, saya boleh promosi Mukhriz sebagai pemimpin UMNO sewaktu saya menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO tetapi saya tidak membenarkan anak-anak lelaki saya bertanding untuk apa-apa jawatan dalam UMNO atau menjadi calon dalam pilihanraya. 4.   Akan tetapi Mikhriz tidak dapat menjadi ahli kerana bahagian Kubang Pasu yang diketuai oleh saya enggan menerima beliau. Ini kerana Ibu Pejabat mengarahkan agar beliau diterima sebagai ahli sebelum saya bersara. 5.   Beliau bertanding untuk kerusi Pa...
KELEBIHAN PASPORT 1.   Kini, penapisan Najib akan dieksport. Media luar harus dikawal seperti mana media dikawal di Malaysia. Segala laporan yang memuji mengenai 1MDB, Petro Saudi, Kepulauan Cayman, British Virgin Island, 2.6 Ringgit yang telah dipulangkan, pemecatan ahli parti dan pemimpin yang gagal memuji semua perkara di atas dll. 2.   Bagaimanakah penapisan luar negara dan dikawal ini dilaksanakan. Mudah. Pasport ada kelebihannya. Rampas kelebihan ini daripada rakyat Malaysia. 3.   Rampas pasport mereka jika mereka gagal memuji Najib ketika ditemuramah oleh media luar negara. Perbuatan ini amat-amat demokratik. Semua negara yang mengamalkan demokrasi akan merampas pasport rakyat mereka jika mereka memberitahu perkara buruk kepada media asing mengenai pemimpin mereka. Rakyat Malaysia, di bawah pemerintahan demokrasi Najib harus melakukan perkara sama. 4.   Saya akan memulai dan menjadi contoh dalam memuji tinggi Najib dan 2.6 Ringgit dalam akaun ...
RAKYAT LWN NAJIB 1.   Bagi menggagalkan usaha untuk menjatuhkan beliau sebagai PM, Najib cuba menjadikan gerakan rakyat sebagai gerakan pembangkang. Itu tidak benar. Penandatangan deklarasi ini merupakan rakyat biasa dan kebanyakkan mereka tidak menjadi ahli mana-mana parti politik. 2.   Beliau cuba menggambarkan saya telah menjadi ahli pembangkang. Beliau tidak mengambil kira bahawa deklarasi tersebut bukan dibuat atas nama parti pembangkang tetapi ia dibuat atas nama rakyat. Saya termasuk dalam gerakan ini sebagai rakyat Malaysia dan bukannya sebagai ahli mana-mana parti. Saya tidak menjadi ahli mana-mana parti.  3.   Rakyat tidak mahu menggulingkan Kerajaan tetapi mahu menggulingkan Najib sebagai PM. If Najib is dropped, majority party is still BN. Therefore, BN will still be in power and able to appoint new PM. But surely, the new PM won't be like Najib who use corruption to win in election and gain party support. 4.   When Sarawak held stat...
CARA-CARA MERASUAH KERAJAAN 1.   Kerajaan negara di dunia ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kekayaan negara menyedari mengenai kepentingan perdagangan antarabangsa. Ini menjadi keutamaan setelah perpecahan Empayar Eropah yang menggunakan polisi Keutamaan Imperial yang memastikan monopoli import and eksport dari dan ke wilayah jajahan.    2.   Negara imperial terbesar ialah Britain. Ia menjadi negara terkaya dan negara paling berkuasa di dunia. 3.   Akan tetapi, setelah Perang Dunia II berakhir, negara-negara inperial Eropah kehilangan empayar masing-masing dan perdagangan monopoli yang mereka nikmati selama ini. Persaingan sengit dari negara Asean Timur mengurangkan lagi perdagangan mereka. 4.   Akan tetapi, mereka memperoleh pendapatan lumayan dengan penjualan senjata. Untuk menggalakkan penjualan senjata, mereka memerlukan perang proksi yang diperangi tanpa disyaki oleh mana-mana negara, terutama antara negera yang diwujudkan oleh m...
BETRAYED UMNO 1.  Never been any citizen or foreigners ever expected, imagined or predicted about what happened in this blessed nation. 2.   When we were fighting for independent. our leaders and rakyat believed that their chosen leader will behave as nationalist and will sacrifice for the nation, rakyat and their wellness. That's why they accepted  without any questions the democracy system, the very system that gives them right to chose Government. 3.   As expected, their chosen leaders didn't disappoint them. Nation developed and people lived in harmonious way than before. 4.   Prime ministers didn't create many problems. They resign when their time ends. Demonstration to remove prime minister never happened. 5.   Tun Abdullah too resigned when GE12 performance is not good. He resigned when became clear that rakyat no longer supports him. Najib too urged he resigned and then he replaced him. 6.   Rakyat relieved. This is ...
KP dalam bentuk kertas dan tidak boleh menyimpan "wang" EVOLUSI: Kad Pengenalan telah melalui banyak perubahan daripada bentuk kertas ketika Zaman Darurat pada tahun 1948 kepada bentuk MyKad. Bukan semua orang menerima kad pengenalan (KP) pertama mereka daripada guru sekolah seperti yang diterima oleh pesara S. Sundareson. "Saya berusia 14 tahun ketika menerima kad pengenalan pertama saya daripada guru kelas, Teoh Teik Lee (kini dikenali sebagai Datuk Teoh dan tinggal di Kuala Lumpur) pada bulan Oktober 1948. Nombor KP saya ialah PK: 110709. En. Teoh menyediakan KP untuk pelajar berusia 12 tahun dan ke atas dan menandatangani KP tersebut sebagai pegawai pengeluar dokumen," kata bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (NRD) di Petaling Jaya. Sundareson telah bertugas dengan NRD selama 15 tahun berkata pada tahun 1948, Peraturan Darurat (Kawasan Pendaftaran) 1948 memandatorikan setiap orang yang berusia 12 tahun ke atas untuk mendaftar dan memperoleh...
Tuan Puteri yang telah disihir MISTIK : Puteri Limau Purut telah diculik dan dibawa ke Acheh. Kisah yang menyentuh mengenai seorang puteri yang cantik disusuri dengan peperangan atas nama cinta mungkin sama seperti plot sebuah tayangan filem romantik. Bagaimanapun, di Kampung Pulau Tiga, Perak, kisah mengenai tuan puteri dan berlaku pertumpahan darah ialah kisah sejarah dan kisah legenda. Makam Puteri Limau Purut menarik pelancong dari pelbagai pelusuk tanah air terletak tidak jauh dari satu lagi tapak sejarah, Pasir Salak. Kampung Pulau Tiga terletak di dalam daerah Kampung Gajah yang terkenal dengan perusahaan kecil dan sederhana dan industri berasaskan pertanian. Para pelancong boleh mendapati bekas air diperbuat daripada tanah liat yang dikenali sebagai labu sayung. Tuan Puteri tersebut tinggal di kawasan ini kira-kira 400 tahun dahulu, kata Mustaffa Mohd Yunus yang mendakwa dirinya adalah keturunan tuan puteri tersebut. "Beliau ialah puteri kepada b...
TAHNIAH ADENAN 1.   Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Adenan Satem di atas kemenangan besar parti gabungan beliau dalam pilihanraya negeri Sarawak. Beliau yang pertama kali menjadi Ketua Menteri kemenangan ini memang memuaskan. Juga tahniah kepada SUPP. 2.   Najib tidak mempunyai sebab untuk merasa gembira. Apa yang dicapai oleh Sarawak BN adalah melemahkan kuasa Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Najib. Beliau kini akan lebih bergantung kepada Sarawak daripada dahulu. Beliau telah pun berikan apa yang diperlukan oleh rakyat Sarawak.  3.   Harus ada kesimbangan kuasa antara pusat dan negeri. Ini akan memastikan kebergantungan antara kedua-dua. 4.   Akan tetapi, setelah Pilihanraya Umum ke-13 berakhir, sokongan dari Sabah dan Sarawak menjadi sangat penting untuk Kerajaan Pusat. Ia memerlukan kehilangan (berpaling tadah) oleh 12 atau 13 Ahli Parlimen untuk Kerajaan Pusat dijatuhkan. 5.   Kekuatan Kerajaan Adenan bermakna kuasa Kerajaan...
SAGA 1MDB (BAHAGIAN II) 1.   1MDB dikatakan mengikut nasihat penasihat syarikat iaitu Perdana Menteri dan membeli tanah milik Kerajaan di Kuala Lumpur dengan harga RM60/kps di kawasan di mana tanah berhampiran dijual dengan harga tinggi sebanyak RM7000/-kps. Najib yang juga Menteri Kewangan seharusnya menjual tanah milik Kerajaan dengan harga sehampir dengan harga pasaran. Menjual tanah Kerajaan dengan harga RM60/kps telah menyebabkan Kerajaan kehilangan banyak wang.  2.   Secara jelas menunjukkan konflik kepentingan apabila Menteri Kewangan menjadi Penasihat 1MDB. Jika bukan Najib yang meluluskan penjualan ini, maka siapakah yang meluluskannya? Pegawai yang terbabit dalam meluluskan penjualan ini harus didakwa di atas kerugian wang Kerajaan.   3.   Tanah ini kemudiannya dinilai semula supaya jumlah aset 1MDB ditambah kepada RM50 bilion Ringgit. 4.   Juga, tanah lapangan terbang Sungai Besi dijual kepada 1MDB. Berapa harganya tidak diketahu...
SAGA 1MDB (BAHAGIAN 1) 1.   1MDB bukanlah dana kekayaan seperti yang digembar-gemburkan, kecuali untuk satu juta Ringgit wang yang disumbangkan oleh Kerajaan, baki sebanyak RM42,000,000,000 (empat puluh dua ribu juta) ialah wang pinjaman. Wang dipinjam tidak boleh dianggap atau diklasifikasikan sebagai kekayaan. Ia ialah tanggungan yang ditanggung oleh 1MDB atau gagal membayar kembali, Kerajaan terpaksa membayar jumlah wang yang dipinjam bersama-sama dengan faedah yang dikenakan. Jumlah yang harus dibayar balik amat besar dan jika Kerajaan tidak dapat bayar kembali, Kerajaan akan menjadi muflis. Ini yang berlaku kepada Greek. 2.   Kemungkinan ini berlaku meletakkan tanggungjawab besar kepada pengurusan 1MDB dan terlepas pandang oleh Kerajaan serta dengan jelas menunjukkan pihak eksekutif 1MDB dan lembaga 1MDB tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan serius. 3.   Shahrol, KPE 1MDB telah meminjam lima bilion Ringgit daripada bank-bank tanpa pengetahuan dan...