Skip to main content

Posts

BETRAYED UMNO 1.  Never been any citizen or foreigners ever expected, imagined or predicted about what happened in this blessed nation. 2.   When we were fighting for independent. our leaders and rakyat believed that their chosen leader will behave as nationalist and will sacrifice for the nation, rakyat and their wellness. That's why they accepted  without any questions the democracy system, the very system that gives them right to chose Government. 3.   As expected, their chosen leaders didn't disappoint them. Nation developed and people lived in harmonious way than before. 4.   Prime ministers didn't create many problems. They resign when their time ends. Demonstration to remove prime minister never happened. 5.   Tun Abdullah too resigned when GE12 performance is not good. He resigned when became clear that rakyat no longer supports him. Najib too urged he resigned and then he replaced him. 6.   Rakyat relieved. This is ...
KP dalam bentuk kertas dan tidak boleh menyimpan "wang" EVOLUSI: Kad Pengenalan telah melalui banyak perubahan daripada bentuk kertas ketika Zaman Darurat pada tahun 1948 kepada bentuk MyKad. Bukan semua orang menerima kad pengenalan (KP) pertama mereka daripada guru sekolah seperti yang diterima oleh pesara S. Sundareson. "Saya berusia 14 tahun ketika menerima kad pengenalan pertama saya daripada guru kelas, Teoh Teik Lee (kini dikenali sebagai Datuk Teoh dan tinggal di Kuala Lumpur) pada bulan Oktober 1948. Nombor KP saya ialah PK: 110709. En. Teoh menyediakan KP untuk pelajar berusia 12 tahun dan ke atas dan menandatangani KP tersebut sebagai pegawai pengeluar dokumen," kata bekas pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (NRD) di Petaling Jaya. Sundareson telah bertugas dengan NRD selama 15 tahun berkata pada tahun 1948, Peraturan Darurat (Kawasan Pendaftaran) 1948 memandatorikan setiap orang yang berusia 12 tahun ke atas untuk mendaftar dan memperoleh...
Tuan Puteri yang telah disihir MISTIK : Puteri Limau Purut telah diculik dan dibawa ke Acheh. Kisah yang menyentuh mengenai seorang puteri yang cantik disusuri dengan peperangan atas nama cinta mungkin sama seperti plot sebuah tayangan filem romantik. Bagaimanapun, di Kampung Pulau Tiga, Perak, kisah mengenai tuan puteri dan berlaku pertumpahan darah ialah kisah sejarah dan kisah legenda. Makam Puteri Limau Purut menarik pelancong dari pelbagai pelusuk tanah air terletak tidak jauh dari satu lagi tapak sejarah, Pasir Salak. Kampung Pulau Tiga terletak di dalam daerah Kampung Gajah yang terkenal dengan perusahaan kecil dan sederhana dan industri berasaskan pertanian. Para pelancong boleh mendapati bekas air diperbuat daripada tanah liat yang dikenali sebagai labu sayung. Tuan Puteri tersebut tinggal di kawasan ini kira-kira 400 tahun dahulu, kata Mustaffa Mohd Yunus yang mendakwa dirinya adalah keturunan tuan puteri tersebut. "Beliau ialah puteri kepada b...
TAHNIAH ADENAN 1.   Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Adenan Satem di atas kemenangan besar parti gabungan beliau dalam pilihanraya negeri Sarawak. Beliau yang pertama kali menjadi Ketua Menteri kemenangan ini memang memuaskan. Juga tahniah kepada SUPP. 2.   Najib tidak mempunyai sebab untuk merasa gembira. Apa yang dicapai oleh Sarawak BN adalah melemahkan kuasa Kerajaan Pusat yang dipimpin oleh Najib. Beliau kini akan lebih bergantung kepada Sarawak daripada dahulu. Beliau telah pun berikan apa yang diperlukan oleh rakyat Sarawak.  3.   Harus ada kesimbangan kuasa antara pusat dan negeri. Ini akan memastikan kebergantungan antara kedua-dua. 4.   Akan tetapi, setelah Pilihanraya Umum ke-13 berakhir, sokongan dari Sabah dan Sarawak menjadi sangat penting untuk Kerajaan Pusat. Ia memerlukan kehilangan (berpaling tadah) oleh 12 atau 13 Ahli Parlimen untuk Kerajaan Pusat dijatuhkan. 5.   Kekuatan Kerajaan Adenan bermakna kuasa Kerajaan...
SAGA 1MDB (BAHAGIAN II) 1.   1MDB dikatakan mengikut nasihat penasihat syarikat iaitu Perdana Menteri dan membeli tanah milik Kerajaan di Kuala Lumpur dengan harga RM60/kps di kawasan di mana tanah berhampiran dijual dengan harga tinggi sebanyak RM7000/-kps. Najib yang juga Menteri Kewangan seharusnya menjual tanah milik Kerajaan dengan harga sehampir dengan harga pasaran. Menjual tanah Kerajaan dengan harga RM60/kps telah menyebabkan Kerajaan kehilangan banyak wang.  2.   Secara jelas menunjukkan konflik kepentingan apabila Menteri Kewangan menjadi Penasihat 1MDB. Jika bukan Najib yang meluluskan penjualan ini, maka siapakah yang meluluskannya? Pegawai yang terbabit dalam meluluskan penjualan ini harus didakwa di atas kerugian wang Kerajaan.   3.   Tanah ini kemudiannya dinilai semula supaya jumlah aset 1MDB ditambah kepada RM50 bilion Ringgit. 4.   Juga, tanah lapangan terbang Sungai Besi dijual kepada 1MDB. Berapa harganya tidak diketahu...
SAGA 1MDB (BAHAGIAN 1) 1.   1MDB bukanlah dana kekayaan seperti yang digembar-gemburkan, kecuali untuk satu juta Ringgit wang yang disumbangkan oleh Kerajaan, baki sebanyak RM42,000,000,000 (empat puluh dua ribu juta) ialah wang pinjaman. Wang dipinjam tidak boleh dianggap atau diklasifikasikan sebagai kekayaan. Ia ialah tanggungan yang ditanggung oleh 1MDB atau gagal membayar kembali, Kerajaan terpaksa membayar jumlah wang yang dipinjam bersama-sama dengan faedah yang dikenakan. Jumlah yang harus dibayar balik amat besar dan jika Kerajaan tidak dapat bayar kembali, Kerajaan akan menjadi muflis. Ini yang berlaku kepada Greek. 2.   Kemungkinan ini berlaku meletakkan tanggungjawab besar kepada pengurusan 1MDB dan terlepas pandang oleh Kerajaan serta dengan jelas menunjukkan pihak eksekutif 1MDB dan lembaga 1MDB tidak menjalankan tanggungjawab mereka dengan serius. 3.   Shahrol, KPE 1MDB telah meminjam lima bilion Ringgit daripada bank-bank tanpa pengetahuan dan...
KAUM CHULIA DI PULAU PINANG Potret Tamil Muslim dipetik daripada sekeping fota dan dihasilkan semula dalam surat berita The Societe des Missions Etrangeres de Paris. Ihsan daripada Yeoh Seng Guan Kaum ini memainkan peranan penting dalam membentuk landskap budaya, ekonomi dan politik kita. Pada tahun 1970-an dan 8o-an, Clock Tower di Pulau Pinang jelas kelihatan dari dalam feri Butterworth-Penang. Tidak terasa perasaan kegembiraan apabila berkunjung ke pulau ini sebaliknya ia mengingatkan rutin mingguan yang membosankan bagi kebanyakkan kanak-kanak dari utara. Tempat pertama akan disinggah ialah di salah sebuah bank luar negara di Beach Street kerana tiada bank di tanah semenanjung utara. Kemudian, mungkin akan singgah di pengurup wang atau farmasi. Makan tengahari akan dijamah di restoran Dawood atau di kedai nasi kandar di Queen Street diikuti dengan membeli sari di Market Street . Jika masih ada wang baki, akan menjadi kemestian untuk singgah di kedai emas d...