Skip to main content

Posts

MALAYSIA 2 1.   Apa yang sedang berlaku di Malaysia pada hari ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kedaulatan undang-undang telah di terbalikkan dan rakyat seolah-olah tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa untuk menegakkan semula kedaulatan undang-undang. 2.   Ini kerana pemimpin yang diberi kepercayaan untuk menegakkan undang-undang telah menjadi subjek proses undang-undang. Terdapat dakwaan bahawa beliau telah melanggar undang-undang. Seperti yang diketahui, tiada sesiapa yang terkecuali daripada undang-undang maka beliau seharusnya disiasat untuk menentukan sama ada beliau telah melanggar undang-undang atau tidak. 3.   Walaupun perkara seperti ini tidak pernah berlaku di Malaysia tetapi pernah berlaku di negara-negara lain termasuk di negara-negara maju di Barat. 4.   Mengimbas kembali kes Presiden Nixon, Presiden Amerika Syarikat. Beliau telah menggunakan kakitangan Kerajaan untuk mengintip musuh politik beliau. Perkara ini dianggap penyala...
Pulau Konet yang penuh misteri Pulau Konet TIDAK DAPAT DILIHAT : Terdapat legenda bahawa makhluk halus menjadi penjaga dan tinggal di pulau kecil berdekatan pantai Melaka. Pulau Konet, sesuai dengan namanya terletak berhampiran dengan Telok Gong, Melaka merupakan sebuah pulau kecil yang tidak dapat dilihat dengan mudah. Keadaan pulau yang dipenuhi dengan hutan belukar serta tidak digunakan lagi oleh penduduk setempat. Akan tetapi, terdapat legenda yang menyatakan pulau ini pernah didiami oleh makhluk halus yang misteri tetapi baik hati menjadi penjaga pulau ini. Abdul Aziz Mamat @ Mohamad berkata penduduk kampung akan singgah ke pulau tersebut untuk tujuan pembalakan dan menggunakan kayu yang ditebang untuk membina rumah dan membuat bot. Bagaimanapun, terdapat sebuah kisah yang diceritakan turun temurun yang menyebabkan penduduk tempatan tidak lagi berkunjung ke pulau tersebut yang boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki ketika ...
Malaysia 1.   Saya pernah merasa gembira apabila ditanya mengenai Malaysia ketika saya berada di luar negara. Kini, tidak lagi. 2.   Orang luar dan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara bertanya, "Apakah sedang berlaku di Malaysia?. 3.   "Ia seperti salah sebuah negara Afrika atau negara Arab". 4.   "Penuh dengan rasuah. Nilai matawang telah susut". Dan lain-lain. 5.   Saya tidak dapat jawab secara jujur. Saya tidak boleh menipu juga. Memalukan. Ini semua kerana 1MDB dan Najib. 6.   Saya mula rasa ada yang tidak kena dengan 1MDB apabila The Edge menyiarkan bahawa 1MDB telah membeli loji penjana kuasa melebihi harga pasaran dan wang pinjaman digunakan untuk membayar komisen sebanyak 10% dan kadar faedah sebanyak 5.9%. 7.   Saya memunggu Kerajaan menafikan apa yang disiarkan oleh The Edge adalah betul. Kerajaan tidak berbuat demikian. Maka, saya tahu ada yang benar-benar tidak kena. 8.   Seterusnya, muncul cer...
PERSONAL ACCOUNT 1.   In an attempt to legalize Najib for depositing RM2.6 billion into his personal account for so-called meant for 14th general election, I was accused of doing the same thing. This accusation is unfounded and slanderous. 2.   When I was UMNO President, the Headquarter have three trustees. I was one of them. Trustee owns accounts in bank. All donations, especially during election will be deposited into these accounts. Two of any these trustee have the authority to manage Headquarter's account and sign cheque for withdrawal. 3.   These trustee are also named as owner for shares and properties belonged to UMNO. 4.   When I resigned as UMNO President, I ordered all the cash in bank and shares together with property papers to be given to Dato Abdullah Badawi. The officers who gave all the relevant documents are Nor Mohamed Yacob and Noordin Bachik. 5.   Total cash handed over exceeds 200 million Ringgit. Total value of shares and...
Siapakah mengasaskan Kuala Lumpur? MENCARI JAWAPAN : Siapakah pengasas sebenar Kuala Lumpur? Adakah Sutan Puasa, Yap Ah Loy atau Raja Abdullah? Perkara ini dibangkitkan oleh pakar warisan dan penulis Abdur-Razzaq Lubis. Beliau sedang menulis buku bertajuk Sutan Puasa : Founder of Kuala Lumpur 1800s - 1908 . Pada bulan September 2013, Abdur-Razzaq Lubis telah menulis satu kertas kerja mengenai Sutan Puasa untuk Journal of Southeast Asian Architecture di Singapura dan buku mengenai subjek itu dalam proses penghasilan. Ia akan membabadkan sejarah perihal Sutan Puasa yang berhijrah dari Mandailing di Sumatra dan akhirnya menempat dan mengasaskan Kuala Lumpur dalam tahun 1830-an. Sejak penubuhannya, Kuala Lumpur merupakan tambatan tepi sungai dan menjadi penempatan pelombongan di kawasan pedalaman. Perkembangan Kuala Lumpur sebagai pusat perdagangan dan pusat komersil dipelopori oleh sifat kepimpinan usahawan oleh Sutan Puasa. Pada tahun 1850, sudah terdapat dua buah j...
Merisikokan nyawa anda BERBAHAYA KEPADA KESIHATAN: Telefon pintar dan tablet menjadi teman bagi semua peringkat umur. Walau bagaimanapun, pakar perubatan memberitahu alat yang harus dimiliki ini boleh mengundang risiko kesihatan yang amat berbahaya. Pada tahun lepas, di Australia, ibu kepada dua orang anak didapati meninggal dunia ketika memakai fon kepala dan terdapat kesan terbakar di bahagian telinga dan di bahagian dadanya dengan kemungkinan pengecas yang rosak telah menyebabkan pertambahan aliran arus elektrik tinggi melalui badannya. Pada tahun 2013, pramugari dari negara China telah terkorban akibat daripada kejutan elektrik ketika menggunakan telefon pintar. Dikatakan kemungkinan pengecas telefon pintarnya adalah penyebabnya. Walaupun kematian yang tidak diduga seperti ini dapat dielakkan dengan menggunakan produk tulen, bahaya dalam penggunaan peralatan mobil, tidak kira tulen atau tiruan tetap ada. Hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan penggunaan pera...
KONSPIRASI 1.   Terdapat banyak cakap-cakap oleh sesetengah orang mengenai konspirasi untuk menggulingkan Dato Sri Najib sebagai Perdana Menteri. 2.   Adakah terdapat konspirasi? Adakah terdapat seseorang atau kumpulan sedang melakukan konspirasi, sebagai contoh, gerakan bawah tanah untuk menggulingkan Najib. Mungkin terdapat gerakan seperti itu sebelum ini tetapi selain daripada ada pihak yang merungut secara tertutup mengenai ketidak puasan mereka mengenai pentadbiran Najib, tiada siapa yang merancang untuk menggulingkan beliau. Ini tidak bermakna mereka mengalu-alukan cadangan untuk beliau meletak jawatan atau mengosongkan kerusi. Tidak terdapat perancangan aktif dan perancangan bawah tanah. 3.   Apa yang kita semua sedia maklum ialah saya secara terbuka telah meminta Najib meletak jawatan. Tiada konspirasi. Saya cuma membuat pengisytiharan secara terbuka ke seluruh negara bahawa saya ingin melihat Najib berhenti menjadi Perdana Menteri. 4.   Maka,...