Lebih banyak letusan pada masa hadapan Kedudukan negara Iceland semakin meningkat disebabkan oleh perubahan iklim dengan tanah dilepaskan oleh kecairan litupan ais yang memantul dari Bumi pada kadar 3.5cm setahun. Keburukannya? Para pengkaji mempercayai bahawa penngkatan tambahan yang berlaku di sebalik peningkatan aktiviti letusan gunung berapi dengan tiga buah gunung berapi di Iceland meletus sejak lima tahun lalu sehingga menyebabkan penerbangan kapal terbang dihentikan dan ia memuntahkan abu gunung berapi ke udara. Satu kajian terbaharu yang diterbitkan dalam majalah Geophysical Research Letters , para saintis dari Universiti Arizona dan Universiti Iceland mendapati kerak bumi sedang bertambah delam kadar pantas di tengah-tengah kepanasan tinggi sejak 30 tahun kebelakangan ini. Di beberapa tapak di bahagian selatan dan di bahagian selatan tengah Iceland, di mana terletak lima buah litupan ais terbesar, kehilangan ais berpunca daripada kepanansan yang menyebabkan...