HANYA JUSTO 1. Ada orang amat gembira mengenai Justo. Kini, mereka meminta para pengkritik Perdana Menteri harus memohon maaf. Memohon maaf untuk apa? Apa yang nyata adalah sejumlah besar wang telah hilang. Bolehkah Justo membawa balik kesemua wang tersebut. 2. Justo telah dipecat dan Petro Saudi telah memberinya 15 juta Ringgit. Adakah dia diberi rasuah atau apa? Ia adalah satu jumlah wang yang amat besar untuk diberikan kepada seorang pekerja atau pengarah yang telah melakukan sesuatu yang salah. Selalunya, dia akan dihalau keluar. Akan tetapi, kita diberitahu bahawa dia tidak gembira dengan jumlah wang yang diberikan dan meminta lebih banyak wang atau dia akan membocorkan maklumat dokumen. Apa bukti yang menunjukkan dia telah mengubah dokumen atau dia mempunyai dokumen yang boleh menunjukkan seseorang bersalah. Bagaimanakah dia boleh menidakkan fakta yang diakui sendiri oleh Perdana Menteri dalam jawapan bertulisnya di Parlimen? Beliau telah berkata, "AS 1.9 bili...