Skip to main content

Posts

Bukan Sungai Mati ANEH TETAPI MENARIK : Sungai Mati, selain daripada namanya yang mengerikan, tempat ini hidup dan menyeronokan walaupun pembangunannya agak perlahan. Penulis tertarik dengan nama di pekan kecil ini yang berhampiran dengan Muar. Tersorok di pertengahan jalan utama antara Muar dan Bukit Gambir ialah sebuah pekan kecil bernama Sungai Mati. Pekan ini mudah ditemui kerana pusat bandarnya ialah tiga penjuru persimpangan jalan dengan dibarisi deretan kedai diperbuat daripada kayu. Terdapat lampu isyarat besar di persimpangan jalan tersebut yang memberi kesempatan kepada para pengguna jalan raya untuk melihat bagaimana masa tidak berlalu di bandar yang aneh tetapi menarik dalam daerah Muar. Beberapa tahun lalu, deretan kedai ini diberi nafas baharu apabila dicat dengan warna lavender, warna merah jambu dan warna biege. Penduduk di sini berkata tidak banyak perubahan berlaku di pekan ini kecuali beberapa kawasan perumahan baru dibina di pinggir perk...
BERSIH 1.   I was present at the demonstration organised by Bersih on 29-30 August. Many wondered whether I've become Bersih supporter. Am I supporting opposition party DAP and Kit Siang. There are also questions if I'm siding with chinese. 2.   As I stated before street demonstrations shouldn't be used as a tool for political pressure because it would affect businesses especially small businesses and economy. Is my action showing equivocate in politics. 3.   I disagree with demonstration as there are other ways to pressure Government for abuse of power. 4.   We can make police report hoping that the police and prosecutor will take action, bring those accused to court. 5.   But now, Najib has disband and destroyed Government institutions that protects people's rights. 6.   When he was accused for disappearance of government's money through 1MDB, Najib passed the investigation to the Auditor-General and PAC (Public Account Committee) ...
DERMA SEBANYAK RM2.6 BILION 1.   Dato' Sri Najib dan penyokong beliau harus berhenti daripada percubaan beliau untuk menyakinkan rakyat Malaysia bahawa 2.6 bilion Ringgit dalam akaun peribadinya ialah wang derma. 2.   Tiada sesiapa pun percaya atau boleh percaya wang yang berjumlah besar ini boleh didermakan oleh sesiapa kepada Dato' Sri Najib atau kepada sesiapa sahaja untuk sebarang alasan. 3.   Penjelasan bahawa wang itu didermakan kerana pendirian Malaysia terhadap Islamic State adalah mengarut kerana Islamic State menunjukkan tahap keganasan mereka pada tahun 2014 sedangkan wang derma ini masuk pada tahun 2013 atau sebelumnya. 4.   Juga, alasan ia adalah kerana kesederhanaan Malaysia dalam amalan agama Islam adalah mengarut kerana Malaysia tidak pernah melampau dalam mengamalkan agama Islam. 5.   Kenapa 700 juta Dolar? Memang, ia adalah jumlah wang yang amat besar untuk digunakan untuk pilihanraya Malaysia kecuali jika ia digunakan untuk memberi ...
"Zon Panas" berhampiran dengan Kuantan? RISIKO BAUKSIT : Pasukan NST menemui logam berat dalam kadar tinggi, radiasi dalam sungai dan di tepi pantai disebabkan oleh aktivti perlombongan. Kegagalan mengawal aktiviti perlombongan bauksit dan perlombongan yang tidak tentu arah di Pahang berkemungkinan telah mengakibatkan pelepasan bahan radioaktif yang boleh membawa maut ke dalam alam sekitar, mencemarkan udara dan sumber air. Dapatan yang membimbangkan ini didapati setelah Pasukan Petugas Penyiasat Khas New Straits Times memohon secara rasmi analisis sampel makmal persendirian yang diambil dari sungai dan dari muara sungai berhampiran yang telah dicemari oleh sisa bauksit. Sampel yang diambil dari Sungai Pengorak dan Pantai Pengorak berhampiran dengan Kampung Selamat di mana air sungainya telah bertukar warna menjadi merah yang amat pekat daripada warna hijau semulajadi atau kebiru-biruan. Foto-foto ini telah mengundang pelbagai reaksi di media sosial baru-baru...
UNDANG-UNDANG DI TERBALIK 1.   Terdapat percubaan yang dilakukan secara terang-terangan oleh Najib dan para penyokongnya untuk menjadikan perkara tidak sah kepada sah dan sebaliknya. 2.   Maka, perbuatan Najib menghentikan penyiasatan terhadap 1MDB dan pemilikan wang sebanyak RM2.6 bilion oleh beliau dibuat seolah-olah sah dan betul sementara para penyiasat yang melakukan tugas mereka menurut undang-undang negara dituduh melakukan tugas mereka di luar bidang kuasa mereka dan ianya tidak sah. Bagi menyokong komen mereka, mereka mencipta terma rujukan untuk pasukan Petugas. 3.   Sebaliknya, beliau dan para penyokong beliau sedang cuba memberi gambaran seolah-olah undi tidak percaya terhadap beliau di Parlimen adalah tidak betul dan menyalahgunakan sistem demokrasi dan percubaan untuk menjatuhkan Kerajaan yang dipilih adalah salah. Akan tetapi, semua orang tahu bahawa undi tidak percaya adalah sah. 4.   Najib seolah-olah sudah lupa bahawa BN telah menggulin...
MALAYSIA 2 1.   Apa yang sedang berlaku di Malaysia pada hari ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kedaulatan undang-undang telah di terbalikkan dan rakyat seolah-olah tidak mempunyai kuasa untuk berbuat apa-apa untuk menegakkan semula kedaulatan undang-undang. 2.   Ini kerana pemimpin yang diberi kepercayaan untuk menegakkan undang-undang telah menjadi subjek proses undang-undang. Terdapat dakwaan bahawa beliau telah melanggar undang-undang. Seperti yang diketahui, tiada sesiapa yang terkecuali daripada undang-undang maka beliau seharusnya disiasat untuk menentukan sama ada beliau telah melanggar undang-undang atau tidak. 3.   Walaupun perkara seperti ini tidak pernah berlaku di Malaysia tetapi pernah berlaku di negara-negara lain termasuk di negara-negara maju di Barat. 4.   Mengimbas kembali kes Presiden Nixon, Presiden Amerika Syarikat. Beliau telah menggunakan kakitangan Kerajaan untuk mengintip musuh politik beliau. Perkara ini dianggap penyala...
Pulau Konet yang penuh misteri Pulau Konet TIDAK DAPAT DILIHAT : Terdapat legenda bahawa makhluk halus menjadi penjaga dan tinggal di pulau kecil berdekatan pantai Melaka. Pulau Konet, sesuai dengan namanya terletak berhampiran dengan Telok Gong, Melaka merupakan sebuah pulau kecil yang tidak dapat dilihat dengan mudah. Keadaan pulau yang dipenuhi dengan hutan belukar serta tidak digunakan lagi oleh penduduk setempat. Akan tetapi, terdapat legenda yang menyatakan pulau ini pernah didiami oleh makhluk halus yang misteri tetapi baik hati menjadi penjaga pulau ini. Abdul Aziz Mamat @ Mohamad berkata penduduk kampung akan singgah ke pulau tersebut untuk tujuan pembalakan dan menggunakan kayu yang ditebang untuk membina rumah dan membuat bot. Bagaimanapun, terdapat sebuah kisah yang diceritakan turun temurun yang menyebabkan penduduk tempatan tidak lagi berkunjung ke pulau tersebut yang boleh dikunjungi dengan hanya berjalan kaki ketika ...